Dah setahun duduk menyewa di rumah ni baru terasa nak pasang Astro. TERASA. Kesain kan? Pada awalnya masih berfikir panjang penting atau tidak nak pasang Astro ni. Siaran TV biasa pun tak habis tengok apatah lagi bila ada Astro nanti. Mungkin en.hubby terlalu lama bertahan tak dapat tengok bola secara 'live' di TV dan terpaksa menonton secara online menggunakan khidmat streamyx yang berkelajuan 385kb T_T.
Bagi aku tak ada Astro pun tak apa ada pun BAGUS! (nampak tak keinginan aku pun tinggi juga siap 'caps lock' =_=') At last en.hubby decide untuk pasang Astro start bulan ini (dalam hati aku memang dah berbunga-bunga dah) Hujung bulan February lebih kurang 28hb kami register Asto di salah satu agent mereka berdekatan kawasan tempat tinggal kami. Agent tu kata ambil masa Tiga hari bekerja untuk Astro process permohonan kami. Kami mohon hari selasa, malam jugalah. Esok (Rabu) baru boleh start kira Tiga hari bekerja. Rabu, Khamis, Jumaat. OK Sabtu sepatutnya boleh pasanglah kan? Tunggu punya tunggu tak ada pun sesiapa call berkenaan ini sehingga hari Jumaat 9hb March mereka kata nak datang pasang. Itu pun nak tengok dulu keadaan rumah aku macam mana. Maklumlah duduk rumah tinggi banyak tingkat kena tengok kawasan mana yang sesuai untuk pasang piring Astro tu.
Dah tengok sana sini. Last choice atas bumbung. TAPI laluan nak naik ke atas bumbung kunci pula. Kunci hanya JMB saje yang pegang. Masa tu dah lepas office pun hour memang tak dapatlah nak pasang :( OK. Masih bersabar. "Tak apa lah dik minggu depan lah", en. hubby berkata.
Tup tap minggu depan dapat surat dari Astro. Eh! silap perkataan yang lebih tepat BILL.
What the hell!! Kau dah start charge kami on 5hb March while we have NOT receive your services at all!!! Siap ada tersalah charge satu hari. Apakah?? Geram tak geram?? Nak duit orang cepat je. Haish! Erm, bukan ke sepatutnya bila kita dah activate Astro ni baru boleh generate bill? Atau memang macam ni? Suka-suka pihak Astro nak activate bila-bila saja yang mereka mahu? <:(
Dapat saje bill ni en.hubby terus call Customer Service Astro complain bla bla bla...
" Ini first time case macam ni encik. Encik pasti masih belum menerima service Astro di rumah encik lagi?"
" Kalau aku menipu, buat apa aku nak buang duit aku call kau!!" en. hubby direct sound.
Selang beberapa hari. En. hubby call customer service again :
"Kami tak pasti tentang status kes encik ni. Hanya pegawai yang menerima aduan yang akan menguruskan kes encik ni"
Oh My God! What the.... Service macam apa saja. Pernah ke sesiapa call customer service akan dapat bercakap dengan orang yang sama???!!! Hanya seorang saja ke yang bekerja sebagai customer service di sana untuk melayan beribu orang di Malaysia ni yang akan complain pasal service kau??
Mentang-mentanglah hanya syarikat kau saja yang dapat contract ini kau memang nak besar kepala lah kan?Fyi, sampai ke hari ini pun kami masih belum menerima service Atro di rumah kami. Perlukah kami membayar bill tersebut? >:(
Mode: GERAM!!
Ya Rabb.. Jangan bayar the bill! Astro shouldn't have charged you.
ReplyDeleteSalam,
I stumbled upon your blog from other blogger.
=)
Keep us updated with your billing status with Astro. I bet ada ramai lagi orang kena macam ni but tak tahu nak buat apa. Good to share.
Regards.