Friday, January 28, 2011

Tak tau nak letak nama apa

Apa pulak tajuk suspend ni? hehe. Tak ada apalah dua minggu lepas aku ada buat kek.( kek lagi? ) Belek-belek buku resepi rasa nak ubah pulak resepi tu. ( ewah ewah suka-suka je nak alter resepi orang ) Tak salah kalau kita mencuba kan? hehe. Ok aku tau mesti ramai yang sukakan Chocolate Indulgence Cake Secrete Recipe tu kan? Ha tekak aku ni pun rasa gatal-gatal nak makan kek tu. Nak beli sebiji mahal sangat pulak. Nak beli sepotong nanti tak cukup pulak. Fikir punya fikir aku baru teringat yang aku ada jumpa buku resepi tu. Apa kata aku alter jadi ala-ala Chocolate Indulgence Secrete Recipe tu. Ha memang aku buat pun. Ada la dalam seminggu juga aku kaji resepi yang aku jumpa tu. Takut takut tak jadi membazir pulak. Resepi yang aku jumpa tu ada la dalam 3 resepi. Dengan tekun aku membuat tup tap tup tap kelepek kelepik kelepuk ni lah hasilnya. Tengok je ye rasa tak boleh :p 

Ish awat comot sangat neh? T_T.

Bahagian dalam. Haish yang putih tu dah meleleh-leleh pulak..yumm :)

Ha ni baru terang jelas hehe

Alamak blur2 skit. Terketar-ketar sebab tak sabar nak makan :p


Dah puas tengok gambar? hehe. Ok banyak kesilapan kek ni. First untuk topping terlebih adunan sampai tebal sangat. Second yang putih tu adunan tak berapa sedap lepas ni buat sama adunan macam yang coklat terang tu. Lain-lain komen dari tukang makan hehe en.hubby kata kek tu lembab sangat. Ok lepas ni aku akan ubah resepi kek pulak. Overall rasa sedap sangat. Bukan nak puji diri sendiri tapi nak juga cakap sedap hahaha. Ok lah itu sahaja untuk entry kali ini. Selamat melihat hihi


UPDATE : Setelah perfect akan di buka untuk tempahan :)

P/S: patutlah kek ni mahal. Ingredient banyak dan mahal-mahal T_T.
post signature

Thursday, January 27, 2011

Cerita Minggu Lepas

Sepatutnya minggu lepas dah update. Tapi sebab Streamyx ni lambat sangan masuk. Aku hold dulu cerita ni. Cerita tak hot mana pun tak macam cerita Fasha Sanda berbikini or Yuna dengan Qi? ke apa. Cuma cerita pasal anak buah aku yang tersayang je :) 

Last week Tiga Abdul ( Ammar, Amer, Anas ) ikut bondanya ( kakak sulung aku ) pulang ke kampung ( tempat aku stay sekaranglah ) memang kakak aku dah plan nak balik last week tapi menjadi kelam kabut bila bit bit ( bibik. Panggilan tu Ammar yang panggil ) dari Indonesia sampai lebih awal dari yang di jangka. Pengurus ( nampak macam formal plak. Maksud kat sini pakcik yang urus segala hal dari Indonesia ke Malaysia ) tak bagi tahu pun secara terang bila dia nak sampai. Sebab Pengurus tu pun duduk kat sana dah hampir dua bulan. So kartu ( telefon ) tak berfungsi dah la. Tau tau je pukul 2 a.m ada orang beri salam. Tak ke suspend di buatnya. Hmm dah bincang punya bincang tak apa tinggalkan bit bit kat KLIA. Masih ada lagi kawan-kawan dia kat sana. Bukan dia seorang. Seawal pagi sesudah subuh parents aku ke KLIA bersama Pengurus tadi. Aku tak ikut la. Nanti anak buah aku yang kat rumah ni balik sekolah tak ada yang nak ambil. Kakak aku tadi bergerak dari Kulim seawal mungkin juga ( kenapa aku kata seawal mungkin sebab dia memang tak akan pernahnya nak bergerak dari sana sesudah subuh :p ) Dia terus bergegas ke KLIA dengan membawa tiga abdul tadi dengan tak mandinya -.-'. Tup tap itu ini lepaslah bit bit tu dari Immigration dan di bawa pulang ke kampung ( untuk di train tehehehe ). Bila bit bit sampai aku plak yang jadi gugup semacam je haha. Tak biasalah katakan. Budaknya muda lagi baru 22 tahun tak silap. Ibu tunggal anak satu. Tapi kalau pandang muka aku dan dia mesti orang kata dia kakak aku ( perasan kejap tehehe ) Setakat ni ok la bit bit tu. Senang nak di ajar buat kerja itu buat kerja ini. Cepat belajar. Dia pun suka buat kuih. Bila aku buat Chocolate Caramel sebab ada tempahan dia berminat nak tahu macam mana nak buat. Aku ajar je lah. tak baik kedekut ilmu kan ;) Ok habis cerita pasal bit bit.

Sambung pasal Tiga Abdul ni tadi. Dia orang ni kalau balik kampung tak sah kalau tak jumpa sahabatnya. Siapa? haha. Jap lagi aku tunjuk gambar. Tempat tak la jauh dari rumah aku. Cuma dalam 10-15 minit je dah sampai. Yang bestnya lagi dia orang balik kali ni je sampai dua kali pergi sana. Aku dah bawak sekali. Lagi sekali dia orang paksa en.hubby bawa lagi. Tiga Abdul ni memang sayang sangat dengan en.hubby. Di sebabkan khamis lepas cuti. Kami pun pergi la lagi. Aku, en.hubby, ibu, muhd, tiga abdul dan bit bit. Hah, dah berapa orang tu naik satu kereta haha. Nasib baik la tiga abdul ni kecik lagi so muatlah 8 orang 1 kereta. Tapi bila cuti tak boleh bawa kereta naik. Kene naik keretapi. Kira ok la. Tambang tak mahal mana pun. Dewasa Rm 2. Kanak-kanak Rm 1. Mesti kau orang tak sabar nak tau siapa sahabat mereka ni kan. Ok mari kita layan sama-sama hehe 


Taraaa...ni la sahabat mereka tihihi

Anas bersama bit bit


Ni bukan bersalaman ye. Montey ambik kacang tanah dari tangan Anah Jai (3  tahun) hehe
Close Up Anas bagi makan kat montey :)


Amir bersama bit bit. Amir abang kepada Anas. Tapi takot hihi

UPDATE : gambar keratapi tak sempat nak ambil T_T.


P/S : Kualiti gambar tak bagus sebab guna kamera handphone. Sori
post signature

Wednesday, January 26, 2011

Macam baru semalam

Hari ni aku teman en.hubby site visit. On the way tengok handphone

25 Jan 2011

"Abang, semalam 24hb lah". 

Dah genap Enam bulan aku bergelar isteri. Mengharungi liku-liku kehidupan berumahtangga. Macam-macam yang aku lalui. Ada suka dan duka. Biasalah lumrah hidup. Takkanlah selamanya kita nak berada di atas je kan. Sebagai makhluk-Nya kita pasti akan di uji. Cuma berbeza-beza je ujian yang di beri. Tipulah kalau aku kata selama enam bulan ni aku tak ada menangis atau merajuk ke apa. Mestilah ada cuma bezanya kalau sebelum kahwin aku merajuk tak ada yang nak pujuk bila dah kahwin paham-paham sendirilah :') 

Dah enam bulan ramai juga yang bertanya dah ada isi ke belum dalam perut aku ni. Ok aku bagi tau sekarang. Masih belum ada rezeki. Kami memang langsung tak merancang. Kalau ada alhamdulillah. Kalau tak ada tak apa belum rezeki lagi. Mungkin sebab aku belum dapat kerja tetap barangkali :) Ada juga yang bagi pendapat supaya berjumpa Dr dan massage segala sebab masa kerja part time dulu aku kerap berembun dan mungkin juga effect pada rahim aku. Atau mungkin sebab kami pasangan jarak jauh yang hanya berjumpa hujung minggu sahaja. Setelah berbincang dengan en.hubby kami decide untuk tunggu lagi dalam tempoh enam bulan baru kami akan berikhtiar bermacam cara. Tak salah kot kan? 

Walaupun masih belum berisi tapi kami tetap bahagia macam masa bercinta dulu :) Macam dah lama tak ada gambar-gambar. Rasa suram plak bolg ni. Sempena enam bulan perkahwinan aku ni. Kita layanlah gambar kahwin yang aku pun tak sempat nak upload sampai hari ni. Tak sempat ke malas?T_T




Tarik~~~ 

Haihh...tengok siapa lompat lagi tinggi
 
Behind the roses 


Opps :')

Happy forever :)

post signature

Tuesday, January 25, 2011

Akhirnya

Tunggu punya tunggu punya tunggu baru selesai. Hmm apa tu? Apa lagi pasal Streamyx ni lah. Tunggu TM datang nak pasang line telefon je dekat dua minggu. Dah siap pasang masih tak boleh guna lagi. Tunggu lagi dekat dua minggu juga. Streamyx dah settle tapi line telefon tak boleh guna lagi sama juga dan akhirnya hari ini teruai sedah rintihan hati terseksa menuggu (berapa banyak tunggu da)

Pagi tadi kontraktor TM datang check rupa-rupanya box putih(tak tau apa nama dia) dalam rumah yang problem. Hmm (ish bersyukur bersyukur ;p) asik mengeluh je dari tadi. Tapi nak sambung lagi mengeluh ni. Dah pulak pasal apa pulak ni? Hmm kenapa ye dengan blog sekarang ni? Asik upgrade je sampai aku tak tau dah nak edit sana sini. Buat-buat asik tak jadi je. Naik tension dah ni.

Hmm mata pun dah ngantuk. Makin nak baca instruction dari blogger lain makin kecil mata ni ha. Esok nak bangun pagi pulak. Kene ikut en.hubby site visit (jadi assistant la pula hehe) Tapi tak apa. Sejak dari cuti wesak hari tu hari-hari dengan en.hubby sampai aku terlajak-lajak ikut dia ke Gemas. Tapi memang rasa berbeza sangat bila dia sentiasa berada di sisi. Rasa makin sayang kat dia :)Tiba-tiba terasa mood tidur datang :'> good nite!


post signature

Friday, January 14, 2011

Memang macam ni ke?

Lama jugak tak update blog ni. Ada lah dekat dua minggu kot. Eh memang dua minggu lah. Last entry new year hari ni 14 Jan. Tak ke dah dua minggu tu. Hmm ini semua adalah gara-gara konon nak masuk streamyx kat rumah tapi sampai ari ni pun tak masuk-masuk juga. Marah? Memang tak payah tanya lah. Siapa tak marah. Ada dekat sebulan kot tunggu.

Kontraktor TM dah datang check konon-kononnya. Kalau setakat cucuk wayar telefon baru. Aku yang tak belajar langsung pasal telefon ni pun boleh buat. Mana tidaknya, sampai seminggu pun telefon tu still tak boleh guna. Pendek kata sampai hari ni pun telefon tu masih tak boleh guna. Haishhh belum lagi part nak tunggu orang streamyx setting segala.

Persoalannya disini. Memang macam ni ke? T_______T.


Lagi satu yang buat aku terkilan. Hmmm banyak betul dah aku ni membazir duit gitu je. Ha? Tak paham? Ok aku cerita. Last month last aku guna Celcom Broadband. Di sebabkan aku dah tak nak guna perkhidmatan bb yang saaaaangattt laju itu. Aku pun malaslah nak bayar bil. Biarkan macam tu je. Rupa-rupanya bil still jalan selagi aku tak stop account. Dapat email dari celcom bil aku Rm299.45 (sen tak nak kalah haha). Dan aku rasa kredit limit aku Rm250. Aku cuma tak bayar baru dua bulan. Tapi tengok jumlah bil tu. Tak ke rugi rm99 aku. Dah la tak nak kalah nak ambil pakej yang paling mahal tapi service macam teettt. Hmmm entahlah. So blogger kalau ada di antara kau orang yang situasi sama macam aku tak kisah la perkhidmatan apa yang kau orang ada dan rasa-rasa dah tak perlukan perkhidmatan tu stop account cepat-cepat ye. Jangan jadi macam aku ok T_T.


p/s : Nak pergi SJMC pula lepas ni nak lawat anak sepupu aku operation. Semoga operationnya berjalan dengan lancar. Amin~~


post signature

Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011

Selamat tinggal 2010. Tahun yang paling indah buat aku. Lagi-lagi tarikh ni 24 Julai 2010 saat aku bergelar seorang isteri :') Dan alhamdulillah awal tahun 2011 aku dimulai dengan cerita yang best-best pulak :) 

Malam new year kami luangkan masa bersama di SSL Traders Hotel kat Kamunting, Perak. Macam mana pulak boleh celebrate sampai ke sini? hehe. Actually esok adalah majlis bertandang classmate en.hubby masa dia study kat UiTM Penang dulu. Dua-dua pasangan pengantin ni classmate en.hubby memang mesti datanglah kan walau jauh macam mana pun (bukan ayat bodek ye leen & den :p)  Plan asal  nak balik hari je tapi en.hubby tiba-tiba kata nak stay satu malam kat sini sebab kalau nak balik hari memang penat susah nak kata. Dah la memang last minute plan apa lagi redah sajalah. Kata ada cerita best tadi kan? Ok Ok

Dari rumah kami pergi ke Kuala Lumpur(KL) dulu ada hal sikit. So bergerak ke Kamunting dari KL lah. Cerita best pertama. Tengok apa yang aku dapat..........
*
*
*
*

Yeay!!!! 31hb every month kan BR sale 31% aku pun tak melepaskan peluang lah :)


Tehehe jangan jeles ye. Kalau korang nak tunggu la next punya sale hehe. Yang tu pun en.hubby makan 1/4 je yang lain semua aku habiskan. Memang tak ada dinner la haha. Ok itu cerita on da way. Dah sampai exit tol Kamunting kami dah macam blur. Nasib baik ada en.Papago! (nanti lain kali upload pic ye tak sempat nak snap tadi) search la hotel berdekatan. Main redah je ni. Sampai-sampai tengok luar. 

"Macam mahal je ni." en.hubby kata
"Cuba tanya rate dulu berapa lagi-lagi malam new year ni."

Kat reception 
"Bla..bla..bla....Ada lagi bilik kosong en. Deluxe room Rm 118.00"

Tanpa berfikir panjang aku angguk je lah tanda setuju hehe. Cerita je tak best lah kan. Korang mesti nak tengok macam mana keadaan bilik ni kan. Ok mari kita layannnnn




View dari pintu masuk. Eh apa en. hubby buat tu :p


Sibuk dia nak kemas-kemas :)


Ada Lcd TV jugak tau hehe


Jangan risau barang berharga anda selamat! :)



Fridge pun ada juga la! Sila abaikan barang di atas fridge :p


coffee table siap ada cermin. Nampak bilik lebih luas. Suka :)


Toilet pun nak tunjuk? Nak tunjuk tu ada hair dryer jangan main-main hehe



Tengah asyik aku ambil gambar bilik tiba-tiba poowww powwwww. Apa tu? Ni lah

Taken from my room. Sebelah je fireworks nya :)


Jom layan gambar-gambar firework pulak hehe

Waaahhhhh

Fuuuuyooooooo


Uuuuuuuuuuuuuuuuuu

Dah habis :)





post signature