Uiihhhh...hujung minggu yang sangat busy sampai tak sempat nak update blog langsung hikhik. Mana taknye...
Hari Sabtu,
Pagi-pagi dah bangun(bukanlah pagi mana pukul 9 jugak :p) semua sebab my sis Kak Anje dah tuntut kat aku suruh buat Dadu Coklat Karamel tu lagi sebab anak-anak dia suka sangat. Masa Raya Aidiladha aku buat berebut-rebut semua nak habiskan. Kenalah buat jugak sebab Kak Anje dah siap beli bahan-bahannya dah dan aku adik yang mithali ini tak sampai hati nak menolak. Aku buat jugalah T_T. Tapi bukan buat satu tray. Buat sampai dua tray okeh. Yelah, tak kan lah buat satu tray je untuk die. Habis, orang yang tinggal kat umah parents aku ni mestilah nak sama kan. En.hubby pun mestilah nak jugak kan. Tehehe.. Buat kuih sampai lambat masak untuk tengahari. Nasib baik parents pergi kenduri kahwin. Selamat..kalau tak mesti terkocoh-kocoh masak :p
***terkocoh-kocoh=tergesa-gesa
Minggu ni aku dan en.hubby dah plan kami akan stay di puchong rumah SIL's yang baik hati tu(ayat bodek :p) sebab kami ada hal nak buat. Hal keluarga(waaahhh..macam gah je bunyinya haha) sebuk buat kuih sampai lambat siap nak jumpa en.hubby. Nasib baik lah en.hubby tak marah(mana boleh marah sayang adalah :p) Di sebabkan tunggu aku punyalah lama. En.hubby pergilah ke kedai kazen kami. Plan nak pergi satu kereta dari Puchong. Tapi sebab aku dah lambat En.hubby pergi dululah. Jimat masa tehehe.
Habis cerita hari Sabtu(yang the rest tak boleh cerita sebab cerita keluarga :p)
Ini untuk rumah Kak Anje. Sehari je dah tinggal banyak tu. Conform skarang dah abes :p
Ini untuk kat rumah parents aku. Anak buah aku bedal sorang sampai separuh -_-"
Hari Ahad,
Bangun pagi-pagi lagi. Kali ini betul-betul pagi. Bangun solat Subuh terus tak tidur dah. Hari Ahad selalu ramai yang bangun lewat. Tapi kami lain pulak haha. Selesai mandi segala adik ipar dah buatkan sarapan (adik ipar duduk sekali di rumah SIL) wahh..seronok betul bangun je dah ada orang buatkan sarapan tehehe. Destinasi kami ke Jalan Kenanga saja nak tengok baju-baju kat sana. Orang kata banyak yang cantik-cantik. Keluar rumah pukul 10 a.m sampai KL pukul 10.30 a.m. Jalan memang lengang tak banyak kereta pun. Cari Jalan Kenanga tak jumpa. Nasib ada GPS kami Pn.Tiny yang memang dah terer jalan KL neh. Cakap jelah jalan mana janji tempat tu boleh shopping punya mesti dia tau jalan short cut tehehe. Sambung balik cerita Jalan Kenanga tadi. Sampai je tengok semua kedai tutup. Tak ada satu pun yang buka.
"Diorang bukak lambat kot bang, kita pergi Jalan TAR pulak lah"
Sampai Jalan TAR tak ada masalah nak cari parking sebab awal pagi tak ramai orang. Jalan merata sampai tengahari barulah kenderaan makin banyak. Orang pun makin ramai. Owh, orang KL semua keluar lewat sket.
"Orang KL basuh baju, kemas rumah dululah sayang baru diorang keluar"
Huh suci betul hati en.hubby :) Dah penat berjalan tekak sangat dahaga. Kami pun makan lah kt A&W sebab kat situ ada FLOAT! Aku berjaya habiskan segelas besar FLOAT with double scoop tehehe. Memang nikmat. Selesai je kat Jalan TAR kami patah balik ke Jalan Kenanga. Hmmpp kami tak bernasib baik. Rupa-rupanya Jalan Kenanga ni tutup Hari Ahad. Ingat kan memang bukak lambat rupanya memang tutup. Itu pun terjumpa mat Bangla kat tepi jalan. Dah tu tak kan nak balik terus. Misi tak done lagi ni. Kami pun decide untuk pergi ke GM Klang. Di ura-urakan oleh kazen kami tadi yang kat situ banyak barang murah-murah. kami pun shoot pergi sana. Dah dapat apa yang kami nak. GM Klang memang besar. Larat tak larat je nak pergi. Tempat tu macam kat nilai. Tapi lain sikit(ish macam mana kau ni) ok ok. Dalam satu bangunan setingkat tu ada banyak-banyak kedai kecik-kecik yang ada jual pelbagai barang-barang. Ada baju, tudung, accessories, souvenir ish macam-macamlah. Dalam tak larat tu larat jugak pusing semua bangunan hahah. Dah penat berjalan pekena laksa pulaklah. Fuhh memang syok :)
Ini yang kami rembat masa kat GM Klang. Sabun garam memang best :)
Hari Isnin,
En.Hubby pulang ke Gemas untuk mencari nafkah buat keluarga. Hati sayu tapi buat-buat biasa sebab tak nak en.hubby nampak aku sedih. Pergi office SIL pulangkan kunci. Perjalanan balik sempat singgah kat kedai bahan kek SS kat depan Pasar Klang. Tengok apa yang sempat aku rembat.
Taraaa tehehehe.
Loyang ni sesuai untuk buat cheese cake. Siap plastik tak bukak lagi :p
Tak lama lagi kenelah buat cheese cake lagi hihi...
bukan GH lah.. GM...;P
ReplyDeletekalo GH Klang tu general hospital!...hehehe
bukan GH Klang la...but is GM,,
ReplyDeletekalo GH Klang tu is GENERAL HOSPITAL.... ;P
xpe3 bleh dimaafkn...cuba ag k!
GM Klang la syg..
ReplyDeleteGH 2 kedai buku kat tg karang..
hehehe
to all :
ReplyDeletehahahahahaha...malu gile heh....
selalu je ingat yang itu GH kahkahkah..
patut la semalam search picture keluar GENERAL HOSPITAL kahkahkah....
dah betulkan dah :")
woit..jalan2 seharian kat GM tu...beli sabun garam jer... ;P
ReplyDeleteyeah2!mgg ni dpt mkn cheese cake..
anyway,,GOOD LUCK 4 TOMORROW...
hihihihi..kira ok lah dari balik tgn kosong ;p
ReplyDeleteerk...cheese cake? Bulan depan lah ye. Bulan ni busy lah tehehehe..
tenkiu..dah lepas pun..tawakal jek la huhu