Apa pulak tajuk suspend ni? hehe. Tak ada apalah dua minggu lepas aku ada buat kek.( kek lagi? ) Belek-belek buku resepi rasa nak ubah pulak resepi tu. ( ewah ewah suka-suka je nak alter resepi orang ) Tak salah kalau kita mencuba kan? hehe. Ok aku tau mesti ramai yang sukakan Chocolate Indulgence Cake Secrete Recipe tu kan? Ha tekak aku ni pun rasa gatal-gatal nak makan kek tu. Nak beli sebiji mahal sangat pulak. Nak beli sepotong nanti tak cukup pulak. Fikir punya fikir aku baru teringat yang aku ada jumpa buku resepi tu. Apa kata aku alter jadi ala-ala Chocolate Indulgence Secrete Recipe tu. Ha memang aku buat pun. Ada la dalam seminggu juga aku kaji resepi yang aku jumpa tu. Takut takut tak jadi membazir pulak. Resepi yang aku jumpa tu ada la dalam 3 resepi. Dengan tekun aku membuat tup tap tup tap kelepek kelepik kelepuk ni lah hasilnya. Tengok je ye rasa tak boleh :p
|
Ish awat comot sangat neh? T_T. |
|
Bahagian dalam. Haish yang putih tu dah meleleh-leleh pulak..yumm :) |
|
Ha ni baru terang jelas hehe |
|
Alamak blur2 skit. Terketar-ketar sebab tak sabar nak makan :p
|
Dah puas tengok gambar? hehe. Ok banyak kesilapan kek ni. First untuk topping terlebih adunan sampai tebal sangat. Second yang putih tu adunan tak berapa sedap lepas ni buat sama adunan macam yang coklat terang tu. Lain-lain komen dari tukang makan hehe en.hubby kata kek tu lembab sangat. Ok lepas ni aku akan ubah resepi kek pulak. Overall rasa sedap sangat. Bukan nak puji diri sendiri tapi nak juga cakap sedap hahaha. Ok lah itu sahaja untuk entry kali ini. Selamat melihat hihi
UPDATE : Setelah perfect akan di buka untuk tempahan :)
P/S: patutlah kek ni mahal. Ingredient banyak dan mahal-mahal T_T.
naaaaaaaakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletemai amek dalam perut neh ;p
ReplyDelete