Wednesday, May 9, 2012

Entri untuk Birthday Boy semalam

Assalamualaikum abang..

Hari ni baru sayang sempat nak buat entry khas untuk birthday boy tercinta ni :) Just takut apa yang di rancang tak menjadi kalau buat entri ni awal-awal.

Firstly, sayang minta maaf buat abang risau semalam. Hehe. Tapi sebenar-benarnya sayang lagi suka bila abang risaukan sayang. Bila abang risau bermakna abang sayang kan sayang kan? kan?

Actually, dah lama sayang plan untuk buat surprise kat abang. Berbulan-bulan fikir nak bagi hadiah apa yang sesuai. Siap baca blog sana sini nak cari idea. Dah habis fikir ini list yang terakhir :


1. Nak bagi Wallet - Abang tak pakai dah. 
2. Nak bagi Jam - Jam hantaran kahwin kita tu elok lagi. 
3. Nak bagi Perfume - Perfume abang banyak lagi. Kalau bagi perfume nanti kena beli sayang punya juga :p
4. Nak bagi Baju/Seluar - Boring lah. Masa bercinta dah puas hadiahkan macam ni.
5. Nak bagi kasut - Abang dah ada berpasang-pasang kasut. Tak perlu lagi kot buat masa sekarang ni.
6. Nak 'renew' kan road tax kereta - Abang dah buat bulan lepas. So, cancel :p
7. Nak bagi Ducati Monster - Erk.. OK tipu. Ni memang tak mampu langsung T_T
8. Nak bagi.... OK. Confirm yang ini. ;)





Vacuum


Abang dah lama plan nak beli kan? Since kejadian buruk yang menimpa kita hari tu abang batalkan niat nak beli. So, sayang fikir inilah hadiah yang paling sesuai buat masa ni. Masih mampu lagi nak beli dan Alhamdulillah ada rezeki lebih pula bulan ni. Tak fikir panjang dah confirm nak bagi hadiah ni. Hehe. 

Memang dah tahu kat mana nak tuju. So, after kerja sayang terus drive dan kebetulan pula phone sayang kena barred. Jadi alasan kukuh tak inform abang sayang pergi mana hewhewhew.

On the way, sayang fikir lagi kalau just beli hadiah and buat surprise kat rumah nanti sayang kena masak untuk makan malam kita lagi. Mesti dah hilang mood nanti sebab penat. So, belanja abang makan luar lah even dah belanja abang pun makan luar celebrate sekali dengan haizad(suami pn. Tiny) punya birthday hari tu kat Ana ikan bakar petai cawangan Bangi tapi tak apa lah kan. Perut kita juga yang sama-sama kenyang heee.

Dah sampai dah beli siap balut semua sampaikan pekerja tu kata "First time saya dengar orang bagi hadiah ni untuk birthday kak" Sayang senyum je :) Sayang baru teringat phone kena barred. Macam mana nak call abang datang sini?? OK. Back to asal guna public phone. Fuhh, nasib baik ada 50sen. Sayang yang bijak bistari ni dah tak ingat cara guna public phone macam mana terus masukkan duit seketul limapuluh sen tadi tanpa periksa yang telefon tu rosak rupanya. Damn it! Luckily abang call sayang balik after tu dan....

Sayang berjaya buat abang datang!! Hewhewhew. Sayang plan nak terus tunggu kat kedai makan. Tapi abang dah nampak sayang dulu pula yang tengah kalut bawak hadiah baru keluar dari surau. Ala.. tak jadi nak surprise. Tapi abang terkejut jugak kan? kan? :D

Akhir kata; 

Sayang mohon pada Allah semoga abang sentiasa di beri keberkatan dalam hidup, kesihatan yang baik, rezeki yang mewah dan semoga kita sekeluarga bersama di beri peluang menjadi ahli syurga nanti InsyaAllah. Dan.. tak lupa semoga kita di kurniakan cahaya mata ;)


Cerita dah habis dah :) 

Tapi, sebelum tu layan dulu gambar-gambar birthday boy malu-malu ya :p Tapi sayangnya lupa nak ambil gambar time makan kat ana ikan bakar tu :(


Kek ni sedap tapi manis sangat. *sila abaikan lilin yang tak cukup tu ye*

Bersama Amir (anak buah)

Sedang menunggu makanan sampai. Eh?! Kotak apa kat sebelah tu? 

Birthday boy makan dah tak tengok kiri kanan dah :')








post signature