Dah lama sangat tak menulis. Bukan tak nak tapi sebab kekangan masa di tempat kerja menyebabkan aku tak sempat nak menulis. Kalau ikutkan hati memang banyak sangat nak share story dengan korang tapi mungkin tiada keizinan-Nya. Mungkin.
Alhamdulillah aku dah 'confirm' dengan company sekarang. So far segala beban kerja aku boleh handle lagi. Mula-mula ada rasa tak selesa juga maklumlah pindah ke tempat baru. Nak kena sesuaikan diri dulu baru badan tak terkejut. Kan?
Masalah? Erm..bagi aku kat mana-mana tempat kerja pun mesti ada masalah. Tipulah kau kalau kau kata kat office kau memanjang happy saje. Itu namanya Allah nak menguji kita. Setakat ni alhamdulillah dugaan di tempat kerja aku masih boleh hadapi. Dan biasa juga bagi aku kalau ada 'gossip' tentang si polan, si bedah, si temah, si abu kat tempat kerja. Orang itu tak puas hati dengan orang ini la macam-macam lah. Penat nak type :p Tentang ini, aku selalu ingat pesan en.hubby. "Jangan masuk campur hal orang. Kalau ada yang nak mengadu dengar je jangan nak tambah garam sana-sini" *OK tak. Ayat ni aku olah sendiri supaya lebih sedap di baca =_='*
Itu yang aku praktik kan buat masa sekarang ini. Sebab aku memang jenis mudah percaya dan terpedaya. Lebih baik aku ambil yang keruh buang yang jernih. OK. Di office aku ni boleh aku kata Politik kerja memang tinggi. Siapa yang pandai guna kipas atau lebih bijak untuk guna air-cond untuk sejukkan boss maka dia lah yang untung. Aku rasa kau orang mesti boleh faham kan apa maksud aku yang sebenar. OK great aku malas nak explain panjang lebar.
Kenapa aku tergerak hati nak menulis tentang perihal di tempat kerja ni sebab hari ni ada seorang officemate aku last day hari ni. Aku memang tak tahu hal yang sebenar cuma pendapat aku macam yang aku beritahu tadi. Mungkin officemate aku ni jenis yang bukan kuat kipas (sama macam aku juga) jadi bila dia hantar surat resign boss cuma cakap 'later i will discuss with them (boss yang lain)' Tapi apa yang berlaku boss aku tak bertegur sapa langsung dengan dia sehingga hari ini last day dia. Kejam tak? Even kau tak suka pun at least kau bagi kata putus atau apa. Jangan biar orang tertanya-tanya apa status sebenar. Memang kesian sangat dengan officemate aku ni. Sudahlah tak ada farewell party pun untuk dia. Hanya kami satu department saja ambil inisiatif untuk buat farewell untuk dia OK lebih kepada makan bersama saja sebenarnya.
Kalau aku berada kat tempat dia pun mesti aku sedih gila. Rasa macam tak dihargai langsung dengan apa yang dah kita beri pada company. Tiba-tiba terfikir apa pula nasib aku nanti =_=' Hurmmm.. Masa salam kali terakhir tadi aku nampak kesedihan dia nak tegur kang tak pasal aku pula yang menangis T_T. Aku doakan dia lebih berjaya dalam hidup selepas ini dan semoga Allah S.W.T memberkati kehidupan dia sekeluarga.
No comments:
Post a Comment