Assalamualaikum...
Eceh...dan dan je intro baik bukan main. Eh kan lebih elok memberi salam dahulu sebelum bertutur. Betul tak? ha yang baca tu dah jawab salam tu ke belum? WAJIB jawab tau kalau tak jawab dosa aku tak tau!
Alhamdulillah..Aku masih di berikan nyawa sehingga hari ini untuk menikmati hidup di dunia yang indah ini serta dikelilingi orang tersayang :) Hari ini adalah tahun baru bagi umat islam sedunia. Tutup buku lama dan buka buku baru (apalah agaknya yang tercatat dalam buku lama aku tu. Mudah-mudahan lebih banyak yang baik dari yang tak baik =_=')
Salam Maal Hijrah 1443H kepada semua umat Islam di dunia ini.
Semoga tahun baru yang akan datang ini kita semua di berikan
keberkatan hidup dan di limpahi rezeki yang lebih baik dari sebelumnya.
InsyAllah.. :)
Seperti tahun-tahun sebelum ini. Kita sebagai umat islam di sarankan untuk membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun. Kat sini aku tepek sekali doa akhir tahun dan awal tahun untuk memudahkan kita semua membacanya
Doa akhir tahun
Seeloknya di baca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib.
Ertinya :
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.
Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.
Doa Awal Tahun
Seeloknya di baca 3 kali selepas solat maghrib.
Ertinya :
Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga serta sahabat Baginda sekelian.
Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.
Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabatnya.
No comments:
Post a Comment