Hooyyeaahhh....... :)
Secara rasminya aku nak inform yang aku ada buat business online!!! :)
Macam-macam ada (versi iklan astro ) tehehe
Dengan itu, aku nak jemput all blogger to come at my site :
WELCOME..WELCOME...
Support me ya..Thank You :)
Hooyyeaahhh....... :)
Secara rasminya aku nak inform yang aku ada buat business online!!! :)
Macam-macam ada (versi iklan astro ) tehehe
Dengan itu, aku nak jemput all blogger to come at my site :
WELCOME..WELCOME...
Support me ya..Thank You :)
Seriously aku kata aku memang dah tak fit langsung! -_____-"
Tolong okey! Aku naik tangga dan masuk bilik. Dah sampai bilik termengah-mengah. Apakah? huhu. Aku dulu tak macam ini pun. Aku dulu kalau kata nak jogging padang bola 3 round pun tak ada masalah (hepp..bukan nak berlagak ke apa memang kenyataan ya) Tapi sejak aku further Degree memang dah tak aktif mana. Kalau ada bersenam pun main futsal sahaja. Itupun kadang-kadang ikut en.hubby main dengan classmate dia. Masa tu memang main mix lelaki perempuan pun tapi tak kisahlahkan. Asalkan tak ada adegan peluk-peluk dalam court!
Dulu masa aku Diploma aku memang aktif sampai aku pernah cecah berat badan 45kg je! OMG! Masa tu memang tak percaya. Aku boleh pakai jeans straight cut saiz 27 waaahhh... Hmm.. Aku ni dari sekolah memang agak chubby sikit. Tapi takde lah over chubby. Sikit je. Kira macam orang kata sedap mata memandang tapi aku tak suka itu. Sampai bila aku zaman Diploma tu ya aku memang suka. Badan ala-ala model gitu (gelak la sampai puas huh!)
Tapi keadaan berubah bila aku futher Degree. Start duduk rumah sewa nak masak apa pun boleh dan dengan tak banyak bersukan berat badan aku naik sikit. Tapi tetap maintain 48-49kg. Tak apa. Ok lagi. Aku boleh terima. Aku tak boleh terima bila aku dah habis study. Duduk rumah tak buat apa-apa walaupun masa tu aku ada buat kerja sikit tapi tak perlu berlari ke sana ke sini hanya duduk di meja sahaja membuatkan berat badan aku bertambah lagi! Ayyakkk.. Lagi-lagi masa tu ada rezeki lebih. Itu membuatkan nak makan apa sahaja aku boleh. Tak perlu berfikir panjang masuk terus dalam kedai dan order makanan. Keadaan itu membuatkan berat badan aku naik lagi menjadi 50-52kg T_T.
Aku mula sedar nak turunkan berat badan sebab aku rasa peha aku semakin membesar rasa berlaga-laga peha bila berjalan. Itu tak seronok OK. Ada lagi satu sebab yang membuatkan aku sedar. I AM GETTING MARRIED. Ya masa tu bulan enam dan aku akan berkahwin bulan tujuh. Gila kau dalam masa satu bulan kau nak turunkan berat badan sampai 5kg? Tapi aku tak gila nak ambil supplement kurus what so eva. Aku hanya TER mendaftarkan diri di fitness first +_+. Memang semangat masa mula-mula. Yelah nak kawin kan. Takut baju pengantin tak muat lah. Nanti macam mana atas pelamin nampak ok kah? Cantik kah? Hmm..tapi aku hanya mendisiplinkan diri aku ke fitness first tu untuk tiga bulan sahaja. Ngam-ngam sampai majlis bertandang di rumah en.hubby. Lepas tu aku pun freeze-lah account aku sampai bulan December ni last (tapi rasa macam nak freeze lagi atau stop terus? T_T)
Hmm.. Sekarang selepas berkahwin Empat bulan aku bergelar isteri. Berat badan aku tak payah tanyalah. Memang aku tak suka berat badan sekarang ni T_T. Sampai sekarang aku habis write entry ni pun masih rasa sesak nafas. Adakah aku di serang penyakit lain? No lah T_T.
2006 ~ Miss this moment
*rewang=gotong-royong
Di sebabkan parents aku dah pergi dulu. Aku dan en.hubby pun merempit lah tehehe. Dekat je kan. Membazirlah kalau bawak kereta. Naik motor lagi jimat :p
Jom kita layan pictures merempit haha..
Orang sibuk bawak motor dia sibuk snap pics! haha
Just arrive at home :)
Ini lah motornya tehehe ;)
Untuk minggu ini, aku ada tiga invitation. Dua kat Kedah jauh-jauh pula tu -___- dan satu lagi kat Ampang. Yang kat Ampang tu rumah isteri rumah suami kat Perak. Tak kisahlah kan isteri atau suami adalah kawan aku. Bila mereka dah berkahwin dua-dua pun kawan akulah. So, aku dan en.hubby decide untuk pergi yang kat Ampang ni. Dekat lagipun en.hubby ada hal yang perlu di uruskan. Tak dapat lah nak pergi yang jauh-jauh tu. Kalau tak boleh gak aku makan angin hikhik. Itu cerita pasal kawan-kawan yang invite officially atas nama Najihah dan Mohd Adlan. Belum kira lagi yang dekat-dekat dengan rumah aku. Kat dalam taman ni dah ada satu. Lagilah mesti datang. Ada lagi satu anak kawan ibu aku walaupun aku tak berapa rapat dengan anak dia tapi aku kenal lah. Mesti pergi juga hmmpp T_T. Tapi tak apa juga. Tak payah masak. Makan kenduri sajalah :p
Di kesempatan ini aku nak mintak maaf awal-awal la ni kat kawan-kawan aku yang kenduri kat Kedah tu. Aku dan en.hubby tak dapat datang. Maafkan kami. Nant lepas kenduri kita jumpa :) Terima kasih invite kami ye dan Selamat Pengantin Baru kepada Irfan dan isteri serta Aswad dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat amin~ :)
Macamlah mereka tu baca blog aku ni. Hmm.. Tak kisahlah :p
Promote khemah kat rumah ka? tehehe..
Gambar tak ada kena mengena :p
Haishh... Hari ini aku pergi ke BSN(Bank Simpanan Nasional) semua orang tahu lah. Tak perlu mention pun T_T. Oke oke bukan nak cerita pasal BSN tapi nak cerita pasal Staff kat situ. Hmmpp aku pergi sana sebab nak buat Western Union(WU). First time nak buat rasa macam menggelabah sikit lah. Ish betul ke macam ni. Ish kalau salah nant habislah duit aku -___-".
Biasalah kalau transaction online ni mestila 'lems' sikit. So aku pun kene lah tunggu sekejap. Sekejap tak sekejap sempat jugak Guard Polis kat BSN tu promote kat aku Sijil Simpanan Premium. Itu satu hal, satu hal lagi masa nak buat WU tu banyak tanya staff dia tu.
" Eh dik, nak hantar ke mana ni? Nak buat apa ni?"
Tak salah bertanya. Aku faham sebagai Staff Bank berhak nak tanya untuk memastikan kita tak kene tipu. Tapi tanya sikit-sikit sudahlah dan sorang yang bertanya cukuplah. Ini semua nak sibuk tanya. Kerja manalah itu lah ini lah. Bila aku kata aku duduk rumah tak percaya pulak. Hmmpp T_T.
Berbalik pada Guard Polis tadi, aku dah kata aku tak mau aku tak mau la. Bila aku dah tak mau tu sibuk pula nak mintak no telefon segala. Tunggu punyalah lama. Dah tak tau aku nak berdolak dalih apa lagi.
"Nanti saya bawak mak ayah saya datang sekali"
Hahah. Sampai alasan tu yang keluar dari mulut aku. Settle je semua aku terus chow~~
Nak di jadikan cerita. Aku yang cuai ni pun bijak pandai sangat sampai terlupa kunci kereta letak kat mana. Siap sempat pergi kedai cari barang masih tak perasan kunci kereta tak ada. Aku pergi kedai berdekatan dengan BSN itu je sebab tu tak perlu nak drive. Aku sedar je bila aku keluar kedai tu nampak Guard Polis tadi. Mula-mula suruh lebih sedap di kata 'Paksa' aku beli Sijil Simpanan Premium tu. Kalau tak dia tak nak bagi kunci kereta. Aku dah macam nak marah dah. Tapi boleh sabar lagi. Dia tengok aku macam dah lain kot then dia ubah pulak mintak no telefon aku. Aku dah geram tapi muka masih boleh cool lagi terus menuju ke BSN tu semula konon-konon nak cari kat dalam baru lah Guard Polis tu bagi. Huh!
Entah kenapa aku pun tak bagi tau yang aku Just Married! T_T.
Sayang sangat kat ibu mertuaku hehe. Bukan ayat bodek okey. Tapi, aku baru perasan yang ibu mertua aku selalu je buat lawak spontan yang aku pun tak pernah terfikir(guru cemerlang mestilah hebat! hehe)
Hari tu tak ingat dah bila. Ibu mertua call nak mintak tolong bawak pergi beli barang-barang untuk kenduri sambil-sambil hantar jemputan kat orang kampung.
"Anne, kamu buat apa? Jahit mata*?"
Aku terdiam kejap. Hahahaha. Baru aku gelak(lems la kau ni ;p) Jahit mata pada maksud ibu mertuaku adalah TIDUR tehehehe. Aku tak tefikir pun perkataan tu sampaikan sekarang aku teringat-ingat lagi ayat ibu mertua tu :)
Tadi, ibu mertua tersayang buat lawak spontan lagi. Lepas habis interview call ibu mertua mengadu itu ini. Tak dapat jawab yang itu. Tak tahu yang ini. Macam-macam aku mengadu hahah macamlah ibu mertua boleh buat apa-apa hmmpp T_T. Dah hampir-hampir ending conversation. Ibu mertua :
" Nak ke mana lepas ni? Kan dah bebas. Baru keluar penjara* " sambil gelak.
Aku gelak-gelak lagi. Boleh tak ibu mertua guna ayat baru keluar penjara sebagai maksud aku dah tak payah sibuk nak study segala. Sweetlah ibu mertua ni tehehe.. :)
*** Itu yang buat terpikat kat anaknya tu hehee. Sweet macam ibunya ;)
Hahahahahahaha.....ye ye gelak sampai puas T_T.
Aku dah buat kesilapan besar. Sungguh malu :")
Hahahahahahaha...gelak lagi sampai guling-guling. Hmmmpp.
Kononnya hari ini aku tak nak online langsung sebab kononnya nak study sebab esok ada interview siap ada ujian bertulis T_T. Sampaikan
....new message from My Hubby
"GM Klang la sayang. GH tu kedai buku ;)"
Kahkahkahkah...baru lah aku teringat. Patutlah semalam aku search GH Klang keluar General Hospital :p Aku yang silap rupanya. Malu malu :")
Dah sampai tiga orang comment baru aku perasan :p
"Maaf ye semua. Especially penduduk Klang hehehehe. Saya dah betulkan dah :)"
Ok lah. Nak balik pada prinsip tadi. Tak nak online langsung harini dan nak study je.
Kita tengok berapa lama pn.Wife ini boleh bertahan tak nak online T_T.
Uiihhhh...hujung minggu yang sangat busy sampai tak sempat nak update blog langsung hikhik. Mana taknye...
Hari Sabtu,
Pagi-pagi dah bangun(bukanlah pagi mana pukul 9 jugak :p) semua sebab my sis Kak Anje dah tuntut kat aku suruh buat Dadu Coklat Karamel tu lagi sebab anak-anak dia suka sangat. Masa Raya Aidiladha aku buat berebut-rebut semua nak habiskan. Kenalah buat jugak sebab Kak Anje dah siap beli bahan-bahannya dah dan aku adik yang mithali ini tak sampai hati nak menolak. Aku buat jugalah T_T. Tapi bukan buat satu tray. Buat sampai dua tray okeh. Yelah, tak kan lah buat satu tray je untuk die. Habis, orang yang tinggal kat umah parents aku ni mestilah nak sama kan. En.hubby pun mestilah nak jugak kan. Tehehe.. Buat kuih sampai lambat masak untuk tengahari. Nasib baik parents pergi kenduri kahwin. Selamat..kalau tak mesti terkocoh-kocoh masak :p
***terkocoh-kocoh=tergesa-gesa
Minggu ni aku dan en.hubby dah plan kami akan stay di puchong rumah SIL's yang baik hati tu(ayat bodek :p) sebab kami ada hal nak buat. Hal keluarga(waaahhh..macam gah je bunyinya haha) sebuk buat kuih sampai lambat siap nak jumpa en.hubby. Nasib baik lah en.hubby tak marah(mana boleh marah sayang adalah :p) Di sebabkan tunggu aku punyalah lama. En.hubby pergilah ke kedai kazen kami. Plan nak pergi satu kereta dari Puchong. Tapi sebab aku dah lambat En.hubby pergi dululah. Jimat masa tehehe.
Habis cerita hari Sabtu(yang the rest tak boleh cerita sebab cerita keluarga :p)
Ini untuk rumah Kak Anje. Sehari je dah tinggal banyak tu. Conform skarang dah abes :p
Ini untuk kat rumah parents aku. Anak buah aku bedal sorang sampai separuh -_-"
Hari Ahad,
Bangun pagi-pagi lagi. Kali ini betul-betul pagi. Bangun solat Subuh terus tak tidur dah. Hari Ahad selalu ramai yang bangun lewat. Tapi kami lain pulak haha. Selesai mandi segala adik ipar dah buatkan sarapan (adik ipar duduk sekali di rumah SIL) wahh..seronok betul bangun je dah ada orang buatkan sarapan tehehe. Destinasi kami ke Jalan Kenanga saja nak tengok baju-baju kat sana. Orang kata banyak yang cantik-cantik. Keluar rumah pukul 10 a.m sampai KL pukul 10.30 a.m. Jalan memang lengang tak banyak kereta pun. Cari Jalan Kenanga tak jumpa. Nasib ada GPS kami Pn.Tiny yang memang dah terer jalan KL neh. Cakap jelah jalan mana janji tempat tu boleh shopping punya mesti dia tau jalan short cut tehehe. Sambung balik cerita Jalan Kenanga tadi. Sampai je tengok semua kedai tutup. Tak ada satu pun yang buka.
"Diorang bukak lambat kot bang, kita pergi Jalan TAR pulak lah"
Sampai Jalan TAR tak ada masalah nak cari parking sebab awal pagi tak ramai orang. Jalan merata sampai tengahari barulah kenderaan makin banyak. Orang pun makin ramai. Owh, orang KL semua keluar lewat sket.
"Orang KL basuh baju, kemas rumah dululah sayang baru diorang keluar"
Huh suci betul hati en.hubby :) Dah penat berjalan tekak sangat dahaga. Kami pun makan lah kt A&W sebab kat situ ada FLOAT! Aku berjaya habiskan segelas besar FLOAT with double scoop tehehe. Memang nikmat. Selesai je kat Jalan TAR kami patah balik ke Jalan Kenanga. Hmmpp kami tak bernasib baik. Rupa-rupanya Jalan Kenanga ni tutup Hari Ahad. Ingat kan memang bukak lambat rupanya memang tutup. Itu pun terjumpa mat Bangla kat tepi jalan. Dah tu tak kan nak balik terus. Misi tak done lagi ni. Kami pun decide untuk pergi ke GM Klang. Di ura-urakan oleh kazen kami tadi yang kat situ banyak barang murah-murah. kami pun shoot pergi sana. Dah dapat apa yang kami nak. GM Klang memang besar. Larat tak larat je nak pergi. Tempat tu macam kat nilai. Tapi lain sikit(ish macam mana kau ni) ok ok. Dalam satu bangunan setingkat tu ada banyak-banyak kedai kecik-kecik yang ada jual pelbagai barang-barang. Ada baju, tudung, accessories, souvenir ish macam-macamlah. Dalam tak larat tu larat jugak pusing semua bangunan hahah. Dah penat berjalan pekena laksa pulaklah. Fuhh memang syok :)
Ini yang kami rembat masa kat GM Klang. Sabun garam memang best :)
Hari Isnin,
En.Hubby pulang ke Gemas untuk mencari nafkah buat keluarga. Hati sayu tapi buat-buat biasa sebab tak nak en.hubby nampak aku sedih. Pergi office SIL pulangkan kunci. Perjalanan balik sempat singgah kat kedai bahan kek SS kat depan Pasar Klang. Tengok apa yang sempat aku rembat.
Taraaa tehehehe.
Loyang ni sesuai untuk buat cheese cake. Siap plastik tak bukak lagi :p
Tak lama lagi kenelah buat cheese cake lagi hihi...
Allah dah tetapkan macam tu. Janganlah kau nak persoal kan kenapa itu kenapa ini.
Kau kenelah bersyukur dengan apa yang kau ada sekarang ini. Kau kene selalu berfikir yang ada orang lain lagi teruk nasibnya dari kau. Janganlah kau selalu pertikaikan.."beruntungya dia.." ," bestnya kalau aku pun sama nasib dengan dia...","kenapalah nasib aku macam ni? kan best kalau aku dapat rasa sama macam yang dia rasa..."
Kau kira beruntung. Ada suami yang sangat memahami dan sangat menyayangi kau. Tak pernah pun dia naik tangan kat kau walaupun kau pernah buat dia marah sangat. Walaupun dia kene melayan kerenah kau yang selalu je mengada-ngada bila dia ada dengan kau. Walaupun kau selalu mintak dia macam-macam sampai dia sanggup ketepikan kemahuan dia demi melihat kau lebih bahagia. Itupun kau nak pertikaikan jugak? Kau kene fikir kat luar sana tu berapa ramai isteri yang kene belasah dengan suami? Berapa ramai pulak isteri yang ditinggalkan suami tanpa berita? Berapa ramai isteri yang nasibnya lagi buruk dari kau? T_T.
Kau kira okeylah. Masih ada ibu dan ayah yang sayangkan kau. Mereka tak kisah pun kau tumpang kat rumah mereka. Mereka mesti faham permulaan hidup berumahtangga tak mudah untuk dapat kesenangan terus. Kau kene bersyukur kau masih mempunyai kedua-duanya. Bagaimana dengan anak-anak yang dah tak ada ibu? Dan yang tak ada bapa? Dan yang paling sedih tak ada kedua-duanya? Kau masih nak pertikaikan itu ini? T_T.
Kau juga bernasib baik. Mertua kau sayangkan kau. Dia tak pernah pun memburuk-burukkan kau depan orang lain. Walaupun kau kadang-kadang memalukan diri sendiri depan dia. Jenis sayur pun tak tahu, jenis ikan pun tak tahu tapi berlagak semua kau pandai -__-". Kau pernah tak fikir macam mana pulak menantu yang tak pernah di restui keluarga? Macam mana dia nak teruskan hidup dia? Bahagiakah dia dengan hidupnya yang selalu di benci keluarga mertua? Kau nak ke rasa macam tu? T_T.
Dugaan kau sekarang cuma belum rezeki kau bekerja. Kau kenelah bersabar. Kau kene percaya suatu hari nanti kau mesti dapat kerja juga. Kau mesti boleh pegang duit sendiri juga. Jangan telalu ikutkan nafsu kau tu. Merana nanti. Kalau fikirkan apa yang kau nak je tokeh balak pun boleh bankrap! Hidup kita ni ibarat putaran roda. Kadang kita di atas. Kadang kita di bawah. Kau pernah kan rasa hidup mewah. Apa yang kau nak kau beli je. Masa itu kau berada di atas. Sekarang kau kenelah bermula dari bawah semula. InsyAllah ada rezeki kau nanti. Mohonlah pada-Nya.. Dia nak uji kita untuk kita selalu beringat yang kita bukan selalunya berada di atas... Sedarlah sekarang sebelum terlambat...
***entry untuk peringatan pada diri sendiri T_T.
Dulu sewaktu bujang, tak ada komitmen sangat. Sebagai seorang anak dan pelajar je. Tapi sekarang tanggungjawab dah jadi semakin besar walaupun sebagai pelajar tu aku ganti dengan sebagai seorang pn.wife. Memang lah jauh berbeza pelajar hanya belajar je. Sebagai pn.wife, banyak benda nak kene ambil kira, sakit pening en.hubby, kebajikan dia dah makan ke belum sihat ke tidak dia dan yang paling penting dah solat ke belum(ini yang selalu mertua berpesan pada aku heheh) tapi memang hakikatnya berdua lebih baik. Berkeluarga sendiri itu lebih baik dari hidup keseorangan. Walaupun aku berstatus Pasangan Jarak Jauh(PJJ) tapi saat-saat bersama en.hubby walau pun hanya 1 hari ke 2 hari sahaja setiap minggu tersangatlah bermakna. Dan masa itu juga lah aku yang mengada-ngada ni nak merajuklah nak itu lah nak ini lah hehe tapi en.hubby selalu sahaja melayan kerenah aku. Terima kasih abang...sanggup melayan segala kerenah sayang selama kita bergelar suami isteri ;)
Hahah...entry melalut lebih dari tajuk. Tak apalah..tak tau nak letak tajuk apa. Tapi kan ada sikit-sikit pasal Hari Raya Aidiladha tadi :p
Entah kenapa tiba-tiba jadi romantik pulak :')
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dah lama tak post pic dalam blog aku ni. Bosan lah pulak. Ni aku selit sket la pic kuih yang aku bagi resipi semalam :)
Boleh di potong banyak-banyak untuk di hidang
Ni untuk en.hubby..bukan ni je..yang lain dah dibedal habis :p