Wednesday, August 24, 2011

Bukan Rezeki Kami

Bismillahirahmanirahim....

Dah lama tak update blog ni. Bukan apa sedang mencari mood untuk menulis setelah apa yang berlaku pada aku. Sesungguhnya aku redha dengan ujian-Mu Ya Allah.

Untuk pengetahuan semua (bagi yang belum tahu sebab hanya di FB en.hubby saja ada pasal ni) *cerita sedih sebab tu ayat semua nak mendayu-dayu T_T* Ingat tak sebelum entry ni aku ada post tentang kehamilan aku? Post tu pada 19/07/2011. Keesokannya 20/07/2011 aku pergi klinik kesihatan buat buku merah. Asalnya nak datang check kat klinik kesihatan kenapa hampir setiap malam aku muntah teruk di tambah dengan sakit perut yang amat sangat. Setibanya aku di klinik tersebut, nurse tanya: "dah berapa bulan?" Aku jawab: "nak masuk 2 bulan." "Ok ambil buku ni isi". "Ok". Habis check segala (memang lamalah tunggu turn aku hampir 2 jam T_T) Jumpa nurse aku bagi tau aku muntah teruk. Nurse kata: "awak jangan makan makanaan yang berminyak. Itu boleh buat kita rasa loya". (Aku baru sahaja bedal 3 ketul karipap yang di beli di kedai berhampiran -__-"). Nurse tengok scan aku masa first time jumpa doctor untuk pastikan aku confirm pragnent tu dia kata scan tu tak boleh guna sebab tak ada scale dan usia janin. Dia pesan suruh aku scan lagi sekali kat klinik pakar wanita sebelum datang untuk next appointment. Nasib baik klinik pakar wanita tu dekat saja dengan rumah kami. 

21/07/2011 

Perut rasa sakit. Muntah tak henti-henti. Minum air masak pun keluar balik. Muntah sampai tak ada apa dah nak keluar. Sampai rasa pahit :( Bagi tahu en.hubby aku tak larat nak pergi kerja. Aku ajak en.hubby pergi klinik pakar nak check apa yang tak kena muntah-muntah teruk sangat. Bayangkan dalam perjalanan ke klinik tengah mengunyah roti boleh lagi muntah tanpa roti yang di kunyah tadi terkeluar T_T. Tak kan aku nak telan roti yang dah kena muntah tu kan. Buang saja lah. Banyak betul membazir. Hmm.. Sampai di klinik sambil menunggu turn nak jumpa doctor tak ingat berapa kali keluar masuk muntah. even bawa plastik pun seganlah nak muntah depan orang ramai. Respect each other. Itu lebih penting ;) Sampai turn aku berjumpa doctor mulalah mengadu dengan doctor muntah teruk itu ini malas nak taip dah. Kau orang pun dah jemu dengan cerita aku muntah tak habis-habis dari tadi T_T. Lepas mengadu doctor scan.

"I have bad news for u"

"kenapa doctor?" bertambah cuak bila tengok muka doctor tu.

"u bukan mengandung bayi. I scan cuma ada buih-buih saja.". Aku jadi confuse. Doctor tunjukkan scan lebih kurang usia kandunganku kepada en.hubby. 

"u mengandung anggur. Kena buang kalau tak boleh jadi cancer". Aku terkedu. Termenung sekejap. Aku nampak en.hubby terkejut lalu terduduk. Nampak juga wajahnya yang kecewa bila dengar doctor kata suruh buang. Aku terus jadi blur. Tak tahu apa yang aku fikir. Tapi aku teringat boss aku pernah cerita. Wife dia pernah jadi macam ni. Scan doctor kata baby hilang. Dia tak percaya bawak jumpa klinik lain. Baby mereka sihat dan selamat sahaja. So masa tu aku fikir masih ada harapan lagi. Mungkin. 

Doctor tadi menulis surat refer kepada Hospial Sungai Buloh menyatakan aku Molar Pregnancy. Kawan dia ada di sana katanya. Kami pun ikut sajalah. 

Balik jumpa doctor aku masih lagi bingung. Molar pregnancy? Mengandung Anggur? Apa semua tu? Aku tak dapat bayangkan pun apa sebenarnya yang berlaku. Dalam perjalanan pulang. Kami dua-dua diam membisu. Masih lagi terkejut agaknya. Sampai aku ceritakan kisah boss tadi pada en.hubby. Dia  kata kita cuba saja. Ada rezeki kita alhamdulillah. Plan asal en.hubby nak ajak aku pergi hospital esok saja. Entah macam mana. Lepas balik klinik en.hubby hantar aku balik rumah. Malam lepas balik kerja. En.hubby terus ajak aku pergi Hospital Sungai Buloh malam tu juga. Aku terus bangun dan pack barang sikit-sikit. Barang yang penting seperti toiletries dan sebagainya. Dalam hati kuat mengatakan kena admit aku ni nanti. Stand-by sajalah.

Sampai Hospital tak tahu mana nak tuju. Tanya guard. Dia suruh pergi bahagian Kecemasan. Punyalah jauh nak berjalan. Sabar jelah. Sampai saja bagi surat di kaunter pendaftaran. Tak lama kena panggil di bilik saringan 1. Lepas tu baru dapat no giliran berjumpa doctor. Masa jumpa doctor tak cakap banyak pun sebba doctor dah baca surat doctor kat klinik pakar tadi. Dia cuma buat scan sekali lagi for confirmation. Doctor tadi pun tak berani nak buat confirmation dia suruh berjumpa dengan doctor pakar. Dia suruh aku pergi ke bahagian EPAU (tak tahu nama penuh apa tapi tu kat dalam dewan bersalin) Dah berjumpa doctor pakar. Confirm aku Molar Pregnancy. Dalam scan cuma ada buih-huih saja. Doctor tu kata kena buang cepat. Doctor check kemaluanku dan seluk jari dia untuk pastikan esok dilation and curettage (D&C) berjalan dengan lancar. Memang confirm aku kena admit. Aku pun keluar dari EPAU cari en.hubby kat luar. Doctor pesan suruh makan sebab pukul 4 pagi aku kena puasa. Masa tu jam dah pukul 2. Aku paksa juga makan. Tapi muntah juga. Hmm nasib baik air milo boleh masuk.

22/7/2011


Berpuasa dari pukul 4 pagi tak boleh minum sampai pukul 12.15 pm baru aku di tolak ke dewan bedah. Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku mcam mana. Aku cuba menenangkan fikiran. Tak nak fikir banyak sebab takut stress. First time kena admit dan first time jugalah masuk dewan bedah. Aku follow saja apa yang perlu di buat. Aku di beri full bius. Dah masuk dalam bilik bedah tu. Aku nampak ramai orang. Ada la dalam 4-5 orang. Nampak ada white board tulis operation apa dan patient siapa. tu je sempat aku nampak sebelum aku pengsan tak sedar apa. Masa test oxygen. Banyak kali cuba. First time lah katakan.

"Najihah....Najihah...." Aku tersedar. Alhamdulillah dah selesai. Memang tak rasa apa. Aku dah stabil baru di bawa ke wad semula. Tunggu nak keluar dari dewan bedah. Aku nampak en.hubby menunggu kat luar. Terus aku senyum dan hati rasa tenang bila nampak dia :')

Sampai wad doctor kata aku hilang darah 2 liter. Darah aku 4 liter. So half dah keluar memang kena ganti lah kan. 2 beg darah masuk. Masa tu ibu mertua dah datang. Tak lama tu ibu dan bapaku pula datang. Hati rasa terubat sikit bila nampak wajah mereka semua yang sentiasa berdoa dan menyayangi aku. Terima kasih abang, ibu & ayah, dan ibu :')




*** Sampai sini saja lah aku cerita pengalaman first time aku admit di hospital. Mungkin bagi orang lain biasa saja tak perlu nak cerita kot cuma bagi aku hanya sekadar nak berkongsi pengalaman. Lastly aku nak ucap ribuan terima kasih pada my dearest cousin yang buat entry khas ini untuk aku yang juga ada cerita pasal Molar Pregnancy tu apa. Siapa tak tahu boleh la baca kat blog beliau ye. Tak lupa juga sahabat sejati aku yang buat entry ni untuk aku. Terima kasih banyak-banyak. luv u allss...muaaahhhh. Lepas ni tak ada dah pregnancy sticker kat sebelah kanan tu ya.


***kalau ada tersilap kata maaf ya dan kepada yang ada terlepas pandang tu minta maaf juga ya


post signature

3 comments:

  1. Be strong N. Sedih plk aku bc entry kau ni sbb kau mcm sakit sangat je kan. huhu. Takpe. Allah ade plan y lebih baik utk kau. Take care N . :)

    ReplyDelete
  2. jihah..

    :'(

    u are always in my prayers..

    InsyaAllah, ada rezeki jihah.. Jaga diri elok2 ye..

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya dah taip komen panjang lebar semalam, tapi tiba-tiba internet server down pulak pfffttt!

    Anne banyak-banyakkan bersabar ye. Betul kata Hasanah Zulcefli atas ni, Allah ada rancangan yang lebih baik untuk Anne. Never lose faith in Him. Setiap yang berlaku memang dah tertakluk di Loh Mahfuz-Nya, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk hamba-Nya.

    Banyakkan berdoa tau! :)

    ReplyDelete