Friday, February 15, 2013

Kekejangan Otot Kaki??

Bagi ibu mengandung, symptom kekejangan otot kaki (ada yang gelar kejang ular) mostly akan berlaku kepada anda. Kebiasaannya akan berlaku semasa waktu tidur dan lebih tepat lagi ketika hendak mengallih posisi tidur. Sekiranya silap langkah pasti akan kena kekejangan di bahagian betis dan ada juga sesetengah di bahagian peha. Dahulu di awal kandungan (2nd trimester) aku kerap kena kekejangan otot kaki ni. Boleh di katakan seminggu sekali mesti kena. Sakitnya Allah saja yang tahu. Setiap kali kena memang abanglah yang jadi mangsa. Aku akan terjerit-jerit meminta tolong "Abang..abang..cramp..cramp!!" sambil gerak dia bangun. Nasib baik abang senang nak bangun. Pernah sekali tu, abang pula jerit minta tolong "Sayang..cramp..cramp!!", aku pun kelam kelibut bangun nak check kaki, tiba-tiba abang kata "Bukan kaki, tangan cramp". Erk, aku dah confuse tangan cramp?? Rupa-rupanya tangan abang kebas. Abang pun dah confuse antara kebas dengan cramp. Daripada tengah sakit boleh gelak sakan pagi-pagi buta. HAHAHA.

Ok sambung cerita. Bila bercerita dengan colleagues kat office, mereka kata memang symptom bagi ibu mengandung akan kena kekejangan otot kaki ni. Ada juga yang kata sebab kekurangan kalsium. Mula-mula macam tak percaya. Apa kaitan pula kejang dengan kalsium? Maka aku pun mencari mr.google (dah terkena batang hidung sendiri baru sibuk cari info T___T). Macam-macam info dan tips aku jumpa. Salah satunya adalah: 

Source

Alhamdulillah dah makin kurang terkena kekejangan otot kaki di hujung kehamilan ni. Apa yang telah aku praktikkan adalah tidur mesti alaskan kaki dengan bantal. Bagi kaki tinggi sikit maka peredaran darah akan menjadi lebih lancar. Jadi, sekarang aku tidur memang di kelilingi bantal sahaja. Kiri, kanan untuk alas perut ketika baring mengiring. Atas untuk kepala dan bawah untuk kaki. Kepada sesiapa yang merancang untuk mengandung sila siap sedia juga dengan bantal yang banyak ye. HAHA. 

OK. Setiap kali aku terkena kekejangan otot kaki ni, apa yang selalu aku suruh abang buat adalah tolak tapak kaki kehadapan sambil tekan lutut macam gambar kat bawah ni: 



 Masih tak faham lagi macam mana? Tengok pula yang ini

Source

Tapi tak adalah sampai angkat kaki segala. Kaki masih dibawah. Propa lebih saja gambar ni -___-' 

Semoga entry ini dapat membantu ibu-ibu mengandung di luar sana ye. Sharing is caring! As-Salam.

Tuesday, February 12, 2013

Astro #2

Ingat tak entry ini. Sepatutnya dah lama aku update pasal cerita ni. Maaflah ye. Sebab excited sangat dapat tengok astro kot jadi lupa terus. Setiap kali tengok bill baru ingat dan setiap kali itulah ada saja halangan. Dah hampit setahun dah kisah ini. Bila tak update apa yang berlaku rasa macam tak best pula. Rasa cerita tergantung macam sesetengah cerita melyu yang ending tergantung T___T

Ok. Berbalik pada kisah bill astro yang sudah di charge sebelum kami mendapatkan service. Apa yang kami lakukan, pergi semual ke kedai agent. Bincang secara baik. Benda dah jadi nak maki hamun tak tentu pasal pun tak guna juga kan. Biar selesai secara baik lebih elok. At  last, agent kedai akan uruskan dengan pihak astro. Memang begitu pun sepatutnyakan? Mereka ambil first bill yang tak sepatutnya di hantar itu. Tapi sebelum itu, jangan lupa simpan copy bill tersebut sebagai bukti untuk anda sebab mereka akan ambil bill yang original. Terpulanglah samada nak photostat ataupun ambil gambar bill tersebut. Kalau buatnya agent tersebut tidak amanah, di buang atau terhilangkan atau sengaja hilangkan bill tersebut sekurang-kurangnya kita masih ada lagi bukti. Ini PENTING! Ini yang selalu kita lupa nak buat.

Tak lama selepas kami pergi berbincang dengan agent astro tersebut, dalam dua minggu jugalah pekerja dia datang pasang. Apabila kami tanya berkenaan status bill tersebut, mereka menjawab pihak astro akan menganggung segalanya. Ini bermakna kami akan dapat bill baru bermula dari tarikh hari pertama pemasangan astro. Alhamdulillah selesai sudah masalah. Tak perlulah nak menanggung beban yang bukan sepatutnya.

Kepada anda di luar sana yang mampunyai masalah sama seperti ini. Lebih baik bawa berbincang elok-elok dengan pihak yang terlibat. Aku faham, ada juga sesetengah orang yang just take for granted benda-benda seperti ini dengan alasan tak cukup masalah nak pergi selesaikan. End up bayar sahaja buta-buta. Sikap seperti inilah yang tidak sepatutnya di amalkan. You have to pay what you have to! Janganlah rasa murah hati sangat nak bersedekah. Lebih baik duit itu anda gunakan untuk bersedekah di masjid-masjid atau surau-surau kan lebih elok. Peace! :D

Saturday, February 2, 2013

Change Tittle Blog Again!

As-Salam,

Rasanya dah tiga kali tukar kot atau lebih? Entah T___T. Kenapa tukar? Bila dah nak jadi ibu ni rasa perlu lebih matang. Tittle blog sebelum ni terlalu am bagi aku. Sesiapa pun boleh guna. Kali ini (harap yang terakhir tak nak tukar-tukar dah) aku ada menyelitkan nama sendiri walaupun bukan nama sebenar tapi rakan-rakan lebih kenal aku dengan nama itu. Bila guna tittle blog baru ni rasa lebih matang pula Hahaha *sila gelak puas-puas*

Ok bai!

post signature