Sunday, March 18, 2012
Astro
Wednesday, February 29, 2012
Perihal di tempat kerja
Sunday, October 9, 2011
Dugaan
Thursday, September 8, 2011
Aku mesti kuat!
![]() |
| Source :Mr. Goo |
Friday, May 27, 2011
Betul ke ni?
Monday, May 23, 2011
Serba Salah
Friday, March 4, 2011
Tak Tau Cerita Sedih Atau Apa
Sampai je kami kat tempat kejadian. Aku nampak lori TNB tu kat tempat kejadian tu lagi. Aku bagi tau pada pegawai bertugas tu " Ini lah lori TNB tu " Tapi nak tau apa yang jadi? Tayar sebelah kiri lori tu dah masuk parit! ( nak gelak ke tak? memang aku dan ibu dah tergelak-gelak kat tempat kejadian. Pegawai bertugas tu hanya senyum je. Mestilah kena cover! haha ) Rupa-rupanya masa dia nak reverse tak perasan ada parit kat sebelah kiri tu sampai boleh jatuh parit. Yang buat aku tak paham. Dalam lori tu ada tiga orang ( include driver ) kenapa kawan dia lagi dua orang tu tak tolong dia? First case lagi masa berlanggar dengan aku. Boleh kot seorang turun bagi isyarat line clear ke tak clear ke lorry bukan kereta T_T. Sama case dengan lorry dia masuk parit segala. Boleh kan kawan dia seorang turun tengok jalan? hmm.. Aku assume yang mereka tak 'geng'. Sampai situ je lah cerita aku dan sampai hari ini kereta masih dalam keadaan begitu. Hari ni baru siap semua document dan baru aku boleh hantar workshop untuk dapatkan claim insurans. Menjadi persoalan sekarang nak claim dengan driver atau TNB? T_T.
![]() |
| Inilah apa yang dah jadi :( |
![]() |
| Keputusan report |
![]() |
| Inilah lakaran lokasi kejadian. Nampak tak lori tu? Macam tulah keadaan lori yang dah masuk parit tu :D |
UPDATE : JEMPUT SINGGAH BLOGSHOP SELALU SEBAB NAK UPDATE STOCK BARU TAK LAMA LAGI. TURN SHAWL PULA! YEAAYY!!! :D
Sunday, February 13, 2011
Mood yang tak tentu hala
Friday, January 14, 2011
Memang macam ni ke?
Kontraktor TM dah datang check konon-kononnya. Kalau setakat cucuk wayar telefon baru. Aku yang tak belajar langsung pasal telefon ni pun boleh buat. Mana tidaknya, sampai seminggu pun telefon tu still tak boleh guna. Pendek kata sampai hari ni pun telefon tu masih tak boleh guna. Haishhh belum lagi part nak tunggu orang streamyx setting segala.
Persoalannya disini. Memang macam ni ke? T_______T.
Lagi satu yang buat aku terkilan. Hmmm banyak betul dah aku ni membazir duit gitu je. Ha? Tak paham? Ok aku cerita. Last month last aku guna Celcom Broadband. Di sebabkan aku dah tak nak guna perkhidmatan bb yang saaaaangattt laju itu. Aku pun malaslah nak bayar bil. Biarkan macam tu je. Rupa-rupanya bil still jalan selagi aku tak stop account. Dapat email dari celcom bil aku Rm299.45 (sen tak nak kalah haha). Dan aku rasa kredit limit aku Rm250. Aku cuma tak bayar baru dua bulan. Tapi tengok jumlah bil tu. Tak ke rugi rm99 aku. Dah la tak nak kalah nak ambil pakej yang paling mahal tapi service macam teettt. Hmmm entahlah. So blogger kalau ada di antara kau orang yang situasi sama macam aku tak kisah la perkhidmatan apa yang kau orang ada dan rasa-rasa dah tak perlukan perkhidmatan tu stop account cepat-cepat ye. Jangan jadi macam aku ok T_T.
p/s : Nak pergi SJMC pula lepas ni nak lawat anak sepupu aku operation. Semoga operationnya berjalan dengan lancar. Amin~~
Monday, November 29, 2010
Tak fit dah :(
Seriously aku kata aku memang dah tak fit langsung! -_____-"
Tolong okey! Aku naik tangga dan masuk bilik. Dah sampai bilik termengah-mengah. Apakah? huhu. Aku dulu tak macam ini pun. Aku dulu kalau kata nak jogging padang bola 3 round pun tak ada masalah (hepp..bukan nak berlagak ke apa memang kenyataan ya) Tapi sejak aku further Degree memang dah tak aktif mana. Kalau ada bersenam pun main futsal sahaja. Itupun kadang-kadang ikut en.hubby main dengan classmate dia. Masa tu memang main mix lelaki perempuan pun tapi tak kisahlahkan. Asalkan tak ada adegan peluk-peluk dalam court!
Dulu masa aku Diploma aku memang aktif sampai aku pernah cecah berat badan 45kg je! OMG! Masa tu memang tak percaya. Aku boleh pakai jeans straight cut saiz 27 waaahhh... Hmm.. Aku ni dari sekolah memang agak chubby sikit. Tapi takde lah over chubby. Sikit je. Kira macam orang kata sedap mata memandang tapi aku tak suka itu. Sampai bila aku zaman Diploma tu ya aku memang suka. Badan ala-ala model gitu (gelak la sampai puas huh!)
Tapi keadaan berubah bila aku futher Degree. Start duduk rumah sewa nak masak apa pun boleh dan dengan tak banyak bersukan berat badan aku naik sikit. Tapi tetap maintain 48-49kg. Tak apa. Ok lagi. Aku boleh terima. Aku tak boleh terima bila aku dah habis study. Duduk rumah tak buat apa-apa walaupun masa tu aku ada buat kerja sikit tapi tak perlu berlari ke sana ke sini hanya duduk di meja sahaja membuatkan berat badan aku bertambah lagi! Ayyakkk.. Lagi-lagi masa tu ada rezeki lebih. Itu membuatkan nak makan apa sahaja aku boleh. Tak perlu berfikir panjang masuk terus dalam kedai dan order makanan. Keadaan itu membuatkan berat badan aku naik lagi menjadi 50-52kg T_T.
Aku mula sedar nak turunkan berat badan sebab aku rasa peha aku semakin membesar rasa berlaga-laga peha bila berjalan. Itu tak seronok OK. Ada lagi satu sebab yang membuatkan aku sedar. I AM GETTING MARRIED. Ya masa tu bulan enam dan aku akan berkahwin bulan tujuh. Gila kau dalam masa satu bulan kau nak turunkan berat badan sampai 5kg? Tapi aku tak gila nak ambil supplement kurus what so eva. Aku hanya TER mendaftarkan diri di fitness first +_+. Memang semangat masa mula-mula. Yelah nak kawin kan. Takut baju pengantin tak muat lah. Nanti macam mana atas pelamin nampak ok kah? Cantik kah? Hmm..tapi aku hanya mendisiplinkan diri aku ke fitness first tu untuk tiga bulan sahaja. Ngam-ngam sampai majlis bertandang di rumah en.hubby. Lepas tu aku pun freeze-lah account aku sampai bulan December ni last (tapi rasa macam nak freeze lagi atau stop terus? T_T)
Hmm.. Sekarang selepas berkahwin Empat bulan aku bergelar isteri. Berat badan aku tak payah tanyalah. Memang aku tak suka berat badan sekarang ni T_T. Sampai sekarang aku habis write entry ni pun masih rasa sesak nafas. Adakah aku di serang penyakit lain? No lah T_T.
2006 ~ Miss this moment
Thursday, November 25, 2010
Annoying lah!
Haishh... Hari ini aku pergi ke BSN(Bank Simpanan Nasional) semua orang tahu lah. Tak perlu mention pun T_T. Oke oke bukan nak cerita pasal BSN tapi nak cerita pasal Staff kat situ. Hmmpp aku pergi sana sebab nak buat Western Union(WU). First time nak buat rasa macam menggelabah sikit lah. Ish betul ke macam ni. Ish kalau salah nant habislah duit aku -___-".
Biasalah kalau transaction online ni mestila 'lems' sikit. So aku pun kene lah tunggu sekejap. Sekejap tak sekejap sempat jugak Guard Polis kat BSN tu promote kat aku Sijil Simpanan Premium. Itu satu hal, satu hal lagi masa nak buat WU tu banyak tanya staff dia tu.
" Eh dik, nak hantar ke mana ni? Nak buat apa ni?"
Tak salah bertanya. Aku faham sebagai Staff Bank berhak nak tanya untuk memastikan kita tak kene tipu. Tapi tanya sikit-sikit sudahlah dan sorang yang bertanya cukuplah. Ini semua nak sibuk tanya. Kerja manalah itu lah ini lah. Bila aku kata aku duduk rumah tak percaya pulak. Hmmpp T_T.
Berbalik pada Guard Polis tadi, aku dah kata aku tak mau aku tak mau la. Bila aku dah tak mau tu sibuk pula nak mintak no telefon segala. Tunggu punyalah lama. Dah tak tau aku nak berdolak dalih apa lagi.
"Nanti saya bawak mak ayah saya datang sekali"
Hahah. Sampai alasan tu yang keluar dari mulut aku. Settle je semua aku terus chow~~
Nak di jadikan cerita. Aku yang cuai ni pun bijak pandai sangat sampai terlupa kunci kereta letak kat mana. Siap sempat pergi kedai cari barang masih tak perasan kunci kereta tak ada. Aku pergi kedai berdekatan dengan BSN itu je sebab tu tak perlu nak drive. Aku sedar je bila aku keluar kedai tu nampak Guard Polis tadi. Mula-mula suruh lebih sedap di kata 'Paksa' aku beli Sijil Simpanan Premium tu. Kalau tak dia tak nak bagi kunci kereta. Aku dah macam nak marah dah. Tapi boleh sabar lagi. Dia tengok aku macam dah lain kot then dia ubah pulak mintak no telefon aku. Aku dah geram tapi muka masih boleh cool lagi terus menuju ke BSN tu semula konon-konon nak cari kat dalam baru lah Guard Polis tu bagi. Huh!
Entah kenapa aku pun tak bagi tau yang aku Just Married! T_T.
Monday, November 15, 2010
Peristiwa ketika MTeST
Baru hari ini boleh cerita la sebab dah tak sibuk dengan tanggungjawab seorang isteri :)
Seperti yang aku beritahu di entry yang sebelum ini, malam itu aku tidur di rumah mertua sorang-sorang(kecoh! :p) semangat study untuk MTeSt especially math! Aku memang suka sangat subjek ini dari sekolah rendah sampai U! Tapi dengan perasaan excited nak jawab soalan math aku boleh jadi lupa yang aku hanya ada masa 30 min untuk 30 soalan! Hasilnya tak dapat jawab semua sebab tak cukup masa. Sedey +kecewa T_____T Aku tawakal sahajalah. Kalau dah memang rezeki untuk aku mesti boleh dapat kan (ayat nak jaga hati)
*****************
Lain pulak ceritanya dengan sebelum exam dan selepas exam. Exam start pukul 9.00 a.m. Kene sampai 30 minit awal macam biasalah. Keluar rumah mertua pukul 8.15 sempatlah sampai sebab rumah mertua dengan sekolah tersebut(tempat exam) tak jauh pun. Kalau ikutkan jarak sebenar 5-8 minit dah boleh sampai. Tapi apa yang jadi? Sampai je berhampiran pintu pagar sekolah tersebut kereta mula bergerak perlahan.
"Hah?? Jammed sampai sini? Pukul berapa nak sampai dalam ni?" aku dah mula bising.
"Sebelum ni buat kat sekolah lain takde pun jammed macam ni. Kenapa la pergi tukar bla bla bla..." kakak ipar mula membebel.
Aku tengok jam 8.35 a.m. Aku masih bersabar. Tak nak stress sangat nant tak boleh jawab exam ceeehhh...tunggu punya tunggu, kereta bergerak seperti kura-kura lagi laju sampai jugak dalam kawasan dah payah nak cari parking pulak. Nampak macam ada yang parking di padang sebab tak la jauh sangat nak ke bangunan sekolah jadi aku pun parking lah.
Problem lagi! Nak cari nama pulak sebab kat tiket layak ambil exam tak bagi tau aku exam kat mana. Menggagau jugak lah cari sebab nama di susun mengikut tahun i/c contoh 85-86-87 tapi sangat cerdik bijak pandai tak di susun ikut abjad! Nah kau, bertabur lah nak cari. Menyumpah lagi! Kakak ipar lagi kesian. Tahun yang sama dengan dia tak ramai yang mohon jadi takde senarai dekat dengan nama aku. Sampai masa nak jawab exam pun dia dan ramai lagi yang se-tahun dengan dia tunggu kat bilik gerakan sebab dah tak jumpa kelas. Hmmpp T_T
Start exam lambat 9.15 a.m maka habis pukul 11.45 a.m. Selesai je exam terus pergi kat kereta dannn pusing-pusing nak cari jalan keluar dari padang tak jumpa. Rupa-rupanya jammed lagi!! T_T. Tunggu nak keluar dari kawasan padang je dah dekat 40-45 minit.
"kalau kita ambik exam kat klang dah sampai rumah dah"
Hmmmpp......Ish3..Management untuk MTeST. Sila la take part kalau korang tak nak di sumpah seranah lagi selepas ini. T_T.
Wednesday, November 10, 2010
Adakah kebahagiaan itu bukan milik ku?
Baru sahaja aku bergelak ketawa hanya sekelip mata berduka kembali. Kenapa susah untuk aku menikmati kebahagiaan hidup ini? Adakah ia memang bukan menjadi milik aku?Seronok je tengok orang lain happy, gelak ketawa. Aku? Lebih banyak cerita sedih dari cerita gembira.
Makan malam dengan rasa sebak di dada dan sedikit air mata bergenang. Terpaksa menahankan air mata yang bergenang itu kerana tak mahu di ketahui oleh orang tua ku. Malulah dan tak kan pula nak menangis depan rezeki. Tak elok kan. Tak tau lah apa rasa nasi tadi. Terpaksa telan buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku.
"Esok adik ada interview kat KL yang" kata ibu kepada ayah. Anak buah ku menyampuk
"Wa ikut ke?", "taklah"
Lagilah rasa sebak di dada. Nak ajak tapi nanti siapa pula nak masak makan tengah hari untuk ayahku. Hmmm..serba salah.T_T
Telefon berdering aku biarkan? Kenapa?
Entahlah..aku pun tak pasti. Tak berdaya.
Maaf kalau cerita ini tak boleh cerita. Maaf sekali lagi.
Mungkinkah aku akan delete terus blog ini? Atau biarkan ia tersorok dan hanya aku seorang sahaja yang boleh membacanya? Mungkin itu yang lebih baik.
Pergilah engkau wahai syaitannirrajimmm!!!
Huh! kasar sungguh tajuk ini!
Memang! Masa aku sibuk nak buat kerja yang urgent la masa tu aku sibuk jugak nak edit blog la sampai rasa buang masa berjam-jam depan lappy ni asek edit sane edit sini tak habis-habis(tapi tak menjadi jugak hmppp). Ada lagi pulak rasa nak tengok movie yang dah pernah kau tengok! Ada pulak lagi boleh tangan yang gatal ni pergi download game baru kat handphone sampaikan sidai kain pun dah tengah hari!ish..ish..ish...bini sape lah ni T_T
Aku ada hal yang memang sangat penting. Ya aku ulang lagi sekali penting demi masa depan negara(eh..ape hal pulak masa depan negara ni?kau tu Perdana Menteri ke?) masa depan keluarga aku lah!haishh....
Tapi..selalu macam ni. Kau orang penah tak rasa macam yang aku rasa? Masa belajar dulu lagi lah selalu. Time besok ada paper final la malam tu aku rasa nak tengok wayang la, nak ajak en.hubby makan kat luar la sampai berjam-jam. Tak ke buang masa namanya. Orang dok sebok belajar mentelaah buku yang kau sebok ke hulu dan ke hilir bersama kekasih hati(masa tu lah :p)
Aku rasa ini disilpin diri kot? Aku memang tak ada disiplin. Selalu plan mesti tak menjadi. Macam-macam plan, itulah inilah yang tak logik akal pun ada hahahah... Bila lah aku nak berubah ni? Tak kan la sampai bila-bila pun nak jadi macam ni? Bila dah ada anak nant siapa la nak mendisiplin kan mereka? Haissshhh...
Aku kene kuat!! Kena selalu beringat pada diri sendiri.. Sedarlah wahai Najihah!!! Hmmppp T___T
(Masih di depan lappy membuang masa???sudah..sudah..gulp!)
Saturday, November 6, 2010
Cuti-cuti
Rasenya belum terlambat kan nak wish....
Happy Deepavali.....kepada semua penganut agama Hindu di seluruh Malaysia dan negara lain jugak..(cehh..macam la ada orang kat obersea tuh baca blog kau..hmmpp)
Public Holiday=Cuti-cuti
Biasa lah..untuk orang yang bekerja..masa cuti panjang macam ni lah diorang selalu ambil peluang untuk bawa kaum keluarga berjalan-jalan. Macam aku jugak..hehehe(eh..macam kau kerja je sebok nak berjalan jugak time orang cuti)
Untuk cuti kali ini..aku sekeluarga bercuti di Kulim, Kedah(Kedahhh???tak banjir ke??) tak lah...kat sini kawasan tinggi..walaupun masa sekolah dulu aku punya geografi takde la hebat mana. Tapi aku tengok kawasan yang berbukit-bukit. Dah tentu lah susah nak banjir kan!
Kenapa kau pilih bercuti di Kulim??
Heheheh....Kakak sulung aku menetap kat Kulim ni. Aku update blog ni pun guna lappy die heheheh...En.hubby takde. Die keluar ikot abang ipar aku pergi tengok bola. Abang ipar aku memang ada team futsal. Tapi die bukan pemain. Pengurus je lah..heheh. Aku bukan tak nak ikot. Tapi ayah aku tak de orang nak teman.(cehhh..padahal kau malas kan!kahkahkah)
Untuk pengetahuan semua..Ini baru intro hokeyyy!!!(haaa..cuak-cuak..kehkehkeh)
Actually aku nak cerita pasal sikap pemandu-pemandu kat malaysia ni. Semalam, on the way baru masuk highway Tapah. Ada lah dalam 5km kot. Hujan lebat sangat. Aku pun slow lah. Tak lama tu, kereta depan makin slow..80-70-40-20-0km/h huh!dalam ati(mesti ada accident ni) memang betul. Ada DUA lagi. Hmm..mane la sampai 1 jam lebih jugak la terkandas jammed tu.
Hmm...aku tau. Rakyat Malaysia semua memang pakar sangta bawak kereta. Tapi tak payah la nak show off. Kau dah duduk lorong tu. Follow je lah. Tak payah la nak tukar-tukar. Cilok sane sini. Haishh!!(marah ni) Dan yang paling aku geram. Emergancy line kompom punya lah mesti ada yang tak sabar lalu jugak. Sampai ambulance pun susah nak bagi pertolongan.
Aku ingat lagi. Aku ada baca paper kes accident kt melaka tuh. Ada keluarga komplain bantuan lewat sampai. Keluarga mangsa sampai lagi awal walaupun datang dari jauh. "Memang sangat jammed tapi saya tahan motor bawa ke tempat kejadian"(harap maaf ayat ditukar atas-atas keselamatan) Cube fikir!Kalau emergencay line pun dah sesak dengan kenderaan macam mana bantuan nak sampai awal. Oke-oke..keluarga mangsa kata die tahan motor bawa ke tempat kejadian. Hello!!tak kan la nak angkut strecher naik motor jugak?Lepas tu nak bawak mangsa naik motor jugak?Hmm...tak boleh la nak salah kan bantuan jugak. Sikap pemandu yang berada di emergancy line tu lagi salah!!!Fikir-fikirkan lah!!huh!!(marah sangat dah ni) Hmmpp..dah la..nak makan! Bagi kurang sket marah :p
Monday, October 25, 2010
K.E.R.J.A
setiap org kat dunia ni mesti nk kerja kan...tipulah kau xnk...habis tu buat ape pergi belajar tinggi2..ke sekolah je tinggi bertingkat2 sampai cikgu yg preggy x larat nk naik tingkat atas sekali :p reality is..all people wanna a job!ibu bapa pun mesti nk yg terbaik buat anak mereka.sbb tu ade yg sanggup hantar anak ke skool private semata2 mahukan yg terbaik untuk anaknya.begitu juga aku.walaupun aku x dihantar ke skolah private.tp skolah aku agak tinggi sampai tingkat empat dan semestinya atas sekali adalah library yg menyebabkan ramai budak2 skool ni malas nk pergi sbb kene naik tagga berapa kali pusing dan xcept tingkat atas sekali ini jadi port2 budak2 yg suka ponteng kelas.(eh..itu bukan aku :p) ape la yg aku merepek ni..bukan nk cerita pasal inilah...xpe2..kasi hot skeettt..hehehe..
ari tu aku ade cerita pasal ini kan...
hmmpppp T____T
ayyakkk..mula2 dh wat muke?ni mesti cite x best neh...ok..semalam..sunday..aku dan en.hubby di tugas kan untuk menjaga 'tiga abdul' lagi sbb bonda dorng ada hal penting.ok..xpe..nasib baik kamu dapat adik dan ipar yg sgt murah dan baik ati(hahahah..masuk bakul nampak..) parents pula kene bergegas blk ke kg sebab ade saudara kami kenduri.aku dan en.hubby x dpt ikot sbb ade plan lain..apakah itu??mencari rumah sewalah!
ok..disebab kan esok..selasa..aku di arah oleh company tmpt aku interview tempoh hari untuk lapor diri..en.hubby yg sgt sayangkan isterinya ini *blushin* nk tengok tempat kerja ku...sambil2 la kan...sambil cari2 umah sewa kan.lepas check-out aku hantar my parents kt shah alam..nk bg kereta lg satu untuk mereka drive pulang ke kg.(cehh..mcm byk je kereta kau..kereta companylah yg lagi satu tu..) aku dan en.hubby pun start search umah bermula dari kawasan sek7-sek8-pdg jawa-sek19 eh..jauh pulak dh..xlah..sek-19 tu sbb nk naik train..hehe..saje2 'tiga abdul' ni asek bising je..
cek aaa..nk menan..nk mem menan..(che anne..nk main permainan..)
nk bg senyap aku dan en.hubby decide untuk bwk 'tiga abdul' ni jalan2 naik komuter.salah satu sebab lain en.hubby nk tgk tempat kerja ku..perjalanan pergi dr stesen shah alam x ramai org.jadi kami dapatlah duduk...seronok sgt tgk budak2 ni...suke sgt naik train..
cek aaa..lajune ketapi ni...
cek aaa..best la nek ketapi ni..
tp yg bestnya..setiap kali train berhenti..
yea...dah sampai..cek aaa..bole tuwun x?
hehe..letih jugak la nk menjawab..sampai la ke destinasi sebenar..kl sentral..
sume bagai x sabar nk turun..masing2 cari selipar jepun(di beli oleh wa* nya..hehe) jalan2 sampai la opis..act aku x hingat name company 2 ape..cume mase interview die tanya pasal finance..aku mana lah tau..main belasah je la jawab..tp yg peliknya...interviewer aku 2 budak lagi.20-an dan bilik interview byk..ada la dlm 5-7 bilik..yg aku nampak..yg aku x nampak?
ok..tgk kt information board kt plaza sentral 2..block 2A, tingkat 18..nama company Gorgeous Chain Sdn.Bhd..aku pun menghafal la nama company ni...sbb rase mcm x sedap ati jek..niat di hati (nk search la blk rumah nanti) ok..lepas tgk kawasan opis we all lunch kt mcd..then blk naik train semula..tp kali ini ramai sgt org..alhamdulillah ade insan lain yg sgt baik hati..bagi aku duduk sbb aku dukung salah sorg 'tiga abdul' ini..walaupun berlainan agama dan bangsa..tp 1malaysia...cehhh...yg ladi 2 org en.hubby yg jaga..bukan xde org bg duduk juga.tp sbb 2 lg tu xnk duduk..jadi diorng berdirilah dgn en.hubby.samapi station subang jaya br org makin berkurang dan en.hubby serta yg 2 lg dpt duduk.sampai2 di station shah alam bonda 'tiga abdul' ni dh tunggu..hehe..seronok la mereka tgk bonda ada :)
kami ada urusan lain..sbb tu suruh bonda dorng amek jugak.en.hubby nk jumpe org xkn nk bwk 'tiga abdul' yg sgt tidak nakal tu heheh...sampai rumah mlm tadi sgt penat sampai x sempat nk on9.so..pg tadi br sempat aku nk on9.sambil tunggu en.hubby mandi.aku pun google lah nama company itu..dan hasilnya..
rakan
aku sangat terkejut baca entry itu sampai buat aku rasa mcm nk demam dan terus aje bersin2 dan jadi selsema.en.hubby kata aku tension..ye mmg..harapan sume musnah..mmg la org kate jgn percayakan sgt alammaya ni..tp kalau dh ramai sampai 30 lebih yg comments..xnk percaya jugak?so..sebagai langkah2 keselamatan aku mengambil keputusan untuk tidak dtg kerja besok!good bye!xkisah la aku jobless ke ape..tp untuk bekerja seperti itu aku sudah tidak sanggup.baik la tlg ibu di rumah lg bagus!dh la..xnk lah membebel byk2...buat sakit hati je...hmmppp T__T aku write entry ni pun untuk share kt kawan2 supaya tidak terkena...tp klu yg mmg suka kan duit..x taksub sgt dgn duit..boleh lah try...terpulang pada pandangan masing2 kan....cume bg aku tidak.hmm..patut lah aku susah sangat nk cari rumah sewa..ade hikmah semuanya...alhamdulillah...thanx God :)
lepas antar en.hubby pulang(opss..mcm la ku yg drive antar die blk gemas..maksud di sini adalah..babai2..sambil melihat en.hubby reverse kereta keluar dan berlalu pergi) aku terus telan panadol 2 biji n tidur..adalah dlm 3 jam kot tidur..bgn rase mcm dh ok sket tp ni rase mcm nk selsema blk..emm..b4 tido kene telan panadol lg lah ni... T_T
untuk tidak bg entry kali ini stress..aku upload skali pic 'tiga abdul' ok :)
Friday, October 15, 2010
Thursday, September 30, 2010
SELESAI SUDAHH.....
alhamdulillah....selesai sume majlis besa...(eh..ade majlis kecik plak ke pas ni??haha..) hmmm...alhamdulillah sumenye berjalan lancar..nasib baik ujan lepas tetamu pulang...makanan2 pun sume ngam2 tinggal utk tuan umh mkn mlm jek..hikhik...cume ade sedikit terkilan...tp ntah la..patut ke aku rase mcm ni??x tau la u all rase ke x mcm yg saye rase...ye la...same2 kenduri....same2 la buat keje...ni asek nk curi tulang je...mmg lemak la...sape yg tahan...br wat keje sket ble tido..then bgn utk mkn...wahhh..enak betul...dh bgn tido nk smbg wat keje mmg susa la kan..mmg la blurr...keje ko pun org lain dh tlg buat kan...buat keje nk berkira....klu x biase buat kerja byk....lain kali x payah kenduri....dan klu belum ready....x payah kawen...dh gatal sgt nk kawen kene la ready ngn keadaan sekeliling....nk kawen jgn pikir nk sedap je...byk benda lg nk kene pikir...klu korng teruskan keadaan mcm ni...hmm...sampai bile2 la keadaan mcm ni je...(ish3..emosi betul ni pn.wife ni..huhu...)
sape x bengang...saye & en.hubby buat kerja sampai demam2....org lain pun penat jugak...tp xde la nk tido dl br nk wat keje...saye pikirkan ibu mertuaku je...klu ikutkan hati...depan2 dh sound...x kire la..adik ipar ke...biras ke..beras ke...klu dh perangai menjengkelkan...kene di tegur kan!haisshh...mcm2 dh bebel ni....tp kdg2 aku rase sedih jugak..xnk benda sume ni jadi...tp klu kite diam je..lame2 kepale kite nanti kene pijak...so..wat mase skang..process utk layan kan je dulu...bg hint2...klu x jalan jugak..sound depan2 lah...ape lg kan...hmmm...en.hubby..maaf kan saya ye....mmg x berniat utk bermusuh...tp terpaksa...'kerna terpaksa...aku.....'(lirik lagu ape ntah lupe dah..hikhik...)ok le...dh byk dh meluahkan perasaan..lega sket...nant2 free sambung story lg....chooww~~
Sunday, September 13, 2009
Wednesday, July 1, 2009
sakit... ='(
nape ntah...padahal if aku landing jek con4m tido..ni xbley plak..hmmm......d sebabkan aku namo tido ni..aku pun men la my fb ( facebook ) sehingga aku x taw nk wat pe dh..aku pun open la fb 'kurt' ( xde niat pape okey..just nk tgk ape2 yg aku ble tulun accept ) ase nyesal pun ade gak open fb die...aku open je ade la some1 ni fwen request die...aku open then.....WTF...pompuan ni lagi...haish!!!mane plak die taw 'kurt' aku ni ade fb...xkn 'kurt' b taw die suh add kot????
nk caye pade 'kurt' or nk buruk sangka or nk tanye 'kurt' dl or.....dun noe....arghhh!!!!
yg pompuan ni pun 1....ko 2 dh kawen wat la care dh kawen..sebok2 plak nk kaco 'kurt' aku ni nape???eeee...nape aku perlu ade perasaan begini????sekali aku dh benci kau aku akan tetap benci selamanya okey!!!!!!aku x kesah korg nk label aku ni ape..tp aku mmg x suke if 'kurt' contact ngn pompuan ni!!even f.r.i.e.n.d aku tetap x suke!!!!x s.u.k.e. x s.u.k.e!!!!
mest korg cam x paham nape aku x s.u.k.e sgt ngn pompuan ni...aku cite sket la....
mmm..pompuan ni junior aku tyme skolah rendah...geng2 aku cam ade kes sket la ngn geng die ni..ok..aku dh lupe ape..ignore sahaja..coz masih budak hingusan lg..then..since aku kapel ngn 'kurt' aku cam terbace ( padahal saje bace =p ) 'kurt' msg2an ngn pompuan ni..aku cam dh bajet dh pompuan 2..then aku tanye 'kurt' sape pompuan ni..upenye betul tekaan aku...okey..aku cam relax lg...'kurt' kate die kenal pompuan 2 tyme die form 4 ( dorg skool same ) b4 die p skool teknik..then die lost contact ngn pompuan 2then..bley plak terjumpe kt pasar malam then change fon no...( 'kurt' dh kapel ngn aku okey!! ) yg aku xbley lupe..time bulan pose..'kurt' bley p shopping ngn pompuan 2??!!!!pomuan 2 yg ajak...alasan die..member 'kurt' punye gf kawan pompuan 2 then dorg nk shoppin ajak 'kurt' kire ber4 la...tyme 2 aku cam pendam perasaan lg..saba...saba...depan cam cool..dlm ati...@@#%#^&$*!@!* huhuhu...and 1 more thing yg aku cam geram...ade msg die kate yg aku ni 'madu' die!!!!woi!!!x malu!!!sape ko nk madu2 ngn aku haaa!!!!!eeee...tensen!!!aku bg lebah sengat ko br taw..hahahahaha...
2 je la cite yg aku ase susa aku nk lupe...cam sakitnye ati...huhuhuhu...salah ke aku wat cam ni??x bagi 'kurt' kawan lg ngn pompuan 2??skang ni ati ku ase seperti d tekan2 n di himpap2 oleh sesuatu...ish3...benci2!!!ngn perasaan aku skang...sakitnye~~~
isk...nape plak ni...nape ase sebak sgt ni..isk..arghhh...x dapat tahan dh... =''(
*** 'kurt'...kalau kamu bace post ni...saye nk bg taw kamu yg saye tersangat2 s.a.y.a.n.g pada kamu..kamu sorg je dlm hati saye..saye selalu berdoa agar hubungan kite sampai ke akhirat sana..saye x mau n takut sangat kehilangan kamu...saye..saye...="( saye cume berharap kamu faham perasaan saye sekarang..maafkan saye kalau saye dh wat kamu kecewa...tp saye nk kamu taw yg saye c.i.n.t.a and s.a.y.a.n.g sgt2 kt kamu..... ="(






