Mood happy honeymoon aku rosak setelah datang kerja pagi ni T_T. Honeymoon? hehe ye lah lepas kawen tak berkesempatan pun nak berhoneymoon segala. Kali ni baru berpeluang. Tak ke mana pun cuma ke Sabah negeri tempat ku menimba ilmu hehe. Baru aku sedar kira punya kira dah 9 tahun aku tak ke sana. Memang besarlah perubahan kat sana. Shopping Complex tak payah cerita memang banyak bak kata en.hubby lebih banyak Shopping Complex dari orang yang datang ;p eh eh dah aku bukan nak cerita pasal percutian aku. Later aku cerita sebab tak sempat nak save gambar dalam pen drive. Tak seronok la kan cerita tanpa gambar (alasan)
Ok. Actually aku nak cerita tentang hidup aku sekarang. Ya memang aku tengah serba salah sekarang ni. Serba salah dengan perasaan yang meronta-ronta nak berhenti kerja. Kenapa? Sebab aku dah tak tahan dengan kekurangan staff dan membuatkan aku kene kerja lebih dari yang sepatutnya. Kerja orang lain pun aku kene buat kerja aku dah tentu lah aku kene buat. Apa kes? Siapa boleh sabar kalau macam ni? Dengan manager aku yang memang tak layak langsung jadi manager. Kalau aku seorang saja yang kata ya mungkin salah aku. Tapi kalau dah ramai mulut yang kata? Masih salah aku lagi? Confuse jap. Memang best bila dapat gaji besar pastu tak perlu buat kerja (refer : manager) Aku seriously memang dah tak tahan. Selama ni aku bersabar. Tapi rasa-rasanya kesabaran aku ni dah sampai tahapnya dah. Tapi yang buat aku serba salah adalah bila aku berhenti kerja kesian kat en.hubby. Mesti dia kene tanggung perbelanjaan semua. Mana nak bayar duit kereta la duit rumah la makan minum seharian lagi. Tapi aku memang betul-betul dah tak tahan. Bila aku dah menulis dalam blog ni bermakna aku memang betul-betul dah tak tahan (tengok dah berapa banyak perkataan tak tahan dah aku tulis) Hari ni sanggup tak keluar lunch semata nak update blog nak luahkan semua. (takpe bekal roti yang en.hubby buatkan pagi tadi cukup untuk lunch aku)
Perasaan ni memang dah lama datang tapi masih aku masih boleh control lagi dan bersabar dan terus bersabar. Tapi bila kisah ni terjadi yang buat aku bengang sangat-sangat dan perasaan nak berhenti ni terus membuak-buak (maksud: dah macam air menggelegak) Siapa tak tension kalau waktu cuti korang di ganggu dengan masalah kerja yang memang tak patut pun kau di ganggu. Manager aku ni memang jenis yang kelam-kabut dan suka menuduh tanpa periksa dulu. Ok aku cerita one by one. Aku di beri task untuk di buat sebelum bercuti. (task apa korang tak payah tau) Aku dengan tanggungjawab sebagai pekerja bertungkus-lumus menyiapkan kerja tu. Telah di takdirkan oleh Allah aku demam pula hari sabtu lepas. Sampai dua kali pergi klinik. Malam sabtu dah pergi ambil ubat tapi dengan baik hati tak nak ambil MC sebab nak siapkan task tu. Tapi bila bangun pagi sabtu suhu badan hampir cecah 40 degree. So aku decide untuk tak datang kerja dan pergi klinik sekali lagi dan ambil MC. Sebab nak bercuti juga aku ke klinik buat kali ke dua untuk ambil injection (sumpah bukan atas kerelaan diri sendiri) alhamdulillah setelah beberapa jam badan jadi semakin lega dan suhu badan pun dah kurang sikit. Teringatkan task aku yang belum siap tu sanggup ke office semata nak ambil task tu. (lebar tak kaki aku sebagai pekerja T_T) Bayangkan tengah baring-baring berehat pun masih gigih nak siapkan task tu. Dan akhirnya alhamdulillah task siap pada jam 12.00 am hari Isnin.
Flight kami pukul 9.20 am sampai airport at least pukul 8.00 am. Mesti tak sempat kalau nak singgah office dulu. Jalan mesti jammed orang nak keluar pergi kerja. So decide untuk hantar task tu malam tu juga. Aku terpaksa paksa en.hubby untuk hantar aku ke office semata nak hantar task tu.
Hari Isnin turun flight on handphone I've got a sms.
" Najihah, where is the task? I dont see anything at your table "
Aku biarkan dulu sms tu. Settlekan luggage segala. Dah dapat taxi on the way ke resort I've receive sms again.
" Najihah, where is the task? I dont see anything at your table. Pls. Revert. Urgent "
Sakit hati tak ayat yang sama di ulang cuma tambah Pls revert siap urgent lagi. Ok fine aku memang tak akan call kau sebab dah tau mesti aku kene marah. Buat apa nak hulur kepala dalam mulut buaya kan? so aku call officemate aku. Aku cakap kat dia aku letak task tu kat mana. Then aku just sms dia
" Just ask (officemate aku) already told him where is it"
Ok. Habis cerita sampai situ je. Malas dah nak cerita lebih nanti aku sendiri yang sakit hati kan. Yang buat aku bengang tersangat bengang. Pagi ni aku datang office task yang aku buat tu elok je terletak atas meja sama kedudukan yang aku letak. Maksud di sini benda tu tak terusik pun okey!! Hangin tak hangin aku satu badan? Aku buat task tu separuh mati tak kisah la demam pun gigihkan jugak buat kerja tu. Dan kau sibuk ganggu-ganggu aku time aku bercuti call sms segala tapi kau tak appreciate pun apa yang aku buat. Berbaloi ke tak berbaloi nak stay kerja kat sini? Tell me?? Aku rasa lebih baik aku bagi penat lelah kerja aku pada orang yang lebih faham erti APPRECIATE! Sumpah dah takde hati nak kerja kat sini T_T. Ya Allah kau bukakanlah pintu rezeki pekerjaan lain kepadaku. Amin~~
note : lega sikit bila dah luahkan kat blog ni :)