Thursday, December 30, 2010

TAHNIAH ;)

Hoyeaahhh!!!! Disebabkan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki pagi ni aku gagahkan jua bangun pagi dan lepak-ing kat CC. Waaaaahhhh semangat gitu hikhik.

Okey. Aku pun nak jugak lah sibuk-sibuk wish kat pemain Malaysia yang hebat belaka nih.

CONGRATES U OLS!!! U ALL MEMANG TEERRRBAAAIIKKK!!!! HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA!!! adakah aku lepas ni akan jadi seperti aku sewaktu kecil dahulu yang terlalu obses dengan team bola sepak Selangor zaman gemilang Azman Adnan dulu sampai sanggup gunting gambar dan tampal dalam buku ala-ala buku scrap gitu :p

Haha apasalahnya kan hehe. Tapi yang paling penting aku sangat-sangat suka adalah En.Hubby balik malam ni!!! Yeaayyyyyy!!!! (terima kasih sekali lagi kat team player bola sepak Malaysia yang menyababkan Jumaat esok cuti ^-^ )




post signature

Monday, December 13, 2010

LEPAK-ing

Waahhhh... Tajuk selalu je tak nak kalah haha. Ya, sekarang memang aku tengah melepak ( buat-buat lupa yang aku ni adalah isteri orang tsskk ) Tapi tolong ya aku bukan melepak seperti budak-budak sekolah yang tak pernah ada arah tuju tu. Melepak di shopping mall bersama kawan-kawan. Please-lah bukan aku OK tehehe ( padahal pernah juga melakukan itu semua suatu ketika dahulu T_T ) 

Aku sekarang sedang menikmati Banana Cheese ( first time rasa ni tak tau la rasa apa ) bersama Jasmine tea kat Secret Recipe dekat dengan rumah aku. Apahal lah pulak yang kau pergi melepak sana? Hmm dukacitanya Broadband  ( BB ) aku dah kene barred :( Bukan tak nak bayar. Tapi sedang berfikir-fikir nak tukar ke streamyx atau tak. Hmm leceh la guna BB ni sekejap laju sekejap lembab macam siput. Kadang-kadang dah over limit usage memanglah bulan tu lembab je. En.hubby kata tunggu aku dapat kerja mana sebab kalau dah pakai streamyx nanti dah susah nak bawa ke hulu ke hilir hmm. Tapi aku memang dah tak boleh sabar dengan BB neh T_T. 

Aku tadi sebenarnya dari Balai Polis. Hah? Kenapa pulak dah kau ni? Tehehe tak ada apalah. Aku pergi bayar saman trafik la. Hari ni kan dah 13hb lagi dua  hari tinggal 50% discount untuk saman trafik. Lepas tu dah tinggal 30% je. Haish duuit jugak tu kan. Orang ramai tak? Hmm macam tak biasa pula. Rakyat Malaysia kan memang suka discount-discount ni. Tak kiralah discount apa mesti ramai orang lah. Lagi-lagi kalau discount baju macam kat SOGO ke tehehe. Aku budget pergi petang-petang tak la ramai orang sangat rupanya sampai keluar pintu -__-". Nasib baiklah aku yang bijak bistari ni masuk terus ke dalam. Ha memang betul tekaan aku. Yang beratur sampai keluar pintu tu semua nak check berapa saman yang kena. Kalau aku follow je beratur tak ke menaya diri T_T. Penat beratur tekak terasa haus. Tu lah yang terus lepak-ing kat sini :) 




 
***Jangan marah ye en.hubby :p 



P/S : Banana cheese ni not bad jugak. Boleh la try siapa yang suka cheese tu. Dalam dia ada rasa real banana + nut sikit.



post signature

Thursday, December 9, 2010

Funfair

Walaupun dah beberapa hari yang lepas tapi aku tetap juga nak ucap Salam Maal Hijrah to all of you yang baca blog aku ni (ada yang baca ke? :p) Semoga tahun ini menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Baik macam mana? Baik dalam semua hal lah. Akidah dan Ibadah amin~~


Bukan taknak wish time Maal Hijrah lepas tapi masa tu aku sibuk. ( cehh mulalah nak buat cerita nak backup diri ) Betullah hari tu aku sibuk buat Blueberry Cheese Tart dengan en.hubby. Ada order 50pcs. Thanks Kak Dilla. Sedap x? tehehe. Kalau en.hubby tak tolong memang tak kan sempat siap petang tu. Aku start buat tengah hari sampai ke Maghrib baru siap. Jadi, kami menghabiskan masa di rumah je lah siang tu. Tapi sebelah malam memang membelas dendam hahaha. Bukan balas dendam apalah. We all enjoy the Fun Fair tehehe.

Memang dah lama tak pergi Fun Fair ni. Aku rasa dah ada dekat 5 tahun kot. Last pergi masa aku still study Diploma. Actually saja je try ajak en.hubby disebabkan kat rumah tak ada orang. Parents aku pergi balik rumah Kak Anja anak dia Alya masuk wad main dengan Kak Long jatuh terlentang. Alhamdulillah dah discharge pun. Ada pun tengah berlari sakan kat rumah sekarang ni ha. Hmm budak-budak mana nak pernah serik T_T. OK sambung pasal Fun Fair tadi. Sampai je Fun Fair aku dah hilang arah rasa macam nak main semua permainan tapi rasa cuak pun ada (ceh sejak bila entah aku rasa cuak segala mengada lah tu nak manja-manja ) At last we all decide main dua permainan je. Tikam-tikam ni tak mainlah. membazir duit je.


First main Bumper Car mula-mula nak main tengok tak ada orang sekali dah masuk penuh pun hehe barulah seronok nak main. Second we choose  alamak tak ingat nama la. Ala yang pusing-pusing tu. Dulu kat Titiwangsa ada "Eye On Malaysia"  kalau tak silap nama dia. Ok kita layan gambarlah nak cerita pun tak ingat nama T_T.

Macam budak-budak je peace segala haha

En.Hubby tercinta :)

Us.. Happy together

Kenapa macam ni? haha cuak la masa ni kami diberhentikan kat atas sekali sebab ada orang lain nak naik T_T.

Itulah yang kami naik. Tau dah kan

Eh kenapa ada pic ni pulak?


Tehehe sebelum ke Fun Fair sempat ajak en.hubby singgah di SenHeng rembat itu. Yeayyyy!! Lepas ni dah tak sakit tanganlah penat pegang mixer weeewwwww :) Thanks honey!
 

*** Pic masa main bumper car tak sempat nak snap sebab tak sabar nak main sangat :p

post signature

Saturday, December 4, 2010

Cuba-cuba

Last week my SIL private massage inbox me at facebook..

"nxt week nk mntk tlg wat chocolate cube 2 leh?nnt akk beli bhn dia..hi..hi.." SIL tanya..
"chocolate cube? yg mane?" aku tiba-tiba jadi pelupa
"ala..yg awak buat ms raya aji 2...pe ntah nm dia.. klau buat 2 dulang..bp nk beli bhn2 dia..bla..bla..bla..."

Ingatan aku dah pulih balik dah haha. Boleh aku lupa sebab my SIL tanya chocolate cube. Trus jadi blur-blur T_T. Ok apakah itu? Ala yang itu. Yang mana? Yang itu la. Ish..tampar kang. Haha OK OK yang ini.

Kali ni aku nak cuba buat kat loyang kek yang baru aku beli tu. Sebab nak tengok macam mana nak guna (ada ke patut buat eksperimen kat kuih orang lain ish..) Tapi alhamdulillah..tak rosak pun kuih tu. Jadi dan nampak macam kek lah hehe. Apa? Nak tengok? Yelah..aku tunjuk la ni
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tadaaa~~
Ni lah hasilnya

Oooo gelak ye. Takpe takpe gelak la sampai puas. Aku bagi chance T_T. Aku tak register lagi kursus hias-menghias ni. Tunggu la aku dah join kelas tu nanti mesti hasil jadi superb tehehe. Owh korang kata tak nampak ye tulisan apa yang aku cuba buat tu? Oklah.. aku bagi jelas sikit
*
*
*
*
Dah dah tak payah nak bawah-bawah sangat T_T.

Sekarang dah jelas? -__-"

*** tak muat la nak letak huruf 'Y' :p


"Happy birthday Asyraf 4th years...unty anne wat ni special untuk asyraf tau tehehe. Nanti present mintak kat anjang ye :)"


post signature

Thursday, December 2, 2010

MAHA 2010

Seminggu ni kat wall facebook ramai yang bersosial tentang MAHA. Aku pun tak ketinggalan lah nak juga tahu apa yang ada di Maha 2010. Walaupun sebelum ni dah ada MAHA ni. Tapi aku tak pernah ambil tahu dan rasa nak pergi pun haha. OK lets share


What is MAHA?

MAHA is stand for Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism


Where is it?

The venue is at Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS) near UPM Serdang and Hospital Serdang. Its have two entrance. Entrance one is from Hospital Serdang while entrance two is from UPM Serdang.


How long the MAHA operation?

From 26 Nov - 5 Dis 2010 (Only 3 days left) Sempat lagi nak pergi hehe

10 a.m to 10 p.m


What you will get?

Wahh..ni yang tak tahan nak jawab ni. Booth memang terlalu banyak. Ada four halls only for open booth. Larat tak larat je nak round. Macam-macam entrepreneur local and international tak ketinggalan membuat promosi produk mereka. Tapi terus terang aku kata memang aku berbangga menjadi Rakyat Malaysia. Melihat hasil usahawan-usahawan negara awesome. Memang rambang mata rasa semua nak cuba beli dan rasa hehe (nasib baik boleh tepis lagi dugaan tu semua :p) Ini baru cerita pasal booth.

Kawasan MAEPS ni sangat luas. You all boleh juga melawat beberapa tempat as below :

1. Mardi Ingredients & Vegetables Showground

2. 13 States Pavillions

3. Fama Fruit Stalls

4. Mardi/Mada/Kada/Bernas Paddy Showground

5. Livestock Showground

6. Aquaculture Showground

7. Pineapple Showground

8. Flouriculture Showground

All place above memang jauh-jauh tapi don't worry public transport di sediakan secara Percuma untuk ke tempat-tempat tersebut.




Kalau nak round semua tempat satu hari memang tak cukup tehehe. That's why aku pun tak sempat nak pergi semua. Dalam tak sempat tu pun sempat jugak la rembat ni tehehe


Hanger tudung Rm 13 sahaja.

Kenapa murah? Sebab yang ini jenis yang nipis sikit. Aku pernah beli kat IKEA RM29.90 if tak silap. Kenapa mahal? Sebab jenis yang itu tebal sikit :)



Papadom~~

Dari India. Murah..murah hanya RM 1 sahaja. Rugi kalau tak beli. Dapatkan kat Dewan A.

Lunch ni kami sekeluarga makan nasi bersama papadom yummmy~~ tehehe



Handmade Chocolate.

Produk TASNEEM dari Ulu Kinta, Perak. Produk ni register atas Lembaga Koko Malaysia. Memang banyak choice sampai pening aku tak tau nak beli kt booth yang mana satu :p



Ibu bersama bee~~

Tak sure ni mascot apa. Ibu tengah duduk-duduk tunggu aku merayap sorang-sorang kat dalam Hall B tu sempat tahan mascot ni snap pic bersama sebab nak tunjuk kat anak buah aku yang tak ikut tehehe.



To all blogger jangan lepaskan peluang. Jom ramai-ramai pergi ke MAHA 2010. Support Malaysia Industry :)



*** Aku pergi MAHA ni ikut rombongan Sekolah Kebangsaan Tanjung Karang. Memang happeninglah melayan budak-budak tahun enam :) Aku boleh join sebab ibu AJK PIBG. Tumpang sekalilah haha


post signature


Tuesday, November 30, 2010

Shopping

Hooyyeaahhh....... :)

Secara rasminya aku nak inform yang aku ada buat business online!!! :)

Macam-macam ada (versi iklan astro ) tehehe

Dengan itu, aku nak jemput all blogger to come at my site :


E-SHOP @ LADYBURD

WELCOME..WELCOME...


Support me ya..Thank You :)

post signature

Monday, November 29, 2010

Tak fit dah :(

Hmmm... Apa dah jadi???? T_T


Seriously aku kata aku memang dah tak fit langsung! -_____-"


Tolong okey! Aku naik tangga dan masuk bilik. Dah sampai bilik termengah-mengah. Apakah? huhu. Aku dulu tak macam ini pun. Aku dulu kalau kata nak jogging padang bola 3 round pun tak ada masalah (hepp..bukan nak berlagak ke apa memang kenyataan ya) Tapi sejak aku further Degree memang dah tak aktif mana. Kalau ada bersenam pun main futsal sahaja. Itupun kadang-kadang ikut en.hubby main dengan classmate dia. Masa tu memang main mix lelaki perempuan pun tapi tak kisahlahkan. Asalkan tak ada adegan peluk-peluk dalam court!


Dulu masa aku Diploma aku memang aktif sampai aku pernah cecah berat badan 45kg je! OMG! Masa tu memang tak percaya. Aku boleh pakai jeans straight cut saiz 27 waaahhh... Hmm.. Aku ni dari sekolah memang agak chubby sikit. Tapi takde lah over chubby. Sikit je. Kira macam orang kata sedap mata memandang tapi aku tak suka itu. Sampai bila aku zaman Diploma tu ya aku memang suka. Badan ala-ala model gitu (gelak la sampai puas huh!)


Tapi keadaan berubah bila aku futher Degree. Start duduk rumah sewa nak masak apa pun boleh dan dengan tak banyak bersukan berat badan aku naik sikit. Tapi tetap maintain 48-49kg. Tak apa. Ok lagi. Aku boleh terima. Aku tak boleh terima bila aku dah habis study. Duduk rumah tak buat apa-apa walaupun masa tu aku ada buat kerja sikit tapi tak perlu berlari ke sana ke sini hanya duduk di meja sahaja membuatkan berat badan aku bertambah lagi! Ayyakkk.. Lagi-lagi masa tu ada rezeki lebih. Itu membuatkan nak makan apa sahaja aku boleh. Tak perlu berfikir panjang masuk terus dalam kedai dan order makanan. Keadaan itu membuatkan berat badan aku naik lagi menjadi 50-52kg T_T.


Aku mula sedar nak turunkan berat badan sebab aku rasa peha aku semakin membesar rasa berlaga-laga peha bila berjalan. Itu tak seronok OK. Ada lagi satu sebab yang membuatkan aku sedar. I AM GETTING MARRIED. Ya masa tu bulan enam dan aku akan berkahwin bulan tujuh. Gila kau dalam masa satu bulan kau nak turunkan berat badan sampai 5kg? Tapi aku tak gila nak ambil supplement kurus what so eva. Aku hanya TER mendaftarkan diri di fitness first +_+. Memang semangat masa mula-mula. Yelah nak kawin kan. Takut baju pengantin tak muat lah. Nanti macam mana atas pelamin nampak ok kah? Cantik kah? Hmm..tapi aku hanya mendisiplinkan diri aku ke fitness first tu untuk tiga bulan sahaja. Ngam-ngam sampai majlis bertandang di rumah en.hubby. Lepas tu aku pun freeze-lah account aku sampai bulan December ni last (tapi rasa macam nak freeze lagi atau stop terus? T_T)


Hmm.. Sekarang selepas berkahwin Empat bulan aku bergelar isteri. Berat badan aku tak payah tanyalah. Memang aku tak suka berat badan sekarang ni T_T. Sampai sekarang aku habis write entry ni pun masih rasa sesak nafas. Adakah aku di serang penyakit lain? No lah T_T.


2006 ~ Miss this moment

post signature

Merempit

Malam minggu lepas aku dan en.hubby rewang* kenduri kat taman perumahan aku ni. Plan nak pergi lagi satu kenduri tapi en.hubby lewat sampai hujan lebat dari Gemas-Shah Alam katanya. Tak boleh bawak laju-laju. Tak apalah biar lambat asal selamat :)

*rewang=gotong-royong


Di sebabkan parents aku dah pergi dulu. Aku dan en.hubby pun merempit lah tehehe. Dekat je kan. Membazirlah kalau bawak kereta. Naik motor lagi jimat :p


Jom kita layan pictures merempit haha..


Orang sibuk bawak motor dia sibuk snap pics! haha


Just arrive at home :)


Ini lah motornya tehehe ;)

post signature

Saturday, November 27, 2010

Kenduri Kahwin

Dulu-dulu selalu ikut parents aku pergi kenduri kawan-kawan diorang. Sekarang ni turn aku pulak lah pergi kenduri kawan-kawan aku pulak. Lagi-lagi dah berkeluarga tak sedap pulak lah tak pergi jemputan tu kan. Tapi bila cuti sekolah je aku dah mula penin. Tak tahu nak pergi yang mana satu. Kalau dekat-dekat boleh la arrange masa. Ini satu hari ada yang kat utara la kat timur la kat barat la kat selatan la (ceh..cerita nak sedap je :p)


Untuk minggu ini, aku ada tiga invitation. Dua kat Kedah jauh-jauh pula tu -___- dan satu lagi kat Ampang. Yang kat Ampang tu rumah isteri rumah suami kat Perak. Tak kisahlah kan isteri atau suami adalah kawan aku. Bila mereka dah berkahwin dua-dua pun kawan akulah. So, aku dan en.hubby decide untuk pergi yang kat Ampang ni. Dekat lagipun en.hubby ada hal yang perlu di uruskan. Tak dapat lah nak pergi yang jauh-jauh tu. Kalau tak boleh gak aku makan angin hikhik. Itu cerita pasal kawan-kawan yang invite officially atas nama Najihah dan Mohd Adlan. Belum kira lagi yang dekat-dekat dengan rumah aku. Kat dalam taman ni dah ada satu. Lagilah mesti datang. Ada lagi satu anak kawan ibu aku walaupun aku tak berapa rapat dengan anak dia tapi aku kenal lah. Mesti pergi juga hmmpp T_T. Tapi tak apa juga. Tak payah masak. Makan kenduri sajalah :p


Di kesempatan ini aku nak mintak maaf awal-awal la ni kat kawan-kawan aku yang kenduri kat Kedah tu. Aku dan en.hubby tak dapat datang. Maafkan kami. Nant lepas kenduri kita jumpa :) Terima kasih invite kami ye dan Selamat Pengantin Baru kepada Irfan dan isteri serta Aswad dan isteri. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat amin~ :)


Macamlah mereka tu baca blog aku ni. Hmm.. Tak kisahlah :p



Promote khemah kat rumah ka? tehehe..


Gambar tak ada kena mengena :p

post signature

Thursday, November 25, 2010

Annoying lah!

Haishh... Hari ini aku pergi ke BSN(Bank Simpanan Nasional) semua orang tahu lah. Tak perlu mention pun T_T. Oke oke bukan nak cerita pasal BSN tapi nak cerita pasal Staff kat situ. Hmmpp aku pergi sana sebab nak buat Western Union(WU). First time nak buat rasa macam menggelabah sikit lah. Ish betul ke macam ni. Ish kalau salah nant habislah duit aku -___-".


Biasalah kalau transaction online ni mestila 'lems' sikit. So aku pun kene lah tunggu sekejap. Sekejap tak sekejap sempat jugak Guard Polis kat BSN tu promote kat aku Sijil Simpanan Premium. Itu satu hal, satu hal lagi masa nak buat WU tu banyak tanya staff dia tu.


" Eh dik, nak hantar ke mana ni? Nak buat apa ni?"


Tak salah bertanya. Aku faham sebagai Staff Bank berhak nak tanya untuk memastikan kita tak kene tipu. Tapi tanya sikit-sikit sudahlah dan sorang yang bertanya cukuplah. Ini semua nak sibuk tanya. Kerja manalah itu lah ini lah. Bila aku kata aku duduk rumah tak percaya pulak. Hmmpp T_T.


Berbalik pada Guard Polis tadi, aku dah kata aku tak mau aku tak mau la. Bila aku dah tak mau tu sibuk pula nak mintak no telefon segala. Tunggu punyalah lama. Dah tak tau aku nak berdolak dalih apa lagi.


"Nanti saya bawak mak ayah saya datang sekali"


Hahah. Sampai alasan tu yang keluar dari mulut aku. Settle je semua aku terus chow~~


Nak di jadikan cerita. Aku yang cuai ni pun bijak pandai sangat sampai terlupa kunci kereta letak kat mana. Siap sempat pergi kedai cari barang masih tak perasan kunci kereta tak ada. Aku pergi kedai berdekatan dengan BSN itu je sebab tu tak perlu nak drive. Aku sedar je bila aku keluar kedai tu nampak Guard Polis tadi. Mula-mula suruh lebih sedap di kata 'Paksa' aku beli Sijil Simpanan Premium tu. Kalau tak dia tak nak bagi kunci kereta. Aku dah macam nak marah dah. Tapi boleh sabar lagi. Dia tengok aku macam dah lain kot then dia ubah pulak mintak no telefon aku. Aku dah geram tapi muka masih boleh cool lagi terus menuju ke BSN tu semula konon-konon nak cari kat dalam baru lah Guard Polis tu bagi. Huh!


Entah kenapa aku pun tak bagi tau yang aku Just Married! T_T.


post signature