Ok. Berbalik pada kisah bill astro yang sudah di charge sebelum kami mendapatkan service. Apa yang kami lakukan, pergi semual ke kedai agent. Bincang secara baik. Benda dah jadi nak maki hamun tak tentu pasal pun tak guna juga kan. Biar selesai secara baik lebih elok. At last, agent kedai akan uruskan dengan pihak astro. Memang begitu pun sepatutnyakan? Mereka ambil first bill yang tak sepatutnya di hantar itu. Tapi sebelum itu, jangan lupa simpan copy bill tersebut sebagai bukti untuk anda sebab mereka akan ambil bill yang original. Terpulanglah samada nak photostat ataupun ambil gambar bill tersebut. Kalau buatnya agent tersebut tidak amanah, di buang atau terhilangkan atau sengaja hilangkan bill tersebut sekurang-kurangnya kita masih ada lagi bukti. Ini PENTING! Ini yang selalu kita lupa nak buat.
Tak lama selepas kami pergi berbincang dengan agent astro tersebut, dalam dua minggu jugalah pekerja dia datang pasang. Apabila kami tanya berkenaan status bill tersebut, mereka menjawab pihak astro akan menganggung segalanya. Ini bermakna kami akan dapat bill baru bermula dari tarikh hari pertama pemasangan astro. Alhamdulillah selesai sudah masalah. Tak perlulah nak menanggung beban yang bukan sepatutnya.
Kepada anda di luar sana yang mampunyai masalah sama seperti ini. Lebih baik bawa berbincang elok-elok dengan pihak yang terlibat. Aku faham, ada juga sesetengah orang yang just take for granted benda-benda seperti ini dengan alasan tak cukup masalah nak pergi selesaikan. End up bayar sahaja buta-buta. Sikap seperti inilah yang tidak sepatutnya di amalkan. You have to pay what you have to! Janganlah rasa murah hati sangat nak bersedekah. Lebih baik duit itu anda gunakan untuk bersedekah di masjid-masjid atau surau-surau kan lebih elok. Peace! :D
No comments:
Post a Comment