Saturday, May 28, 2011

Aku Jatuh Cinta lagi?

Keadaan dah kembali normal. En.hubby dah ok. Mungkin perasaan aku je kot atau mungkin dia memang tengah letih sangat atau ? Takpe yang penting kami dah ok macam biasa :)

Bulan ni saja banyak kali dah berlaku. Tengah dok asyik sibuk buat kerja tiba-tiba mesti aku terbayang wajah tampan en.hubby ku :"> Padahal hari-hari jumpa je. Dulu masa berjauhan tak pula macam ni. Tak ada la sentiasa terbayang je wajah kacak dia tu. Sekarang ni siap ada perasaan "Oh My Darling I am fall in love with you again" :"> Perasaan mula-mula bercinta dulu. Even more kami dah pun kenal erti kata lain bercinta dah hampir Lapan tahun tapi alhamdulillah perasaan cinta antara aku dan dia tak pernah pudar dan makin bertambah ada :)

Walaupun pernah bergaduh tapi itu lebih membuatkan ikatan cinta tu lebih kuat dan kukuh. Pernah kadang-kadang aku terbayangkan macam mana hidup aku tanpa en.hubby ku. Nauzubillah, memang aku tak berdaya dan tiada kekuatan untuk itu. Setiap hari berdoa meminta agar hubungan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan sampai ke syurga insyAllah. Amin

Untuk kawan-kawan yang sedang hangat bercinta tu. Ikhlaslah dan jujurlah dalam perhubungan. InsyAllah ada jodoh kalian. Yang penting believe each other and take this word  "What you give You get back!" Kalau kita nak pasangan kita jenis yang macam mana. You change first! InsyAllah kita akan dapat sepertimana yang kita mahukan. Jangan terlalu berharap orang akan berubah untuk kita kerana itu mustahil dan mungkin kalau ada pun memang rezeki kau. 


This is our song :)







post signature

No comments:

Post a Comment