Raya...Raya....Raya...(semangat betul :p)
Untuk entry kali ini aku nak share satu resepi neh..DADU COKLAT KARAMEL.
Sedap memang tak payah tanya. Memang sangat superbbbb!!! Tapi kuih ni agak manis. Untuk yang rase ada kencing manis tu makan sikit-sikit je ye heheh! Ibu aku selalu kata kuih ni manis tapi sedap! ngeh3..
Disebabkan raya tahun ini rasa malas nak buat cookies segala sebab kebiasaan raya aidiladha sebelum ini pun kami selalu buat cookies especially Chocolate Chip(ala-ala famous amos :p) tapi macam dah muak nak buat cookies(padahal tak cukup masa hahah!) Yelah, buat cookies ni leceh nak uli, pastu nak bentuk-bentukkan pastu nak bakar pastu nak tunggu sejuk baru boleh simpan dalam balang pastu nak bentuk lagi pastu bla..bla..bla.. Ha! Baca pun dah letih kan? Lagi kan nak buat T_T. Oleh itu, aku decide untuk buat kuih ni je sebab simple! So, kepada rakan-rakan yang nak mencuba... Here we are! The recipe :)
DADU COKLAT KARAMEL
Asas
180g Tepung gandum
120g Butter
60g Gula halus
CARA-CARA:
- Alaskan acuan 18cm persegi dengan kertas aluminium@minyak(aku tak guna pun. Just sapu butter sikit kat acuan tu.
- Panaskan oven hingga 180 degree celcius.
- Gaul semua bahan dan tekankan ke dalam acuan tadi. Bakar selama 25 minit atau sehingga kekuningan dan biarkan sejuk.
Karamel
225g Susu Pekat Manis(cap apa-apa pun boleh)
120g Butter
1/2 camca Esen vanilla
1 camca besar Milo(nak guna vico boleh, ovaltine pun boleh hehe)
untuk milo aku selalu guna lebih baru sedap :)
CARA-CARA :
- Masukkan susu pekat manis tadi dan butter ke dalam periuk berat(kalau ada periuk double vision lagi bagus).
- Renehkan sambil kacau terus menerus supaya tidak hangus. Kacau sehingga campuran agak pekat dan melekat pada sudu.
- Masukkan esen vanilla dan kacau.
- Tuankang karamel tadi ke atas bahan asas yang telah di sejukkan dan ratakan.
- Taburkan Milo rata-rata di atas karamel.(Waktu ini la aku letak lebih-lebih Milo tu hehe)
- Sejukkan sekejap. (Masuk dalam fridge lagi sedap)
- Boleh la di hidang. Suka hati nak potong macam mana hehe.
Selamat mencuba!
p/s : Pic tak de sebab lepas ni baru nak buat sementara tunggu ketupat masak hehe. Dah ada pic nanti aku upload rupa bentuk kuih ini ok :)
mmg sedap giler..dok mengadap jer..Pn Anne mmg superb bab msk memasak nih..Pn ad plak superb tang mkn..
ReplyDelete