Thursday, March 22, 2012

Change

Apa yang korang nampak?....

 Saje tukar mood sikit. OK tak? Boleh la kan....

OK. Tak ada pun yang perasan perubahan yang berlaku :/ 

Sejak kerja menghadap computer 24/7 aku rasa pandangan aku dah mula kabur. Lebih tepat rabun. Aku memang rabun pun. Start pakai cermin mata masa tingkatan dua. Tapi sekejap pakai sekejap tak. Bila pakai cermin mata aku rasa tak cun jadi selalu tak pakai supaya senior yang handsome-handsome akan recognize aku lalu di sebelah kelas mereka atau sedang beratur mengambil makanan di dewan makan =_=' (owh! dah melalut rupanya lari dari tajuk) come back...

Aku ubah saiz tulisan supaya senang untuk dibaca oleh semua. Walaupun tiada siapa yang sudi mahu membaca blog aku tidak mengapa. Mak tak kisah pun... (muka merayu meminta ramai yang baca T_T) Tak sakit mata dah kan. Aku pun suka dengan size tulisan sekarang ni. Lebih mudah untk di baca  :)

Esok-esok nak tukar header pula since tak pernah tukar sejak berkahwin dah nak masuk dua tahun dah :/


post signature

No comments:

Post a Comment