Tuesday, March 27, 2012

Follow-Up 7

As-Salam.. 

Hari ni check-up aku untuk kali ke-7 selepas membuat D&C tempoh hari. Sangat berharap dengan berita gembira seperti "ok you can start planning for your pregnancy from now". Tapi.. tapi.. tidak sebegitu indah rupanya tetapi tidak sebegitu buruk juga.

Kali ini aku paksa en.hubby follow sekali untuk berjumpa dengan doctor supaya doctor boleh berlembut hati atau apa tetapi malangnya berjumpa dengan doctor lelaki yang memang tak akan memberi kesan pun kepada keputusan beliau bila aku bawa en.hubby pun :/ 

Berkenaan dengan result. Alhamdulillah..alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana telah pulihkan kembali kesihatanku. Aku ada bagi tahu kan kat sini. Result untuk hari ini sama juga. Reading for BHCG aku normal seperti orang lain <1.2 :) Bermakna start dari bulan December tahun lalu sehingga ke hari ini aku sudah kembali normal seperti orang lain.

Aku tak nak banyak tanya pun pada doctor. Aku cuma mahu tahu bila aku boleh start plan for pregnant. 

Jawapannya.....



Masih tak boleh lagi buat masa ini :'( Mereka masih nak pantau BHCG aku sehingga next check-up aku bulan Jun akan datang. Baru plan nak dapat anak bulan January atau February next year -____-". Dalam hati tak payah tanyalah memang betul-betul tak sabar nak dapat anak sendiri. Seronok tengok orang sekeliling, rakan mahupun keluarga yang dapat baby. Berkongsi kegembiraan bersama-sama anak mereka. Oh! Bahagianya. Memang sangat-sangat tak sabar untuk saat itu :)

Tak apalah. Sesungguhnya aku redha. Redha dengan ketentuan-Nya. Mesti ada hikmah di sebalik semua yang telah di tetapkan ini kan. Mungkin aku akan dapat bertter offer. MUNGKIN *oh! ada niat nampaknya untuk berhenti di tempat kerja sekarang ni T_T* Atau mungkin en.hubby akan diberikan rezeki mendapat mana-mana projek besar dahulu sebelum kami menimang cahaya mata sendiri. MUNGKIN. Amin.. Amin.. untuk itu :)

Apa yang aku dapat hasil berjumpa dengan doctor kali ini adalah ini :



Lama dah tak makan ni last makan bulan Julai last year  :)


Dia (doctor) hanya nasihatkan aku untuk makan dulu vitamin ini. Lebih elok di makan tiga bulan awal sebelum merancang untuk pregnant. Bagus untuk perkembangan baby nanti katanya. Jadi, bolehlah aku dan en.hubby meranacang dari sekarang untuk dapatkan samada baby boy atau baby girl kan kan :''>



post signature

4 comments:

  1. waa dh strt makan folic acid,kire ok la 2...xpe la anne,mane tau Allah nk bg dabel..ganti yg hr 2..mane tau kn..take care dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena start amek folic acid dari sekarang lah :D
      double?? kembar?? bestnya lah kalau betul dapat :)
      thank you dear..u to take care always

      Delete
  2. boleh x nk tau what the reason diorang still tahan u dr mengandung lagi sedangkn bhcg u dh back to normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dalam term molar pregnancy. BHCG mesti stabil 6 bulan and after that baru boleh pregnant semula. Just incase faktor umur mereka akan bagi peluang untuk pregnant. Macam saya, still under 30th so mereka nak pantau betul-betul. Lagi pun saya cuma buat D&C hanya sekali berbanding normal case buat dua kali.

      Delete