Thursday, January 27, 2011

Cerita Minggu Lepas

Sepatutnya minggu lepas dah update. Tapi sebab Streamyx ni lambat sangan masuk. Aku hold dulu cerita ni. Cerita tak hot mana pun tak macam cerita Fasha Sanda berbikini or Yuna dengan Qi? ke apa. Cuma cerita pasal anak buah aku yang tersayang je :) 

Last week Tiga Abdul ( Ammar, Amer, Anas ) ikut bondanya ( kakak sulung aku ) pulang ke kampung ( tempat aku stay sekaranglah ) memang kakak aku dah plan nak balik last week tapi menjadi kelam kabut bila bit bit ( bibik. Panggilan tu Ammar yang panggil ) dari Indonesia sampai lebih awal dari yang di jangka. Pengurus ( nampak macam formal plak. Maksud kat sini pakcik yang urus segala hal dari Indonesia ke Malaysia ) tak bagi tahu pun secara terang bila dia nak sampai. Sebab Pengurus tu pun duduk kat sana dah hampir dua bulan. So kartu ( telefon ) tak berfungsi dah la. Tau tau je pukul 2 a.m ada orang beri salam. Tak ke suspend di buatnya. Hmm dah bincang punya bincang tak apa tinggalkan bit bit kat KLIA. Masih ada lagi kawan-kawan dia kat sana. Bukan dia seorang. Seawal pagi sesudah subuh parents aku ke KLIA bersama Pengurus tadi. Aku tak ikut la. Nanti anak buah aku yang kat rumah ni balik sekolah tak ada yang nak ambil. Kakak aku tadi bergerak dari Kulim seawal mungkin juga ( kenapa aku kata seawal mungkin sebab dia memang tak akan pernahnya nak bergerak dari sana sesudah subuh :p ) Dia terus bergegas ke KLIA dengan membawa tiga abdul tadi dengan tak mandinya -.-'. Tup tap itu ini lepaslah bit bit tu dari Immigration dan di bawa pulang ke kampung ( untuk di train tehehehe ). Bila bit bit sampai aku plak yang jadi gugup semacam je haha. Tak biasalah katakan. Budaknya muda lagi baru 22 tahun tak silap. Ibu tunggal anak satu. Tapi kalau pandang muka aku dan dia mesti orang kata dia kakak aku ( perasan kejap tehehe ) Setakat ni ok la bit bit tu. Senang nak di ajar buat kerja itu buat kerja ini. Cepat belajar. Dia pun suka buat kuih. Bila aku buat Chocolate Caramel sebab ada tempahan dia berminat nak tahu macam mana nak buat. Aku ajar je lah. tak baik kedekut ilmu kan ;) Ok habis cerita pasal bit bit.

Sambung pasal Tiga Abdul ni tadi. Dia orang ni kalau balik kampung tak sah kalau tak jumpa sahabatnya. Siapa? haha. Jap lagi aku tunjuk gambar. Tempat tak la jauh dari rumah aku. Cuma dalam 10-15 minit je dah sampai. Yang bestnya lagi dia orang balik kali ni je sampai dua kali pergi sana. Aku dah bawak sekali. Lagi sekali dia orang paksa en.hubby bawa lagi. Tiga Abdul ni memang sayang sangat dengan en.hubby. Di sebabkan khamis lepas cuti. Kami pun pergi la lagi. Aku, en.hubby, ibu, muhd, tiga abdul dan bit bit. Hah, dah berapa orang tu naik satu kereta haha. Nasib baik la tiga abdul ni kecik lagi so muatlah 8 orang 1 kereta. Tapi bila cuti tak boleh bawa kereta naik. Kene naik keretapi. Kira ok la. Tambang tak mahal mana pun. Dewasa Rm 2. Kanak-kanak Rm 1. Mesti kau orang tak sabar nak tau siapa sahabat mereka ni kan. Ok mari kita layan sama-sama hehe 


Taraaa...ni la sahabat mereka tihihi

Anas bersama bit bit


Ni bukan bersalaman ye. Montey ambik kacang tanah dari tangan Anah Jai (3  tahun) hehe
Close Up Anas bagi makan kat montey :)


Amir bersama bit bit. Amir abang kepada Anas. Tapi takot hihi

UPDATE : gambar keratapi tak sempat nak ambil T_T.


P/S : Kualiti gambar tak bagus sebab guna kamera handphone. Sori
post signature

2 comments:

  1. kureng punye makcik!!!
    sahabat ak buah nyer upe nyer...ceehhhh
    sabau jee laaa...

    ReplyDelete
  2. hahahaha...
    yelah...dia orang tu kalau balik tak sah tak pergi bukit melawati nun kahkahkah

    ReplyDelete