Showing posts with label fb. Show all posts
Showing posts with label fb. Show all posts

Thursday, December 2, 2010

MAHA 2010

Seminggu ni kat wall facebook ramai yang bersosial tentang MAHA. Aku pun tak ketinggalan lah nak juga tahu apa yang ada di Maha 2010. Walaupun sebelum ni dah ada MAHA ni. Tapi aku tak pernah ambil tahu dan rasa nak pergi pun haha. OK lets share


What is MAHA?

MAHA is stand for Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism


Where is it?

The venue is at Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS) near UPM Serdang and Hospital Serdang. Its have two entrance. Entrance one is from Hospital Serdang while entrance two is from UPM Serdang.


How long the MAHA operation?

From 26 Nov - 5 Dis 2010 (Only 3 days left) Sempat lagi nak pergi hehe

10 a.m to 10 p.m


What you will get?

Wahh..ni yang tak tahan nak jawab ni. Booth memang terlalu banyak. Ada four halls only for open booth. Larat tak larat je nak round. Macam-macam entrepreneur local and international tak ketinggalan membuat promosi produk mereka. Tapi terus terang aku kata memang aku berbangga menjadi Rakyat Malaysia. Melihat hasil usahawan-usahawan negara awesome. Memang rambang mata rasa semua nak cuba beli dan rasa hehe (nasib baik boleh tepis lagi dugaan tu semua :p) Ini baru cerita pasal booth.

Kawasan MAEPS ni sangat luas. You all boleh juga melawat beberapa tempat as below :

1. Mardi Ingredients & Vegetables Showground

2. 13 States Pavillions

3. Fama Fruit Stalls

4. Mardi/Mada/Kada/Bernas Paddy Showground

5. Livestock Showground

6. Aquaculture Showground

7. Pineapple Showground

8. Flouriculture Showground

All place above memang jauh-jauh tapi don't worry public transport di sediakan secara Percuma untuk ke tempat-tempat tersebut.




Kalau nak round semua tempat satu hari memang tak cukup tehehe. That's why aku pun tak sempat nak pergi semua. Dalam tak sempat tu pun sempat jugak la rembat ni tehehe


Hanger tudung Rm 13 sahaja.

Kenapa murah? Sebab yang ini jenis yang nipis sikit. Aku pernah beli kat IKEA RM29.90 if tak silap. Kenapa mahal? Sebab jenis yang itu tebal sikit :)



Papadom~~

Dari India. Murah..murah hanya RM 1 sahaja. Rugi kalau tak beli. Dapatkan kat Dewan A.

Lunch ni kami sekeluarga makan nasi bersama papadom yummmy~~ tehehe



Handmade Chocolate.

Produk TASNEEM dari Ulu Kinta, Perak. Produk ni register atas Lembaga Koko Malaysia. Memang banyak choice sampai pening aku tak tau nak beli kt booth yang mana satu :p



Ibu bersama bee~~

Tak sure ni mascot apa. Ibu tengah duduk-duduk tunggu aku merayap sorang-sorang kat dalam Hall B tu sempat tahan mascot ni snap pic bersama sebab nak tunjuk kat anak buah aku yang tak ikut tehehe.



To all blogger jangan lepaskan peluang. Jom ramai-ramai pergi ke MAHA 2010. Support Malaysia Industry :)



*** Aku pergi MAHA ni ikut rombongan Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang. Memang happeninglah melayan budak-budak tahun enam :) Aku boleh join sebab ibu AJK PIBG. Tumpang sekalilah haha


post signature


Tuesday, November 2, 2010

Khas buat para ISTERI..tak terkecuali buat diriku juga....renung2 kan lah...

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kita kan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "


MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah...


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

*credit to my fren krulniza



*** note untuk en.hubby :

sayang mintak maaf kalau selama kita berkahwin ni sayang ada melukakan hati abang atau berleter atau apa-apa sahaja seperti dalam kesah tersebut. Maafkan sayang.. InsyAllah sayang akan sentiasa berusaha menjadi seorang isteri yang sentiasa taat pada suaminya dan menjadi isteri yang di pandang oleh Allah s.w.t...amin~~


post signature

CAPEK...

Entry ini bukan capek yg cite SI CAPEK di TV2 tuh....


CAPEK is penat@letih....


Actually banyak aku nak cerita...tapi di sebab kan aku baru sahaja sampai rumah pukul 2++ pm tadi. Dan terkejar-kejar masuk rumah kerana mahu menonton Alisa(tak habes-habes dengan cerita alisa die T_T) habis cerita alisa baru sedar yang aku tak sembahyang zohor lagi!!astaghfirullahalazim...(sila jangan contoh..sembahyang di awal waktu yeee..hehe)


Kate tadi penat?? Tapi masih lagi boleh online??cehhh....haha

selesai sembahyang zohor..rase macam dh seminggu tak online..padahal baru 1 malam kot kehkehkeh....dah penat berFB aku baru rasa nak upload sesuatu kat my baby blog ini. Tapi tiba-tiba terasa penat sangat dan mata pun terasa berat nak di buka.


hmmm....aku nak tido dulu lah!tak kisah la korang nak cakap tak elok tido lepas asar nanti gile ke ape ke..aku dah tak peduli..yang penting aku dah mengantuk sangat.


sekiaN.(-.-)ZZzzzzzz.....


bersambung....(macam cerita bersiri pulak kau buat..hahaha..)

post signature

Wednesday, October 20, 2010

Lesen...eh..G.C.B...eh..eh..

lesen ke G.C.B???oke2...today i have 2 story to tell u..(macam hape jek eng aku neh ;p)

kejadian yg berlaku pada hari yg same...act saya baru perasan lesen saya dh mati bulan lapan yg lalu tp x igt tarikh berapa haribulan...perasan pun bile isi application form untuk ..........(biarlah rahsia..ngeh3) hari khamis lepas...dh tau lesen xdak trus la menggeletaq lutut(eh..yg ber'loghat' utara 2 kenapa pulak??) anak buah saya yg d gelar '3 Abdul' blk cni..jadi kenelah berdialog utara dgn depa(hape??igt aku x pandai ke?en.hubby pun study kt penang tau..eh..eh..ade kene mengena ke?chooyyy)ishhh...dh jauh melalut ni..kalau cikgu bahasa melayu checking neh mesti byk tanda merah...karangan tidak ikut susunan ;p dah2..kang x abes bab neh...

tp dgn selambenye hari sabtu driving dgn berhati2 ke shah alam untuk bertemu en.hubby dan pulang ke kampung halaman pd hari selase dgn senang hati tanpa me'renew' lesen...bukan xnk renew tp lupe(cehhh...)blk umh baru teringt..itupun sbb ibu yg igtkan...tp tyme 2 dh lepas opis hour...so..men'decide' utk renew lesen hari ini..by hook or by crook kene jugak..sbb arini saye nk drive ke kuala lumpur..(ade urusan lah..mane bole bg tau...ish nyampah plak aku ;p) salah satu sebab malas nk ke pos opis takut lesen xle renew..mane xnye...check kt myeg ade 3 saman..sume speed trap!eh..eh..jgn tuduh melulu ye..aunty saye punye hal...dh gune name org pandai2 la jg elok2..ini tidak...#%&^^@^$*#$@*@!!!!(hape ntah yg haku dok mencarut mlm2 ni..)atas nasihat en.hubby dan rakan2 fb..(bgs jugak ade fb neh..cpt dpt info n opinion org..) redah jugak la pos opis tuh..

sampai pos opis....

amek no....1212(cantek jugak no neh..bwk tuah neh ;p heppp..jgn percaye..karut sume tuh) no skrg 1206 ade lg 6 org..oke xpe..tunggu..sambil2 dlm ati

pn.wife : Ya Allah..permudahkan lah hambamu ini untuk renew lesen...biarlah hamba dpt renew w/pun ade saman..amin...(byk kali ulang jugak neh...sambil tggu 6 org dkt 1/2 jam jgk lah..)

ting tong..

"nombor 1212 kaunter 4"

dupdapdupdap....

pn.wife : nk renew lesen en..

kaunter : berape tahun?

pn.wife : ntah..cube check dulu ble renew ke x..sbb ade saman..(ish..jujur gile budak neh..diam2 suda..)

kaunter : nk renew berapa tahun cik?

eh..die xdgr ke soalan saya tad?emm..ape lg..dgn muke selambe saya pun tnye berapa max bole renew..

5 tahun..setahun rm30----> 5xrm30=rm150(perlu ke nk buat calculation kt sini?hmmpp)

saya tgk purse adeyy xckup duit plak...yg ade rm100 jek..so saya buat keputusan untuk renew 3 tahun sahaja...3 tahun??lame jugak tuh...nahh!!!hamek kau...hahahaha..mmg balas dendam neh...xde lesen selama 2 bln dan renew trus utk 3 tahun..hahaha(gelak setan)tp..mmg lega gile dpt renew lesen tuh...n sgt2 xcited sampai x nyempat2 kua pos opis msk kete trus call en.hubby...hehe..family first...cehhhh... ;)

abis cite pasal lesen full stop.

oke..dh settle hal kt kl..br teringt x lunch x breakfast!patut la rase penin mcm nk pitam dh...on d way tad just take a boost(produk baru cadbury choc yg sedap tu..) ngn air milo..mane ckup!heheh...so tetibe plak tekak rase nk mkn G.C.B..suke sbb die wat dr daging peha ayam..saya kalu mkn ayam mmg plg x suke bahagian dada sbb daging die rase bile kunyah mcm xnk abes..telan rase mcm telan batu kelikir...dgn gah nye saya pun drive tru la kt mcd...tgk2 kt iklan board 2..ayyyakk..xde pun G.C.B..alamak..seasonal ke?x perasan plak...hmm..sapai kt speaker order 2..kompom mmg dh xde..seasonal upenye....huhuhuhu...kalau nk mkn prosperity tau la bile nk cari..nk dkt2 chinesee new year mesti derng ni kua..tp G.C.B??bile plak??xkn tyme bulan pose je kott??dh la dpt mkn skali jek...tu pun nasib baik jugak la smpt try...hmmppppp T___T


post signature

Friday, October 15, 2010

letihhh...

*test2 untuk x ubah kaler tulisan..saje2 je...gatai :p*

fuhhhhh....akhirnya siap jugak mengamas kamar tidur kami..(adakah mungkin sbb en.hubby mahu pulang esok?) sejak berpindah dari rumah puchong dgn membawa brg yg berlambak2...mmg brg x penah sikit..angkat naik ranger* pun sampai 3x trip...bayangkan~~~(ha..cpt2 bayangkan...hikhik)

entah kenapa...hari ini tetiba pulak diri ini menjadi rajin...on fb arini pun kejap2 je..rase mcm dh bosan...saye pun pergi membasuh kasut+sandle en.hubby..(yg sudah tertangguh lebih sebulan kot...maaf kan saya yee en.hubby heee...)

lepak dlm bilik on9 sampai x tau nk wat pe dgn tenet neh..sampai la rase nk mengemas bilik ini..dan hasilnye....taraaa~~~(terlupa plak nk snap b4..terlalu xcited nk kemas hikhik..)


selepas..(pic b4 xde..maaf yee...)

kemas la sket dr b4 neh...mayb sbb rak buku 2 br beli jgk kot membuatkan saye tetibe rajin nk mengemas ;p yg berlonggok2 tu hadiah kawen ari 2..dh x tau nk letak mane..dlm almari pun dh sumbat2 jgk sampai dh jadi tahu sumbat dh..bwh rak buku 2 pun penuh ngn hadiah...(thanx ye kawan2 yg dtg bwk hadiah 2...thanx alot! ;) )

kemas x? ;p

ni sudut yg sebelah lg...haa..siap ade printer kt sebelah tuh..padahal x slalu gune poonn..tp sbb malas nk simpan dlm kotak lepas 2 nant tiba2 rase nk gune jadi malas nk gune..so, biar je lah printer 2 di luar kotaknya haha...oke..yg tip top skali..kotak2 yg di gunakan sbg alas lappy ini..haha..ni pun sbb dh xde ruang lain nk simpan all diz box..so..sambil menyelam minum airlah..jimat spaceee...hikhik...


comey x kusi neh??eh..sape tuh?

dan yg paling penting....ini pic!!kemas2 tetiba terjumpa plak pic en.hubby mase we all naik star cruise ari 2...act pic 2 utk letak kt fridge tuh..tp d sebabkan skrg tggl bersama family terasa seganlah pulak nk letak kt fridge tu..kang x pasal2 ibu pun membebel..

ibu :ape halnye la pulak gambar si lan ni kt cni?

haha..b4 kejadian 2 terjadi better prevent kan?hee..

mane dpt kusi comey 2??haa..act nk belikan my S.I.L bufday present..tetibe tejumpe plak menda 2..ape lg..saye pun buat la muka kesian kt en.hubby dgn harapan die belikan utk saya..dan akhirnya..yeaayy!!!(klu x berjaya xdelah benda 2 kt situ...haiissshh..)

tetiba perut terasa lapar plak..aayyaakk...belum dinner lg..ceehhh..mengemas sampai lupe nk mkn?hmm..

*ranger=4wd car sama spesis ngn storm, hilux n etc..


post signature

Tuesday, October 5, 2010

PERLU KEEE????

oke..untuk entry kali ini...saya tetibe terfikir...eermm...perlu ke saya publish blog ni kt umum??act saya ni malu..dh lame nk publish utk tontonan ramai...tp ntah kenape tiba2 malu melanda diri ini(weyhh..klu malu...buat pe ko buat blog ni hahhh???!!) so..dgn penuh kekuatan ini saya pertama kali akan update facebook badge kt sblh kanan 2...yelah..dgn fb je la yg ble in4m kt kengkawan yg saya pun ade blog hokey!!even blog saya ni ntah pape...tp klu kengkawan sudi menjenguk..sila lah ye...sesiapa pun bole..and ade jugak bile saye follow blog mereka..mereka tidak tahu..siapakah gerangan 'ladyburd' itu..ngeh3...

l.a.d.y.b.u.r.d a.k.a pn.wife a.k.a mrs.adlan =)

ade lg sebab mengapa br skarang saya nk publish ini blog...sbb dlm blog ni dh xde hidden2 dh..mcm dulu2...pic pon amek sket2...hahaha..pemalu la konon =p

end..and i really hope u all enjoys with my blog!!!see yaa...

post signature