Assalamualaikum readers!!
We meet again! Kali ni nak bercerita tentang penjagaan diri bagi ibu meangandung pula. Sejujurnya aku ni bukanlah jenis yang menjaga penampilan sangat. I mean bila lepas mandi sapu losyen satu badan tak cukup lagi baby oil pula tak pun mandi bedak wangi. Oh no! It is not me. Ya, maybe dulu sebelum berkahwin aku jenis yang macam tu. Lepas mandi mesti kena sapu lotion satu badan. Masa tu memang maintenance tinggi la. Maybe masa tu mind set aku, aku masih anak dara kena jaga kecantikan dalaman dan luaran untuk bakal suami nanti(sila muntah hijau). Tapi lepas kahwin lain pula. Sempat beli sebotol saja kot lotion lepas tu dah habis tak beli-beli dah. Sampai abang bising kata siku dah kering lah itu lah ini lah. Entah kenapa jadi malas. Sepatutnya lepas kahwinlah lagi kena cantik-cantik depan suami kan? Tsskkk
Ok. Sejak pregnant pun masih sama. Lagilah takut nak sapu sembarangan losyen kat badan. Takut affect pada baby. Maklumlah product kat luar sana tu mostly ada chemical. Kena peka mana yang sesuai dan tak sesuai untuk pregnant women. Jangan pula kau main belasah saja :/
Sekarang kandungan sudah berusia 5 bulan++. Mestilah perut semakin membesar dan kulit akan meregang. Tapi bertuahnya aku masih belum ada stretchmark pun lagi sebab...sebab kulit tebal atau perkataan yang lebih mudah difahami dulunya perut buncit T______T
Dulunya aku fikir bila perut dah mula meregang dan sudah mula rasa gatal-gatal kulit nak meregang baru aku nak pakai stretchmark cream/lotion/oil. Teori mana entah aku dapat. Pandai-pandai saja reka -____-'
Sememangnya teori aku tu salah. Refer pada my favourite blogger mommy Dr. Halina usia kandungan 16 weeks dah boleh guna stretchmatk cream/oil/lotion tu. Dan seeloknya sebelum terjadi stretchmark tu lagi dah kena pakai barulah betul. Bila dah ada stretchmark lagi susah la nak hilang kan. Tskk tsskkkk
Officemate aku yang usia kandungannya lebih 5 weeks dari aku juga dah mula guna oil untuk stretchmark dia. Hurmm, jadi aku pun barulah sibuk-sibuk nak guna juga. So, last weekend paksa hubby cari stretchmark cream/oil tu. Ikutkan nak beli oil macam Dr. Halina guna tu tapi puas aku pusing kat The Curve sampai nak cramp kaki tak jumpa pun :( Jumpa yang ini so aku beli sajalah.
Beli kat mothercare. Harga Rm 36.00 after less Rm 32.40 |
Kat mothercare kalau siapa yang tak suka cream boleh beli oil. Harga lebih kurang sama atau sama eh! entah dah lupa. Sorry.
Ok. Sebenarnya aku musykil tentang suatu perkara. Usia kandungan ke berapa prosess susu ibu terhasil? Ada aku baca dalam forum ibu-ibu semasa pregnant lagi ada yang dah buat stock. Ini aku tak berani komen. Sebab aku pun tak ada pengalaman. Setahu aku kalau kita perah susu rahim akan mengecut. Tak ada kesan pada baby yang masih dalam kandungan ke? One more thing, kolustrum adalah susu yang keluar dari payudara ibu setelah melahirkan bayi kan? Betul tak? Bermakna kalau ada cecair yang keluar dari payudara ibu semasa hamil bukanlah kolustrum kan? Jadi, cecair yang keluar dari payudara ibu semasa hamil adalah cecair apa? Ada ibu-ibu yang ada pengalaman tentang ini? Tolong bantu... tsskkk
Aku ada baca kat sini cara nak membersihkan payudara semasa hamil. Bila aku ikut cara tu ada cecair keluar. Tak pasti itu cecair apa. Warna kekuning-kuningan. Nak tanya doktor semalam jumpa doktor lelaki. Memang tak keluarlah soalan tu dari mulut aku T____T
Di sebabkan itu, alang-alang dah cari stretchmark cream tu aku pun cari sekali nipple cream. Pregnant women mesti bersihkan nipple anda kalau tak nanti tersumbat bila baby lahir susu tak keluar. Ini dari pengalaman kawan-kawan aku yang dah bersalin dan memberikan breastfeed(BF) pada bayi mereka. Jadi, aku ikut sajalah. So, aku jumpa yang ni kat mothercare juga.
Harga Rm 36.00 after less Rm 28.80 |
Sharing is caring! And thanks for reading. Hehehe
hahaha...
ReplyDeleteibu mengandung nehh...
susu tuu xpe xyah isau..
nti pas besalin sure ada punya...
nnti berurut kasi kuar...