Friday, February 15, 2013

Kekejangan Otot Kaki??

Bagi ibu mengandung, symptom kekejangan otot kaki (ada yang gelar kejang ular) mostly akan berlaku kepada anda. Kebiasaannya akan berlaku semasa waktu tidur dan lebih tepat lagi ketika hendak mengallih posisi tidur. Sekiranya silap langkah pasti akan kena kekejangan di bahagian betis dan ada juga sesetengah di bahagian peha. Dahulu di awal kandungan (2nd trimester) aku kerap kena kekejangan otot kaki ni. Boleh di katakan seminggu sekali mesti kena. Sakitnya Allah saja yang tahu. Setiap kali kena memang abanglah yang jadi mangsa. Aku akan terjerit-jerit meminta tolong "Abang..abang..cramp..cramp!!" sambil gerak dia bangun. Nasib baik abang senang nak bangun. Pernah sekali tu, abang pula jerit minta tolong "Sayang..cramp..cramp!!", aku pun kelam kelibut bangun nak check kaki, tiba-tiba abang kata "Bukan kaki, tangan cramp". Erk, aku dah confuse tangan cramp?? Rupa-rupanya tangan abang kebas. Abang pun dah confuse antara kebas dengan cramp. Daripada tengah sakit boleh gelak sakan pagi-pagi buta. HAHAHA.

Ok sambung cerita. Bila bercerita dengan colleagues kat office, mereka kata memang symptom bagi ibu mengandung akan kena kekejangan otot kaki ni. Ada juga yang kata sebab kekurangan kalsium. Mula-mula macam tak percaya. Apa kaitan pula kejang dengan kalsium? Maka aku pun mencari mr.google (dah terkena batang hidung sendiri baru sibuk cari info T___T). Macam-macam info dan tips aku jumpa. Salah satunya adalah: 

Source

Alhamdulillah dah makin kurang terkena kekejangan otot kaki di hujung kehamilan ni. Apa yang telah aku praktikkan adalah tidur mesti alaskan kaki dengan bantal. Bagi kaki tinggi sikit maka peredaran darah akan menjadi lebih lancar. Jadi, sekarang aku tidur memang di kelilingi bantal sahaja. Kiri, kanan untuk alas perut ketika baring mengiring. Atas untuk kepala dan bawah untuk kaki. Kepada sesiapa yang merancang untuk mengandung sila siap sedia juga dengan bantal yang banyak ye. HAHA. 

OK. Setiap kali aku terkena kekejangan otot kaki ni, apa yang selalu aku suruh abang buat adalah tolak tapak kaki kehadapan sambil tekan lutut macam gambar kat bawah ni: 



 Masih tak faham lagi macam mana? Tengok pula yang ini

Source

Tapi tak adalah sampai angkat kaki segala. Kaki masih dibawah. Propa lebih saja gambar ni -___-' 

Semoga entry ini dapat membantu ibu-ibu mengandung di luar sana ye. Sharing is caring! As-Salam.

No comments:

Post a Comment