Friday, May 27, 2011

Betul ke ni?

Setiap pagi mesti sakit mata dulu sebelum pergi kerja. Memang selalu orang kata tak elok nanti sempit rezeki. Tapi kenapa entah dalam hati rasa sentiasa sebak cuba untuk bertahan dan cover depan en.hubby tapi..

Boleh di katakan setiap pagi aku macam ni. Bukan nightmare tapi morningmare. Morningmare? eh ade ke? confirm takde kalau tak percaya google translate pun tak boleh nak translate. Macam tu la perumpamaan situasi aku sekarang ni.

Saje aku tak nak publish kat networkedblogs sebab nanti ramai yang akan baca. (eh kau ni kejap nak ramai orang baca blog kau. kejap kau tak nak? mana satu ni?) untuk kali ini saje. Siapa yang baca ni mesti follower networkedblogs aku atau follower blog aku. Sebab automatic kau orang akan tau update so aku tak boleh nak bua apa. Silakan baca.

Pagi ni aku dah nekad dan bertekad dan seumpamanya. Aku send sms kat en.hubby

"Abang, sayang dah buat keputusan. Bulan depan sayang last. Sayang dah betul-betul tak tahan. Doakan yang terbaik untuk sayang. Tq"

Ayat penuh emosi memang tak sedap bunyinya. Tak payah baca pun tak apa T_T. 

Tiba-tiba hari ni manager aku cakap pasal apa jadi lepas meeting JMB ni. 

"Even owner nak kita manage pun I akan stay 2 bulan sahaja. I dah cakap dengan boss I tak mau stay sini. U nak ikut I pergi sana tak?"

"Erm, tak tau lagi". Memang la tak tau sebab aku ada kat sini lagi ke tak pun aku tak tau T_T.




note : en.hubby macam dingin je dengan aku. risau -_-"



post signature

Tuesday, May 24, 2011

Rasa macam baru semalam...



Bila tengok sticker tu macam tak percaya je yang kami 'LANNE' dah genap 10 bulan mendirikan rumah tangga bersama. Suka dan duka bersama. Riang gembira bersama. Bergaduh bersama. Memang tipu lah kalau aku kata yang kami tak gaduh langsung kan. Biasalah adat berumah tangga. Bak kata pepatah : Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri heheh. Kadang-kadang benda kecil pun jadi hal di sebabkan perangai mengada-ngada aku ni la :) [Terima kasih en.hubby sebab sudi nak layan perangai ngada-ngada sayang ni :')]

Iya. Sampai hari ini soalan yang biasa di tanya oleh kawan-kawan mahupun saudara mara. Dah ada isi belum? Bila nak bertiga asek berdua je? Merancang ke? Sumpah kami tak merancang pun atau apa. Tapi aku percaya belum ada rezeki kami. Dia lebih mengetahui segala-galanya. Mesti ada sebab kenapa Dia tak berikan rezeki zuriat pada kami lagi. Aku redha dengan takdir-Nya. Sedih? Kadang-kadang ada rasa juga. Tapi tak elok kalau nak layan sangat kan. Apa yang kami boleh buat berdoa dan terus berdoa. Siapa kata senang nak dapat anak? Kita hanya mampu merancang. Allah S.W.T yang Maha mengetahui dan penentu segalanya. Yang dapat anak di buang-buang. Yang belum dapat anak ni ternanti-nanti. Kadang-kadang aku rasa macam belum ready nak ada baby tapi bila tengok baby comel-comel rasa geram pula. Masa tu la rasa nak ada baby tu melonjak-lonjak :) 

Ramai kawan-kawan aku yang kahwin selepas aku pun dah ada baby. Rezeki masing-masing kan :) Adik ipar pun dah berisi. Tahniah buat mereka. Semoga baby dan ibunya sihat-sihat selalu :) Kawan baik aku pun seorang dah selamat melahirkan baby girl. Yang sorang lagi tunggu hari je tu. Dijangka 12 Jun ni. Good Luck dear :) [tak dapat nak sekolahkan anak aku sama-sama dengan kawan-kawan baik aku tu hehe] Aku lagi yang masih mencuba dan terus mencuba hehe. Kawan-kawan doakan kami cepat-cepat dapat zuriat ye. Amin :)



post signature

Monday, May 23, 2011

Serba Salah

Mood happy honeymoon aku rosak setelah datang kerja pagi ni T_T. Honeymoon? hehe ye lah lepas kawen tak berkesempatan pun nak berhoneymoon segala. Kali ni baru berpeluang. Tak ke mana pun cuma ke Sabah negeri tempat ku menimba ilmu hehe. Baru aku sedar kira punya kira dah 9 tahun aku tak ke sana. Memang besarlah perubahan kat sana. Shopping Complex tak payah cerita memang banyak bak kata en.hubby lebih banyak Shopping Complex dari orang yang datang ;p eh eh dah aku bukan nak cerita pasal percutian aku. Later aku cerita sebab tak sempat nak save gambar dalam pen drive. Tak seronok la kan cerita tanpa gambar (alasan)

Ok. Actually aku nak cerita tentang hidup aku sekarang. Ya memang aku tengah serba salah sekarang ni. Serba salah dengan perasaan yang meronta-ronta nak berhenti kerja. Kenapa? Sebab aku dah tak tahan dengan kekurangan staff dan membuatkan aku kene kerja lebih dari yang sepatutnya. Kerja orang lain pun aku kene buat kerja aku dah tentu lah aku kene buat. Apa kes? Siapa boleh sabar kalau macam ni? Dengan manager aku yang memang tak layak langsung jadi manager. Kalau aku seorang saja yang kata ya mungkin salah aku. Tapi kalau dah ramai mulut yang kata? Masih salah aku lagi? Confuse jap. Memang best bila dapat gaji besar pastu tak perlu buat kerja (refer : manager) Aku seriously memang dah tak tahan. Selama ni aku bersabar. Tapi rasa-rasanya kesabaran aku ni dah sampai tahapnya dah. Tapi yang buat aku serba salah adalah bila aku berhenti kerja kesian kat en.hubby. Mesti dia kene tanggung perbelanjaan semua. Mana nak bayar duit kereta la duit rumah la makan minum seharian lagi. Tapi aku memang betul-betul dah tak tahan. Bila aku dah menulis dalam blog ni bermakna aku memang betul-betul dah tak tahan (tengok dah berapa banyak perkataan tak tahan dah aku tulis) Hari ni sanggup tak keluar lunch semata nak update blog nak luahkan semua. (takpe bekal roti yang en.hubby buatkan pagi tadi cukup untuk lunch aku) 

Perasaan ni memang dah lama datang tapi masih aku masih boleh control lagi dan bersabar dan terus bersabar. Tapi bila kisah ni terjadi yang buat aku bengang sangat-sangat dan perasaan nak berhenti ni terus membuak-buak (maksud: dah macam air menggelegak) Siapa tak tension kalau waktu cuti korang di ganggu dengan masalah kerja yang memang tak patut pun kau di ganggu. Manager aku ni memang jenis yang kelam-kabut dan suka menuduh tanpa periksa dulu. Ok aku cerita one by one. Aku di beri task untuk di buat sebelum bercuti. (task apa korang tak payah tau) Aku dengan tanggungjawab sebagai pekerja bertungkus-lumus menyiapkan kerja tu. Telah di takdirkan oleh Allah aku demam pula hari sabtu lepas. Sampai dua kali pergi klinik. Malam sabtu dah pergi ambil ubat tapi dengan baik hati tak nak ambil MC sebab nak siapkan task tu. Tapi bila bangun pagi sabtu suhu badan hampir cecah 40 degree. So aku decide untuk tak datang kerja dan pergi klinik sekali lagi dan ambil MC. Sebab nak bercuti juga aku ke klinik buat kali ke dua untuk ambil injection (sumpah bukan atas kerelaan diri sendiri) alhamdulillah setelah beberapa jam badan jadi semakin lega dan suhu badan pun dah kurang sikit. Teringatkan task aku yang belum siap tu sanggup ke office semata nak ambil task tu. (lebar tak kaki aku sebagai pekerja T_T) Bayangkan tengah baring-baring berehat pun masih gigih nak siapkan task tu. Dan akhirnya alhamdulillah task siap pada jam 12.00 am hari Isnin. 

Flight kami pukul 9.20 am sampai airport at least pukul 8.00 am. Mesti tak sempat kalau nak singgah office dulu. Jalan mesti jammed orang nak keluar pergi kerja. So decide untuk hantar task tu malam tu juga. Aku terpaksa paksa en.hubby untuk hantar aku ke office semata nak hantar task tu. 

Hari Isnin turun flight on handphone I've got a sms.

" Najihah, where is the task? I dont see anything at your table "

Aku biarkan dulu sms tu. Settlekan luggage segala. Dah dapat taxi on the way ke resort I've receive sms again.

" Najihah, where is the task? I dont see anything at your table. Pls. Revert. Urgent "

Sakit hati tak ayat yang sama di ulang cuma tambah Pls revert siap urgent lagi. Ok fine aku memang tak akan call kau sebab dah tau mesti aku kene marah. Buat apa nak hulur kepala dalam mulut buaya kan? so aku call officemate aku. Aku cakap kat dia aku letak task tu kat mana. Then aku just sms dia

" Just ask (officemate aku) already told him where is it"

Ok. Habis cerita sampai situ je. Malas dah nak cerita lebih nanti aku sendiri yang sakit hati kan. Yang buat aku bengang tersangat bengang. Pagi ni aku datang office task yang aku buat tu elok je terletak atas meja sama kedudukan yang aku letak. Maksud di sini benda tu tak terusik pun okey!! Hangin tak hangin aku satu badan? Aku buat task tu separuh mati tak kisah la demam pun gigihkan jugak buat kerja tu. Dan kau sibuk ganggu-ganggu aku time aku bercuti call sms segala tapi kau tak appreciate pun apa yang aku buat. Berbaloi ke tak berbaloi nak stay kerja kat sini? Tell me?? Aku rasa lebih baik aku bagi penat lelah kerja aku pada orang yang lebih faham erti APPRECIATE! Sumpah dah takde hati nak kerja kat sini T_T. Ya Allah kau bukakanlah pintu rezeki pekerjaan lain kepadaku. Amin~~


note : lega sikit bila dah luahkan kat blog ni :)


post signature

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Jadi Abang :)

Malas nak cerita kenapa aku dah lama tak update blog. Nak update ni pun curi-curi masa. Berapa banyak masa pula la aku nak cerita kenapa lama tak update blog. Eh dah dah aku nak teruskan cerita berkenaan dengan tajuk.

Sepatutnya aku nak update semalam. Tapi aku fikir balik lebih baik masa yang aku ada tu aku habiskan bersama insan tersayang+tercinta kan kan :) Tanggal 08 May 1984 lahirlah seorang insan yang kacak (eh baby ada yang kacak ke? confuse jap) ke dunia yang indah ini dan kini sudah pun berkahwin dengan seorang gadis yang jelita (hoi hoi jangan nak perasan ye) membina hidup bahagia bersama.

Dah dah penat la bermadah pujangga (macam banyak je ayat bunga-bunga :p) Ye semalam adalah hari lahir suamiku tercinta Mohd Adlan bin Suhaimi :) Asalnye memang aku pening juga nak fikir either nak celebrate besar-besaran(takde la besar sampai nak buka khemah segala hanya sekadar jemput adik-beradik dan saudara terdekat) atau macam mana. Tapi bila dah fikir-fikir nak buat besar-besaran budget tak cukup plak haishh. Pening lagi nak bagi hadiah apa la itu la ini la. And lastly aku terfikirkan satu benda yang hopefully beliau suka. Aku memang nak buat surprise pun dan di bantu oleh rakan kami (kawan en.hubby masa belajar  kat UiTM Penang dulu) alhamdulillah tercapai niat aku :) memang surprise kot (I guess) sebab malam sebelum tu aku buat macam tak ada apa-apa. Tidur pun awal. Cuma malam tu kami ada pergi Giant beli barang dapur sikit sebab ada yang dah habis. Masa tu aku agak kalut sikit la sebab nak cari box untuk letak birthday present tu. Nasib baik jumpa. Tapi box tu belum siap pasang. Kena pasang sendiri. Aduh bila plak la aku nak pasang segala. Sampai kat rumah sibuk nak masak pula. Tapi aku curi-curi masa nak pasang box tu. Damn boleh aku tak paham langsung instruction tu T_T. Hmmm at last aku fade-up tinggal kan je macam tu.

Tapi bila bangun Subuh aku baru teringat yang box tu tak siap pasang lagi. Cepat-cepat aku bangun senyap-senyap tak nak bagi en.hubby terjaga. Dan akhirnya 

taraaaa dah siap pun box yang aku dok sebuk nak pasang sendiri tu. Actually bukan la susah mana pun. Maybe sebab aku kalut sangan nak pasang kot -_-'




Dah siap pasang box isi present setting baik punya supaya dengan harapan en.hubby bangun dari tidur keluar bilik terkejut tengok bungkusan atas meja. Dan the result is Yeaaayyyyy menjadi heheheh. See the leg la hehe. Aku kejut en.hubby bangun sembahyang subuh. Keluar bilik aku dengar die senyap dan tarik kerusi meja makan (dalam hati : yes yes die nampak box tu ;) ) memang betul pun hehe. En.hubby just read the note that i write for him. Die tak buka lagi pun box tu :) Kat bawah ni show that cara aku letak box tu supaya beliau boleh nampak ;)



Okeh..asek tunjuk box je kan? Apa la isi dalam box tu. Maaf la sebab aku tak sempat nak take pic. Sangat txcited. Just sempat take a video je. So nak tau apa isi dalam box tu. Layan video ni jap ;)



Kuality video kurang maaf ye takde pengalaman ambil video ;p



Seharian kami habiskan masa berdua kat rumah je. Aku tiba-tiba jadi tersangat rajin nak masak. Bak kata kakak aku. Hari western kami heheh. Mana taknye. Breakfast makan burger lunch makan chicken chop (nak resepi siap call ibu tercinta ;p) dinner plak makan warm cake from CB. Beli kek kecil je cukup la. Untuk kami berdua je pun. Tapi pic cake lupa nak snap sebab teruja sangat nak makan :p Itu je la rasanya aktiviti sempena hari lahir suamiku tercinta dan secara kebetulan untuk tahun ni hari ibu pun jatuh pada hari yang sama. Tak habis-habis en.hubby kata kenapa semua orang sambut hari jadi dia? haishhh..

Okeylah..dah habis cerita kita layan pic pun best juga kan. Jangan jadi lapar sudah heheheh

Special for birthday boy. Berger daging special+daging+cheese

For me la. Berger daging special+double cheese

Air Milo supaya tak tercekik ;p

Our set lunch : Chicken Chop home made hoyeahhh ;D

Ini memang feel. Minum air longan dalam 'can' glass mcd ;)


note : Sesiapa yang berminat dengan jersey tu boleh contact saya ;) original tau!



post signature

Friday, March 4, 2011

Tak Tau Cerita Sedih Atau Apa

Konon nak update semalam tapi aku terlupa aku ada tugasan semalam. Seharian buat tugasan. Sampai rumah pun dah malam sampai mata pun tak larat nak buka. Tak teman pun en.hubby drive. Memang dah tak larat sangat sampai tertidur atas pangku dia :') Dah sampai rumah memang tak ingat apa la ingat nak tidur je. Bila buka blog hari ni baru ingat aku ada hutang dengan blog ni tehehe. 

Ok apa sebenarnya yang aku nak cerita ni tak tau la nak kata cerita sedih atau apa. Tapi sometimes aku rasa stress juga la. Sampai buat aku rasa nak marah semua orang dan rasa nak menagis juga :( 

Actually I have an accident last tuesday. Yang sedihnya I am on the way to the interview session. Membuatkan aku terpaksa cancel interview tu dan sampai hari ni pun that company tak decide lagi bila nak replace the date. Memang aku mengharap dapat attend interview tu. Dapat tak dapat itu belakang kira. At least ada dalam list harapan untuk aku bekerja. Lagipun tempat kerja agak dekat dengan office en.hubby yang di jangka akan berpindah eh eh tak boleh teruskan cerita di atas sebab-sebab tertentu ;p

Sambung cerita accident semula. I have an accident with TNB lorry. Tak tau nama apa tapi en.hubby ada sebut semalam tapi memang aku dah lupa la kan T_T. Lorry yang ada kren sekali tu. Tak tau nama apa. Kalau you all tau angguk-angguk je lah okey! Macam mana pula aku boleh terlibat dalam semua kesah ni? 

Aku lalu jalan dalam dari kuala selangor nak ke bukit rotan. Ayah aku kata nama jalan tu Jalan Keretapi Lama sebab zaman dulu masa aku tak wujud lagi ada railway ( kan bagus dikekalkan sampai sekarang mana tau komuter sampai kawasan Kuala Selangor ni tak la susah untuk sesiapa yang nak guna transport awam ke Kuala Lumpur atau Klang ) sekarang dah jadi laluan alternative la untuk sesiapa yang nak lalu jalan dalam ke Kuala Lumpur. Jalan tu ada satu simpang empat. Aku follow lori TNB ni dari start aku masuk Jalan Keretapi Lama ni. Sampai je kat simpang empat tu dia berhenti. Aku pun berhenti la. Dalam fikiran aku " ada kereta kat depan berhenti kot " dan " dia nak betulkan tiang lampu kat situ kot ". Dengan tiba-tiba aku nampak lampu reverse aku dah hon hon banyak kali juga la aku hon. Kenapa aku tak reverse juga? Biasalah dah panik tindakan reflex aku tekan hon je lah. Tapi malangnya driver tu tak dengar maka " DUMmmm.. "

Bahagian depan kereta aku remuk kene belakang lorry tu. Hello lorry ok kalau kereta win win situation la kan mesti dua-dua effect. Ni lori dia memang tak ada apa-apalah. Nak tau apa jadi dengan kereta aku? Sekejap lagi aku upload gambar ye. Nasib baik driver tu orang yang jujur. Berkali-kali dia minta maaf. Sejuk sikitlah hati aku ni. Deal untuk buat report kat Balai Polis masa tu juga. Time aku baru nak gerak aku nampak juga lah driver tu naik balik lorry tu nak ke Balai Polis la kot. Tapi sampai je aku kat Balai Polis dan siap buat report semua dah jumpa dengan pegawai bertugas segala ada la dekat satu jam juga tapi orang TNB ni tak sampai-sampai lagi. Dalam hati ' dia pergi buat kerja dulu kot baru datang buat report '. Selesai pegawai bertugas ambil gambar segala dia tanya tempat kejadian. Dah beria aku dan ibu bercerita sampai akan tangan ke kiri ke kanan ke atas ke bawah dia tak boleh bayang lagi kat mana. At last dia ajak juga pergi ke tempat kejadian. Nasib baik la tak jauh. Ada lah dalam 5 km dari Balai Polis. 

Sampai je kami kat tempat kejadian. Aku nampak lori TNB tu kat tempat kejadian tu lagi. Aku bagi tau pada pegawai bertugas tu " Ini lah lori TNB tu " Tapi nak tau apa yang jadi? Tayar sebelah kiri lori tu dah masuk parit! ( nak gelak ke tak? memang aku dan ibu dah tergelak-gelak kat tempat kejadian. Pegawai bertugas tu hanya senyum je. Mestilah kena cover! haha ) Rupa-rupanya masa dia nak reverse tak perasan ada parit kat sebelah kiri tu sampai boleh jatuh parit. Yang buat aku tak paham. Dalam lori tu ada tiga orang ( include driver ) kenapa kawan dia lagi dua orang tu tak tolong dia? First case lagi masa berlanggar dengan aku. Boleh  kot seorang turun bagi isyarat line clear ke tak clear ke lorry bukan kereta T_T. Sama case dengan lorry dia masuk parit segala. Boleh kan kawan dia seorang turun tengok jalan? hmm.. Aku assume yang mereka tak 'geng'. Sampai situ je lah cerita aku dan sampai hari ini kereta masih dalam keadaan begitu. Hari ni baru siap semua document dan baru aku boleh hantar workshop untuk dapatkan claim insurans. Menjadi persoalan sekarang nak claim dengan driver atau TNB? T_T.



Salinan report




Inilah apa yang dah jadi :(


Keputusan report

Inilah lakaran lokasi kejadian. Nampak tak lori tu? Macam tulah keadaan lori yang dah masuk parit tu :D



UPDATE : JEMPUT SINGGAH BLOGSHOP SELALU SEBAB NAK UPDATE STOCK BARU TAK LAMA LAGI. TURN SHAWL PULA! YEAAYY!!! :D



post signature

Tuesday, March 1, 2011

Cerita

Ada kisah nak cerita 
tapi aku dah ngantuk sangat ni
Letih drive kereta manual kot  -.-'
Postpone esok lah ye aku cerita.
Gud nyte all!! :)


post signature

Monday, February 21, 2011

Alhamdulillah :)

Hari ini bermulalah kehidupan aku macam biasa ( kenapa? sebelum ni luar biasa ke? ) Ayat mesti nak sedap barulah best nk baca hehe. Just a one week live as a husband and wife. ( apalah ayat aku ni buat suspend je haishh ) Ok aku cerita satu persatu lah. Last week en.hubby untuk kebiasaan pulang ke sisi pn.wife pada hari sabtu tak berlaku. Ada hal penting katanya. Berjanji akan pulang pada hari isnin selepas waktu kerja ( last week kan selasa cuti ) Aku yang berasa tak biasa weekend tanpa en.hubby pujuk nak pergi sana ( Gemas ) sampaikan merajuk segala. Memang macam budak-budak T_T. Tapi memang last week emosi aku tak terkawal. Entry sebelum ni pun aku dah cerita kan. Yang kisah 'itu'  adalah aku merajuk sebab tak dapat pergi ke sisi en.hubby. Ntah apa-apa kan tskk. Dan segala persoalan itu semua dah ada jawapan dah :)

Hari ini en.hubby pulang ke Gemas semula mencari sesuap nasi untuk kami sekeluarga maka kehidupan aku kembali seperti biasa. Macam sebelum-seblum ni lah. Weekend tanpa en.hubby di sisi. Menghitung hari bermula esok selasa lepas itu rabu lepas itu khamis lepas itu jumaat dan akhirnya yeayyyy sabtu! En.hubby pulang :D dan berulang untuk minggu berikutnya ( tak kan lah aku nak copy paste lagi sekali benda yang sama mesti kau orang pun meluat nak baca kan T_T ) 

Tapi alhamdillah semua ini inysAllah akan berakhir dalam masa terdekat ini. No more en.hubby jauh-jauh lagi dah. No more weekend husband and wife lagi dah. I looiikkeeee :D Aku tahu yang Allah tahu tahap kemampuan makhluknya. Dugaan dan cabaran yang di beri adalah sama dengan tahap kemampuan sebenarnya. Cuma cara kita menerima dugaan itu dengan cara baik atau tidak baik barulah kita di balas dengan baik atau tidak baik :)

Alhamdulillah perniagaan online aku dah naik satu tahap ( aku je la yang tau tahap-tahapnya tak kan la nak publish kat sini juga kang kau orang juga yang menyampah meluat rasa nak muntah T_T ) Bukan senang nak senang. Aku ingat pesan sahabat seperjuangan aku 


"Yang susah itu lah yang akan buat kita senang"


Mendalam sungguh ayat dia ni. Aku jadikan pembakar semangat aku. Kita nak berjaya bukan mudah kan. Kena kuat dan jangan cepat putus asa. Memang la kadang-kadang rasa fade-up dengan itu dan ini tapi sabar je lah. Chill :D hehe. Last week memang aku rasa sebok sangat. Runner sana sini. Banyak tempat aku pergi. Penat memang tak payah cakaplah. Siapa kata senang nak jadi senang. Bukan mudah tau. Kuatkan semangat je :) Dan terima kasih sangat-sangat buat en.hubby tersayang yang sanggup melayan karenah aku yang bermacam lagat ni dan buat ibu tersayang yang sentiasa support aku. Luv you all ♥♥♥ 


Sekadar gambar hiasan :)





UPDATE : JEMPUTLAH SINGGAH KE BLOGSHOP NI  YE DAN HARAP SAMPAIKAN PADA KAWAN-KAWAN JUGA. TERIMA KASIH :)


post signature

Sunday, February 13, 2011

Mood yang tak tentu hala

Dari semalam. Ya betul la dari semalam mood aku x tentu hala. Lepas 'itu' je trus aku jadi sebak sentiasa. Eh bukan sebak je memang dah mengalir pun. Bila terfikir je air mata laju je nak mengalir keluar dah tahan dah tapi mengalir jugak ( sampaikan tengok cerekarama malam tadi pun sebak-sebak je dada rasa nak menangis ) Macam-macam dah aku cuba buat tapi mesti tefikir juga. 

Paling tak best. Kisah tu buat aku rasa nak marah dengan semua orang. Tak kisah la siapa pun. Tapi tak la aku marah depan-depan ( hilang akal ke? ) Aku cuma memberontak dalam hati itu ini macam tu macam ni kenapa tu kenapa ni hatiku mengomel. Dengan semua rasa tak puas hati. Apa yang orang lain buat semua aku rasa salah. Ini membuatkan aku rasa malas nak buat apa-apa lagi-lagi benda yang di suruh. Memang tak ikhlas la aku nak buat. 

Agaknya bendera 'Jepun' nak naik kot. Tapi kenapa waktu ni? saat ni? tak nafikan sekarang pun dada ni rasa sebak je. Bergenang-genang je kat mata ni. Fikiran dah berkecamuk. Entah apa yang difikirkan pun tak jelas. Serious aku tak suka perasaan macam ni :(



P/S : Keep on trying. InsyAllah suatu hari nanti. Amin~



post signature

Wednesday, February 2, 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR!!!!

To all Chinese friends Happy Chinese New Year. Semoga tahun ini banyak 'ong' tehehe. Esok Chinese New Year. Semua orang yang bekerja cuti dua hari. Khamis dan Jumaat. Bagi yang kerja kerajaan teruslah sampai ahad. Yang kerja hari sabtu pandai-pandailah. Yang penting en.hubby cuti straight sampai ahad :) 

Apa plan ke cuti lama-lama ni? Tak ada yang luar biasa pun. Biasa-biasa je. Esok kami sekeluarga aku, en.hubby, ibu, ayah dan muhd kita orang akan ke Kluang, Johor. ( eh tak banjir ke? ) Tak taulah. Kata tak banjir dah. Kenapa kena pergi sana? Ada kenduri kahwin. Biras aku. Adik ipar kakak aku. Gagahkan jugalah aku dan en.hubby bawa parents kami pergi. Orang berbudi kita berbahasa kan walaupun kita berbudi orang tak berbahasa tiba-tiba* 

La ni pun aku tengah tunggu en.hubby tersayang pulang hehe. Lagi rasa rindu membuak-buak. :') 

Lusa on plan aku dan en.hubby nak pergi beraya rumah kawan chinese kami. Dekat je belakang rumah aku. Tapi agak-agak dapat ang pow lagi tak? haha






post signature

Memanjakan Diri :)

Ini adalah cerita minggu lepas. Baru hari ini sempat nak update. Bila tak online banyak sangat idea nak write on tapi bila dah online benda lain yang di buat. Inilah makanya cerita minggu lepas baru nak update T_T.

Apa yang bestnya cerita minggu lepas ni? Tengok tajuk dah tau kan hehe. Setelah berkahwin lebih kurang enam bulan ( ish dah enam bulan aku bergelar isteri? rasa macam baru semalam je naik pelamin ) baru sempat nak manjakan diri ni. Sedangkan sebelum kahwin pun tak manjakan macam ni. Hanya sekadar mandi lulur je hmm. Alasan tak sempat. Ceh tak boleh terima langsung huh!

Ok balik kepada tajuk entry. Kenapa baru sekarang nak manjakan diri segala? Kenapa tak dulu atau nanti masa lain? Haish sebagai isteri tak salahkan kita nak sentiasa kelihatan cantik dan berseri depan suami? heheheh. Betullah kan. Dalam Islam pun menggalakkan isteri sentiasa kelihatan cantik depan suami :') Oleh sebab itu aku pun pergi la gatal-gatal tengok butik kat kampung aku ni. Sebab kedai dia baru pindah di tingkat bawah dan buat promosi segala membuatkan aku tertarik nak tanya pakej apa yang ada kat situ. Jadinya bukan setakat bertanya siap booking lagi ( iyalah kalau tak tak adalah entry ini hahahah! ) 

Comment aku tentang pakej yang ada. Aku berpuas hati. Service pun bagus dan harga berpatutan dengan pakej yang di beri. Tak macam sesetengah butik/spa pekerja senyap je macam kayu buat kita jadi macam tak selesa ( macam banyak je spa/butik yang kau dah pergi huh! ) Lagi reason lain harga mahal tapi sikit je pakej yang kita dapat T_T. Kat situ aku rasa selesa dan rasa macam nak pergi lagi je!. En.hubby sila take note ;p 

Dah penat dah cerita pasal manjakan diri. Aku nak share some picture yang aku snap dari butik tu. Sila lah comment! ( macamlah ada yang baca haha )


First session : Mandi sauna :)

Second session : Mandi Lulur :)
Third session : Massage aromatherapy oil :)

Forth session : Mandi susu + bunga. Part ni aku paling suka :)

Close Up. Menggiurkan~~ Cheewaahhh hehe

Pakej yang aku ambil sampai Fifth session : facial. Tapi tak sempat nak snap picture sebab tak sabar nak balik :p Lepas facial tu aku di beri cocoa collagen. Rasa sedap tapi tak tau brand apa dan aku pun tak tanya T_T. Tiba-tiba rasa nak minum cocoa collagen tu selalu instead susu omega yang aku minum sekarang :p



post signature