Hari ini aku MC seperti biasa bila ada follow-up check-up Molar Pregnancy aku. Walaupun kerja tengah banyak kat office tu. Let it be. Masa cuti tak perlu fikir tentang kerja hewhewhew. Memang syok sangat bila orang lain cuti 3 hari tetapi aku bercuti selama 4 hari ^_____^. *sila kembali ke alam realiti yang esok kau dah kena kerja T_T*
OK. Teruskan cerita. Hari ini aku sampai awal di Hospital sebab tak nak kejadian lepas berulang kembali =_='. Budget nak sampai pukul 11. Tapi hurm.. biasalah kalau dah kat rumah malas saja nak bergerak dari katil. Last-last sampai hospital kurang 10 min pukul 12pm. Alhamdulillah kereta tak banyak. Jadi perjalanan ke Hospital smooth saja cuaca pun elok saja. Sampai di Hospital seperti biasa penuh dengan patient. Tunggu giliran number owh.. I'm the first one. Harap-harap dapat balik awal.
Tunggu punya tunggu. Dapat jumpa doktor pukul 1.30. Sekejap saja kan aku tunggu nak jumpa doktor =_='. Jumpa doktor. She said my BHCG reading was <1.2. Hah? Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Korang ingat tak ni? That means aku dah boleh pregnant semula kan? kan? Tapi sayang.. Doktor kata nak monitor lagi reading BHCG aku. Paling awal aku boleh pregnant pun maybe bulan 7 tahun depan. Rasa macam la lagi kan? Tapi aku percaya. Allah ada sebab tersendiri. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya. Doktor cuma pesan keep use PROTECTION dan jangan makan jamu segala. Baiklah doktor!
*Tak sabar nak pregnant lagi :)*
hye, nak kulit cantik&sihat?
ReplyDeletesaya ada menjual vitamin.
berkesan dengan harga yang berpatutan
:)