Friday, November 12, 2010

Come on bayybehhh!!!!

Tssskkkk....kene period pain pulak hari ini -____-"


Dugaan betul. Besok nak pekse harini sakit semua. T_T. Kepala pun dah pening-pening dah rase macam nak muntah. Tak cukup tidur kah? Mustahil!! Malam tadi punya lama aku tidur. Dahla tidur awal bangun lambat huh! padan muka kan dah membazir masa study T_T (banyak betul expresi muka neh ;p lagi sekali! dah..dah)


Hmmm... Malam ni tidur rumah mertua. Besok nak gerak sekali dengan kakak ipar. Sooo kenelah update blog sekarang! Tak kan lah nak sebok bawa lappy ke hulu ke hilir(tak kuasa i nooo ;p)


Tak ada apa cerita best pun hari ini. Bangun pagi study sket baru breakfast scramble egg+sedikit onion di kapit roti dua keping heheh! Pastu sambung study lagi pastu tak tolong pun ibu di dapur. Hey..hey..dah cover dengan membasuh segala pinggan mangkuk di sinki ok..hehehe.. Siap makan sambung study lagi sampai sekarang rasa macam nak gila dah. Segala apa yang aku belajar masa SPM dulu aku dah tak berapa nak ingat. Bukan tak ingat langsung cuma tak berapa nak ingat je hahahaha...


Itu sahaja cerita pada hari ini. Nak sambung setadi balik walaupun mata dah berpinar neh tapi ku gagahkan jua demi masa depan LANNE @.@

post signature

Thursday, November 11, 2010

Hari yang gila buat diriku!

Waaahhhhh....sempat lagi nak update blog yee??!!! :p


Hari semalam ku yang kusam di ganti dengan hari gila pada hari ini!!! Hahahahaha....

(besar kau gelak?apa yang lawak sangat neh?)


Lupakan kisah semalam. Tak apalah mata bengkak-bengkak pun. Touch-up eyeliner dah boleh selindung mata yang sembab hehehehe....


Aku tak pergi pun interview seperti yang di ura-ura kan. (kenapa? bukan ke kau sebok sangat nak bekerja?) hahahaha...reason pertama : tempat keje kat site. Nanti aku gelap(boleh tak?) reason kedua : swasta(ceh, memilih kau ni!) reason ketiga : tempat kerja kat key ell(ish!gelilah sebutan tu tampar kang) hidup di kuala lumpur life cost sangat tinggi T__T. Reason sampai tiga tak nak kalah. Bajet kau kompom dapat je keje kat situ hahahah


Tapi hari ini aku buat kerja gila. Aku salah seorang calon yang layak untuk pengambilan MTeST hari sabtu ini. (nah amek kau..mesti kau menggelabah nak study apa kan?) Yeeppp!! Aku jadi tak tentu hala dah. Dok search contoh-contoh soalan kalau ada. Ya! Memang ada pun. Siap ada jual kertas model oke! Aku yang menggelabah ni tadi pun terus la memandu ke Shah Alam dan sangat bijak bistari tak telefon dulu tanya buku tu available ke tak kan. Tak perlulah kau nak bersusah payah memandu selama 1 jam lebih sket untuk membeli buku MTeST tu dan padan muka kau buku tu out of stock! Dah penat telefon semua outlet MPH seluruh Kuala Lumpur dan Selangor semua out of stock! Dah dapat kat MPH Alamanda tapi lagi bijak bistari tak booking dan padan muka call kali kedua orang lain dah booking kahkahkah!(Padan muka kau -__-!)


Tetapi rupa-rupanya kedai buku depan rumah aku pun ada jual buku tu dan buku itu masih available!!(haha..padan muka kau lagi sekali! Dan terima kasih jugak pada ibuku yang bersusah payah pergi kedai tu mencari buku itu. Terima kasih ibu..saaaayyyyaannggg ibu heheh)


Tapi, aku nak dua buku, yang ada satu je. Menggelabah lagi pusing satu Shah Alam mencari buku itu dan hampir putus asa!(sebenarnya nak cover pergi jauh-jauh tak kan nak balik dengan tangan kosong :p) dan akhirnya berjaya jugak jumpa walaupun bukan seperti yang aku nak. Tapi kira boleh la daripada tak ada kan? T_T


Lastly, doakan saya dan kakak ipar saya tak lupa juga kawan-kawan saya yang sama-sama ambil MTeST nanti...

Semoga Najihah Jamil dan kakak iparnya serta kawan-kawannya dapat menjawab semua soalan dengan cemerlang...amin~~(terus tukar ayat lembut-lembut ;p)


post signature

Wednesday, November 10, 2010

Adakah kebahagiaan itu bukan milik ku?

Baru sahaja aku bergelak ketawa hanya sekelip mata berduka kembali. Kenapa susah untuk aku menikmati kebahagiaan hidup ini? Adakah ia memang bukan menjadi milik aku?Seronok je tengok orang lain happy, gelak ketawa. Aku? Lebih banyak cerita sedih dari cerita gembira.


Makan malam dengan rasa sebak di dada dan sedikit air mata bergenang. Terpaksa menahankan air mata yang bergenang itu kerana tak mahu di ketahui oleh orang tua ku. Malulah dan tak kan pula nak menangis depan rezeki. Tak elok kan. Tak tau lah apa rasa nasi tadi. Terpaksa telan buat seperti tak ada apa-apa yang berlaku.


"Esok adik ada interview kat KL yang" kata ibu kepada ayah. Anak buah ku menyampuk

"Wa ikut ke?", "taklah"

Lagilah rasa sebak di dada. Nak ajak tapi nanti siapa pula nak masak makan tengah hari untuk ayahku. Hmmm..serba salah.T_T



Telefon berdering aku biarkan? Kenapa?

Entahlah..aku pun tak pasti. Tak berdaya.

Maaf kalau cerita ini tak boleh cerita. Maaf sekali lagi.



Mungkinkah aku akan delete terus blog ini? Atau biarkan ia tersorok dan hanya aku seorang sahaja yang boleh membacanya? Mungkin itu yang lebih baik.

post signature

Yeay!!!!! Jumpe pon


Aik???? Tadi kata ada kerja urgent?
Jap..jap..kehkehkeh...
Last..last...hehe...
Jumpe dah OST Durja Ningsun.. Rupanya sama dengan OST Niyang Rapik..
Memang la sama sebab sama penerbit..huhu...
Layannn sat...sebelum cite ni nak abeh dah next week ok :)




post signature

Pergilah engkau wahai syaitannirrajimmm!!!

Huh! kasar sungguh tajuk ini!


Memang! Masa aku sibuk nak buat kerja yang urgent la masa tu aku sibuk jugak nak edit blog la sampai rasa buang masa berjam-jam depan lappy ni asek edit sane edit sini tak habis-habis(tapi tak menjadi jugak hmppp). Ada lagi pulak rasa nak tengok movie yang dah pernah kau tengok! Ada pulak lagi boleh tangan yang gatal ni pergi download game baru kat handphone sampaikan sidai kain pun dah tengah hari!ish..ish..ish...bini sape lah ni T_T


Aku ada hal yang memang sangat penting. Ya aku ulang lagi sekali penting demi masa depan negara(eh..ape hal pulak masa depan negara ni?kau tu Perdana Menteri ke?) masa depan keluarga aku lah!haishh....


Tapi..selalu macam ni. Kau orang penah tak rasa macam yang aku rasa? Masa belajar dulu lagi lah selalu. Time besok ada paper final la malam tu aku rasa nak tengok wayang la, nak ajak en.hubby makan kat luar la sampai berjam-jam. Tak ke buang masa namanya. Orang dok sebok belajar mentelaah buku yang kau sebok ke hulu dan ke hilir bersama kekasih hati(masa tu lah :p)


Aku rasa ini disilpin diri kot? Aku memang tak ada disiplin. Selalu plan mesti tak menjadi. Macam-macam plan, itulah inilah yang tak logik akal pun ada hahahah... Bila lah aku nak berubah ni? Tak kan la sampai bila-bila pun nak jadi macam ni? Bila dah ada anak nant siapa la nak mendisiplin kan mereka? Haissshhh...


Aku kene kuat!! Kena selalu beringat pada diri sendiri.. Sedarlah wahai Najihah!!! Hmmppp T___T


(Masih di depan lappy membuang masa???sudah..sudah..gulp!)

post signature

Saturday, November 6, 2010

Cuti-cuti

Rasenya belum terlambat kan nak wish....


Happy Deepavali.....kepada semua penganut agama Hindu di seluruh Malaysia dan negara lain jugak..(cehh..macam la ada orang kat obersea tuh baca blog kau..hmmpp)


Public Holiday=Cuti-cuti


Biasa lah..untuk orang yang bekerja..masa cuti panjang macam ni lah diorang selalu ambil peluang untuk bawa kaum keluarga berjalan-jalan. Macam aku jugak..hehehe(eh..macam kau kerja je sebok nak berjalan jugak time orang cuti)

Untuk cuti kali ini..aku sekeluarga bercuti di Kulim, Kedah(Kedahhh???tak banjir ke??) tak lah...kat sini kawasan tinggi..walaupun masa sekolah dulu aku punya geografi takde la hebat mana. Tapi aku tengok kawasan yang berbukit-bukit. Dah tentu lah susah nak banjir kan!


Kenapa kau pilih bercuti di Kulim??

Heheheh....Kakak sulung aku menetap kat Kulim ni. Aku update blog ni pun guna lappy die heheheh...En.hubby takde. Die keluar ikot abang ipar aku pergi tengok bola. Abang ipar aku memang ada team futsal. Tapi die bukan pemain. Pengurus je lah..heheh. Aku bukan tak nak ikot. Tapi ayah aku tak de orang nak teman.(cehhh..padahal kau malas kan!kahkahkah)


Untuk pengetahuan semua..Ini baru intro hokeyyy!!!(haaa..cuak-cuak..kehkehkeh)


Actually aku nak cerita pasal sikap pemandu-pemandu kat malaysia ni. Semalam, on the way baru masuk highway Tapah. Ada lah dalam 5km kot. Hujan lebat sangat. Aku pun slow lah. Tak lama tu, kereta depan makin slow..80-70-40-20-0km/h huh!dalam ati(mesti ada accident ni) memang betul. Ada DUA lagi. Hmm..mane la sampai 1 jam lebih jugak la terkandas jammed tu.

Hmm...aku tau. Rakyat Malaysia semua memang pakar sangta bawak kereta. Tapi tak payah la nak show off. Kau dah duduk lorong tu. Follow je lah. Tak payah la nak tukar-tukar. Cilok sane sini. Haishh!!(marah ni) Dan yang paling aku geram. Emergancy line kompom punya lah mesti ada yang tak sabar lalu jugak. Sampai ambulance pun susah nak bagi pertolongan.

Aku ingat lagi. Aku ada baca paper kes accident kt melaka tuh. Ada keluarga komplain bantuan lewat sampai. Keluarga mangsa sampai lagi awal walaupun datang dari jauh. "Memang sangat jammed tapi saya tahan motor bawa ke tempat kejadian"(harap maaf ayat ditukar atas-atas keselamatan) Cube fikir!Kalau emergencay line pun dah sesak dengan kenderaan macam mana bantuan nak sampai awal. Oke-oke..keluarga mangsa kata die tahan motor bawa ke tempat kejadian. Hello!!tak kan la nak angkut strecher naik motor jugak?Lepas tu nak bawak mangsa naik motor jugak?Hmm...tak boleh la nak salah kan bantuan jugak. Sikap pemandu yang berada di emergancy line tu lagi salah!!!Fikir-fikirkan lah!!huh!!(marah sangat dah ni) Hmmpp..dah la..nak makan! Bagi kurang sket marah :p

post signature

Thursday, November 4, 2010

Ku Bukan Aku??habis siapa??


Tak ada kene mengena dengan sesiapa yang masih lagi bernyawa mahupun telah tiada...

Suke video klip ni...jalan cerita dia unique hehehe...

Let's enjoooyyyyyyy!!!!! :)





post signature

Wednesday, November 3, 2010

Cerita hari itu...

Hari tu....(dirahsiakan hari apa atas sebab-sebab keselamatan en.hubby)

Agak-agak kalau ada yang tau..diam-diam sudey ye...



Hari itu..

Setelah selesai hal aku...aku macam dah tak ada mood. Jadi macam dah tak tau nak buat apa. Rasa macam nak tonton.com(bukan website www.tonton.com.my tu ok) maksud disini adalah tengok muvie. Tapi en.hubby sapertinya ada kerja pulak yang nak di selesaikannya....


en.hubby: Sayang balik terus lepas ni?

pn.wife: Entahlah....(sambil-sambil membuat muka kesian)


Kereta terus di pandu oleh en.hubby kembali ke keretanya(kereta company!)


en.hubby: Sayang nak balik ke nak teman abang?

pn.wife: Lepas teman abang?

en.hubby: Kita tido sini la. Nak balik jauh. Abang tak larat nak drive dah.

pn.wife: Tido sini? Nak tido mane? Kita mana ada rumah kat sini. Tak nak lah.

en.hubby: Kalau macam tu takpe la. Sayang tak payah ikut abang. Nant abang boleh terus balik.


erk....alamak..macam mana ni?? Dalam hati memang kalau boleh tak nak bagi en.hubby balik.


pn.wife: Ok..jom la...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dah selesai semua hal en.hubby...kami mencari tempat tido..nasiblah area situ ada hotel yang murah. Kira murah tak kalai standard room rm69.90(kan senang kalau kau letak je harga rm70.00..haishh)

Ruangan bilik agak ok la. Ada tv(walaupun kecil tapi atleast ada!), air-cond, toilet ada heater. Cuma tempat nak sembahyang kurang ruang(bukan takde ruang langsung ok) so, we all buat keputusan solat atas katil je. Jam dah menunjukkan pukul 5. Nak solat tetiba aku teringat..


pn.wife: Alamak..abang..sayang tak bawak telekung la...

en.hubby: Kat dalam kereta takde?

(Dahulu semasa bercinta aku memang sentiasa sediakan beg berisi telekung dalam kereta en.hubby)

pn.wife: Mana ada dah. Beg je yang tinggal. Hari tu ajak abang pergi pasar beli telekung abang tak nak(mencari alasan nak telekung baru..haha)


~~~~~~~~~~~


kemudian...apa yang jadi??



taraaaa........

sila abaikan muka poyo di foto ;p


en.hubby: Sayang buat al-qaeda ye?

pn.wife: *buat muka*


Di pujuk oleh en.hubby...senyum kembali :)


Lama tau amek masa nak setting kain tu untuk di jadikan telekung. Tang hidung kene bukak sebab rasa susah nak bernafas hikhik..


Moral di sini adalah........


Tolong jangan nadikan alasan tak ada telekung kau tak nak sembahyang. Cari inisiatif lain. Tak kisah la ape atau macam mana. Solat yang kene di utamakan. Kerana solat adalah tiang agama. Macam mana rumah nak kukuh kalau tak de tiang????fikir-fikirkan lah.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku nak share lagi satu kisah....


Jumaat 29/10/10 (kalau tak silap aku la tarikh ni). Secara tak sengaja aku tertengok siaran usrah kat tv9. Itu pun sebab memang ibu aku dah bukak. Jadi, layan je lah. Sambil tolong-tolong buat persiapan lunch sambil dengar-dengar usrah tu. Tajuk usrah tu..


ALAHAI SEMPITNYA REZEKI..

Sebab-sebab rezeki kita sempit yang aku sempat dengar...

SOLAT!!

Macam mana kita menjaga solat kita. Adakah setelah mendengar laungan azan kita bergegas mengerjakan solat? Sempurnakah solat yang kita lakukan selama ini?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku terdiam sejenak....


Aku teringat kembali....

Aku memang dari kecik telah di didik untuk tidak meninggalkan solat dan alhamdulillah..Solat aku teratur. Takde la aku kata solat aku sempurna sangat. Aku tak pernah tinggal solat kecuali subuh selalu telajak, Tapi aku selalu qada' tak kisah la pukul berapa aku terbangun.(solat aku di terima atau tak..semuanya aku serah pada-Nya)

Tapi....

Semasa zaman aku alpa dengan duit dulu-dulu. Aku selalu tinggal solat. Time konon-konon sibuk aku jadi malas. Lagi-lagi bila fikir nant nak kene bersihkan make-up nak cuci muka dan nk tacap semula...malaslah! (Patutlah rezeki aku sempit) Astaghfirullahalazim....aku tak sangka aku boleh jadi macam tu.....Ya Allah...maafkan hambamu insan yang lemah ini :'(


Memang...kadang-kadang aku terfikir. Kenapa orang lain yang boleh di katakan murah rezeki tapi aku tengok dia tak solat pun. Selalu je tinggal solat dia. Bila aku pergi surau aku tak nampak pun muka dia kat surau. Lain orang lain dugaan yang Allah nak bagi. Mungkin sekarang dia senang. Hidup mewah. Akan datang, kita tak tau apa nasib dia. Kita kat dunia ni hanya sementara. Ahhhh..buat apa nak pikir hal orang lain. Baik aku pikir hal aku sendiri. Hal keluarga aku. Aku bersyukur Allah memberi cubaan aku di dunia lagi. Bermakna Allah sayangkan aku dan mahu melihat aku berubah. Terima kasih Ya Allah...alhamdulillah....


Kini aku telah berjanji pada diriku sendiri. Apa pun yang jadi, walau macam mana sebok pun aku, SOLAT tetap akan aku utamakan! Dan aku juga akan sentiasa mengingatkan en.hubby ku :)


** Kenapa akhir-akhir ni entry aku sedey-sedey je sume??T_T


post signature

Tuesday, November 2, 2010

Khas buat para ISTERI..tak terkecuali buat diriku juga....renung2 kan lah...

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kita kan sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makannanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupun penat dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yangmungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnyamenjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang akulihat. "


MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupaset sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekaligus dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuananda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaanAllah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satujihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah padasuatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalahkiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah...


SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalamRUMAHTANGGA.


TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkansemua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilahdihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..

*credit to my fren krulniza



*** note untuk en.hubby :

sayang mintak maaf kalau selama kita berkahwin ni sayang ada melukakan hati abang atau berleter atau apa-apa sahaja seperti dalam kesah tersebut. Maafkan sayang.. InsyAllah sayang akan sentiasa berusaha menjadi seorang isteri yang sentiasa taat pada suaminya dan menjadi isteri yang di pandang oleh Allah s.w.t...amin~~


post signature

CAPEK...

Entry ini bukan capek yg cite SI CAPEK di TV2 tuh....


CAPEK is penat@letih....


Actually banyak aku nak cerita...tapi di sebab kan aku baru sahaja sampai rumah pukul 2++ pm tadi. Dan terkejar-kejar masuk rumah kerana mahu menonton Alisa(tak habes-habes dengan cerita alisa die T_T) habis cerita alisa baru sedar yang aku tak sembahyang zohor lagi!!astaghfirullahalazim...(sila jangan contoh..sembahyang di awal waktu yeee..hehe)


Kate tadi penat?? Tapi masih lagi boleh online??cehhh....haha

selesai sembahyang zohor..rase macam dh seminggu tak online..padahal baru 1 malam kot kehkehkeh....dah penat berFB aku baru rasa nak upload sesuatu kat my baby blog ini. Tapi tiba-tiba terasa penat sangat dan mata pun terasa berat nak di buka.


hmmm....aku nak tido dulu lah!tak kisah la korang nak cakap tak elok tido lepas asar nanti gile ke ape ke..aku dah tak peduli..yang penting aku dah mengantuk sangat.


sekiaN.(-.-)ZZzzzzzz.....


bersambung....(macam cerita bersiri pulak kau buat..hahaha..)

post signature