Hari ini bermulalah kehidupan aku macam biasa ( kenapa? sebelum ni luar biasa ke? ) Ayat mesti nak sedap barulah best nk baca hehe. Just a one week live as a husband and wife. ( apalah ayat aku ni buat suspend je haishh ) Ok aku cerita satu persatu lah. Last week en.hubby untuk kebiasaan pulang ke sisi pn.wife pada hari sabtu tak berlaku. Ada hal penting katanya. Berjanji akan pulang pada hari isnin selepas waktu kerja ( last week kan selasa cuti ) Aku yang berasa tak biasa weekend tanpa en.hubby pujuk nak pergi sana ( Gemas ) sampaikan merajuk segala. Memang macam budak-budak T_T. Tapi memang last week emosi aku tak terkawal. Entry sebelum ni pun aku dah cerita kan. Yang kisah 'itu' adalah aku merajuk sebab tak dapat pergi ke sisi en.hubby. Ntah apa-apa kan tskk. Dan segala persoalan itu semua dah ada jawapan dah :)
Hari ini en.hubby pulang ke Gemas semula mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga maka kehidupan aku kembali seperti biasa. Macam sebelum-seblum ni lah. Weekend tanpa en.hubby di sisi. Menghitung hari bermula esok selasa lepas itu rabu lepas itu khamis lepas itu jumaat dan akhirnya yeayyyy sabtu! En.hubby pulang :D dan berulang untuk minggu berikutnya ( tak kan lah aku nak copy paste lagi sekali benda yang sama mesti kau orang pun meluat nak baca kan T_T )
Tapi alhamdillah semua ini inysAllah akan berakhir dalam masa terdekat ini. No more en.hubby jauh-jauh lagi dah. No more weekend husband and wife lagi dah. I looiikkeeee :D Aku tahu yang Allah tahu tahap kemampuan makhluknya. Dugaan dan cabaran yang di beri adalah sama dengan tahap kemampuan sebenarnya. Cuma cara kita menerima dugaan itu dengan cara baik atau tidak baik barulah kita di balas dengan baik atau tidak baik :)
Alhamdulillah perniagaan online aku dah naik satu tahap ( aku je la yang tau tahap-tahapnya tak kan la nak publish kat sini juga kang kau orang juga yang menyampah meluat rasa nak muntah T_T ) Bukan senang nak senang. Aku ingat pesan sahabat seperjuangan aku
"Yang susah itu lah yang akan buat kita senang"
Mendalam sungguh ayat dia ni. Aku jadikan pembakar semangat aku. Kita nak berjaya bukan mudah kan. Kena kuat dan jangan cepat putus asa. Memang la kadang-kadang rasa fade-up dengan itu dan ini tapi sabar je lah. Chill :D hehe. Last week memang aku rasa sebok sangat. Runner sana sini. Banyak tempat aku pergi. Penat memang tak payah cakaplah. Siapa kata senang nak jadi senang. Bukan mudah tau. Kuatkan semangat je :) Dan terima kasih sangat-sangat buat en.hubby tersayang yang sanggup melayan karenah aku yang bermacam lagat ni dan buat ibu tersayang yang sentiasa support aku. Luv you all ♥♥♥
Sekadar gambar hiasan :) |
UPDATE : JEMPUTLAH SINGGAH KE BLOGSHOP NI YE DAN HARAP SAMPAIKAN PADA KAWAN-KAWAN JUGA. TERIMA KASIH :)