Friday, February 15, 2013

Kekejangan Otot Kaki??

Bagi ibu mengandung, symptom kekejangan otot kaki (ada yang gelar kejang ular) mostly akan berlaku kepada anda. Kebiasaannya akan berlaku semasa waktu tidur dan lebih tepat lagi ketika hendak mengallih posisi tidur. Sekiranya silap langkah pasti akan kena kekejangan di bahagian betis dan ada juga sesetengah di bahagian peha. Dahulu di awal kandungan (2nd trimester) aku kerap kena kekejangan otot kaki ni. Boleh di katakan seminggu sekali mesti kena. Sakitnya Allah saja yang tahu. Setiap kali kena memang abanglah yang jadi mangsa. Aku akan terjerit-jerit meminta tolong "Abang..abang..cramp..cramp!!" sambil gerak dia bangun. Nasib baik abang senang nak bangun. Pernah sekali tu, abang pula jerit minta tolong "Sayang..cramp..cramp!!", aku pun kelam kelibut bangun nak check kaki, tiba-tiba abang kata "Bukan kaki, tangan cramp". Erk, aku dah confuse tangan cramp?? Rupa-rupanya tangan abang kebas. Abang pun dah confuse antara kebas dengan cramp. Daripada tengah sakit boleh gelak sakan pagi-pagi buta. HAHAHA.

Ok sambung cerita. Bila bercerita dengan colleagues kat office, mereka kata memang symptom bagi ibu mengandung akan kena kekejangan otot kaki ni. Ada juga yang kata sebab kekurangan kalsium. Mula-mula macam tak percaya. Apa kaitan pula kejang dengan kalsium? Maka aku pun mencari mr.google (dah terkena batang hidung sendiri baru sibuk cari info T___T). Macam-macam info dan tips aku jumpa. Salah satunya adalah: 

Source

Alhamdulillah dah makin kurang terkena kekejangan otot kaki di hujung kehamilan ni. Apa yang telah aku praktikkan adalah tidur mesti alaskan kaki dengan bantal. Bagi kaki tinggi sikit maka peredaran darah akan menjadi lebih lancar. Jadi, sekarang aku tidur memang di kelilingi bantal sahaja. Kiri, kanan untuk alas perut ketika baring mengiring. Atas untuk kepala dan bawah untuk kaki. Kepada sesiapa yang merancang untuk mengandung sila siap sedia juga dengan bantal yang banyak ye. HAHA. 

OK. Setiap kali aku terkena kekejangan otot kaki ni, apa yang selalu aku suruh abang buat adalah tolak tapak kaki kehadapan sambil tekan lutut macam gambar kat bawah ni: 



 Masih tak faham lagi macam mana? Tengok pula yang ini

Source

Tapi tak adalah sampai angkat kaki segala. Kaki masih dibawah. Propa lebih saja gambar ni -___-' 

Semoga entry ini dapat membantu ibu-ibu mengandung di luar sana ye. Sharing is caring! As-Salam.

Tuesday, February 12, 2013

Astro #2

Ingat tak entry ini. Sepatutnya dah lama aku update pasal cerita ni. Maaflah ye. Sebab excited sangat dapat tengok astro kot jadi lupa terus. Setiap kali tengok bill baru ingat dan setiap kali itulah ada saja halangan. Dah hampit setahun dah kisah ini. Bila tak update apa yang berlaku rasa macam tak best pula. Rasa cerita tergantung macam sesetengah cerita melyu yang ending tergantung T___T

Ok. Berbalik pada kisah bill astro yang sudah di charge sebelum kami mendapatkan service. Apa yang kami lakukan, pergi semual ke kedai agent. Bincang secara baik. Benda dah jadi nak maki hamun tak tentu pasal pun tak guna juga kan. Biar selesai secara baik lebih elok. At  last, agent kedai akan uruskan dengan pihak astro. Memang begitu pun sepatutnyakan? Mereka ambil first bill yang tak sepatutnya di hantar itu. Tapi sebelum itu, jangan lupa simpan copy bill tersebut sebagai bukti untuk anda sebab mereka akan ambil bill yang original. Terpulanglah samada nak photostat ataupun ambil gambar bill tersebut. Kalau buatnya agent tersebut tidak amanah, di buang atau terhilangkan atau sengaja hilangkan bill tersebut sekurang-kurangnya kita masih ada lagi bukti. Ini PENTING! Ini yang selalu kita lupa nak buat.

Tak lama selepas kami pergi berbincang dengan agent astro tersebut, dalam dua minggu jugalah pekerja dia datang pasang. Apabila kami tanya berkenaan status bill tersebut, mereka menjawab pihak astro akan menganggung segalanya. Ini bermakna kami akan dapat bill baru bermula dari tarikh hari pertama pemasangan astro. Alhamdulillah selesai sudah masalah. Tak perlulah nak menanggung beban yang bukan sepatutnya.

Kepada anda di luar sana yang mampunyai masalah sama seperti ini. Lebih baik bawa berbincang elok-elok dengan pihak yang terlibat. Aku faham, ada juga sesetengah orang yang just take for granted benda-benda seperti ini dengan alasan tak cukup masalah nak pergi selesaikan. End up bayar sahaja buta-buta. Sikap seperti inilah yang tidak sepatutnya di amalkan. You have to pay what you have to! Janganlah rasa murah hati sangat nak bersedekah. Lebih baik duit itu anda gunakan untuk bersedekah di masjid-masjid atau surau-surau kan lebih elok. Peace! :D

Saturday, February 2, 2013

Change Tittle Blog Again!

As-Salam,

Rasanya dah tiga kali tukar kot atau lebih? Entah T___T. Kenapa tukar? Bila dah nak jadi ibu ni rasa perlu lebih matang. Tittle blog sebelum ni terlalu am bagi aku. Sesiapa pun boleh guna. Kali ini (harap yang terakhir tak nak tukar-tukar dah) aku ada menyelitkan nama sendiri walaupun bukan nama sebenar tapi rakan-rakan lebih kenal aku dengan nama itu. Bila guna tittle blog baru ni rasa lebih matang pula Hahaha *sila gelak puas-puas*

Ok bai!

post signature




Wednesday, December 19, 2012

Penjagaan diri untuk ibu mengandung

Assalamualaikum readers!!


We meet again! Kali ni nak bercerita tentang penjagaan diri bagi ibu meangandung pula. Sejujurnya aku ni bukanlah jenis yang menjaga penampilan sangat. I mean bila lepas mandi sapu losyen satu badan tak cukup lagi baby oil pula tak pun mandi bedak wangi. Oh no! It is not me. Ya, maybe dulu sebelum berkahwin aku jenis yang macam tu. Lepas mandi mesti kena sapu lotion satu badan. Masa tu memang maintenance tinggi la. Maybe masa tu mind set aku, aku masih anak dara kena jaga kecantikan dalaman dan luaran untuk bakal suami nanti(sila muntah hijau). Tapi lepas kahwin lain pula. Sempat beli sebotol saja kot lotion lepas tu dah habis tak beli-beli dah. Sampai abang bising kata siku dah kering lah itu lah ini lah. Entah kenapa jadi malas. Sepatutnya lepas kahwinlah lagi kena cantik-cantik depan suami kan? Tsskkk

Ok. Sejak pregnant pun masih sama. Lagilah takut nak sapu sembarangan losyen kat badan. Takut affect pada baby. Maklumlah product kat luar sana tu mostly ada chemical. Kena peka mana yang sesuai dan tak sesuai untuk pregnant women. Jangan pula kau main belasah saja :/

Sekarang kandungan sudah berusia 5 bulan++. Mestilah perut semakin membesar dan kulit akan meregang. Tapi bertuahnya aku masih belum ada stretchmark pun lagi sebab...sebab kulit tebal atau perkataan yang lebih mudah difahami dulunya perut buncit T______T

Dulunya aku fikir bila perut dah mula meregang dan sudah mula rasa gatal-gatal kulit nak meregang baru aku nak pakai stretchmark cream/lotion/oil. Teori mana entah aku dapat. Pandai-pandai saja reka -____-' 

Sememangnya teori aku tu salah. Refer pada my favourite blogger mommy Dr. Halina usia kandungan 16 weeks dah boleh guna stretchmatk cream/oil/lotion tu. Dan seeloknya sebelum terjadi stretchmark tu lagi dah kena pakai barulah betul. Bila dah ada stretchmark lagi susah la nak hilang kan. Tskk tsskkkk

Officemate aku yang usia kandungannya lebih 5 weeks dari aku juga dah mula guna oil untuk stretchmark dia. Hurmm, jadi aku pun barulah sibuk-sibuk nak guna juga. So, last weekend paksa hubby cari stretchmark cream/oil tu. Ikutkan nak beli oil macam Dr. Halina guna tu tapi puas aku pusing kat The Curve sampai nak cramp kaki tak jumpa pun :( Jumpa yang ini so aku beli sajalah. 


Beli kat mothercare. Harga Rm 36.00 after less Rm 32.40

Kat mothercare kalau siapa yang tak suka cream boleh beli oil. Harga lebih kurang sama atau sama eh! entah dah lupa. Sorry. 

Ok. Sebenarnya aku musykil tentang suatu perkara. Usia kandungan ke berapa prosess susu ibu terhasil? Ada aku baca dalam forum ibu-ibu semasa pregnant lagi ada yang dah buat stock. Ini aku tak berani komen. Sebab aku pun tak ada pengalaman. Setahu aku kalau kita perah susu rahim akan mengecut. Tak ada kesan pada baby yang masih dalam kandungan ke? One more thing, kolustrum adalah susu yang keluar dari payudara ibu setelah melahirkan bayi kan? Betul tak? Bermakna kalau ada cecair yang keluar dari payudara ibu semasa hamil bukanlah kolustrum kan? Jadi, cecair yang keluar dari payudara ibu semasa hamil adalah cecair apa? Ada ibu-ibu yang ada pengalaman tentang ini? Tolong bantu... tsskkk

Aku ada baca kat sini cara nak membersihkan payudara semasa hamil. Bila aku ikut cara tu ada cecair keluar. Tak pasti itu cecair apa. Warna kekuning-kuningan. Nak tanya doktor semalam jumpa doktor lelaki. Memang tak keluarlah soalan tu dari mulut aku T____T

Di sebabkan itu, alang-alang dah cari stretchmark cream tu aku pun cari sekali nipple cream. Pregnant women mesti bersihkan nipple anda kalau tak nanti tersumbat bila baby lahir susu tak keluar. Ini dari pengalaman kawan-kawan aku yang dah bersalin dan memberikan breastfeed(BF) pada bayi mereka. Jadi, aku ikut sajalah. So, aku jumpa yang ni kat mothercare juga. 



Harga Rm 36.00 after less Rm 28.80

Sharing is caring! And thanks for reading. Hehehe

Monday, December 17, 2012

Alhamdulillah...InsyaAllah 4 months to go!

Assalamualaikum readers!

Maaf..maaf..maaf...lama menyepi. 
Dah lama nak update pasal ni tapi nak betul-betul confirm baru update. 
Tak nak pisang berbuah dua kali. Selepas kejadian Molar Pregnancy dulu :( 
So, bila dah pergi scan dan confirm nampak our little angle inside my tummy..
What I can say only.... 
Syukur..syukur....Alhamdulillah..Terima kasih Allah telah memakbulkan doa kami :')

Happy? Siapa tak happy. Aku tersangatlah gembiranya. Penantian selama dua tahun. Lama tau dua tahun :(
Abang? Lagilah gembira bila tahu aku kandungkan zuriatnya :) Alhamdulillah.

Today I am 22 weeks!
Semoga semuanya baik-baik saja dan dipermudahkan segalanya. Amin.




Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum w.b.t

Khas buat rakan-rakan blogger :)


Friday, August 10, 2012

This is really touching :'(





Hargailah ibu bapa kita yang masih ada. Pulanglah ke kampung beraya bersama mereka.

Kepada arwah ayah mertua. Semoga ayah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

post signature

Thursday, July 26, 2012

Main Masak-Masak Di Hari Ulang Tahun Perkahwinan Year #2

24 July 2012

Genaplah Dua tahun usia perkahwinan kami. Alhamdulillah syukur Ya Allah di beri kesempatan untuk menikmati keindahan di dunia bersama suami tercinta dengan kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia dan kehidupan yang sederhana. Walaupun kami masih belum di beri rezeki zuriat. Tak mengapa. Belum rezeki untuk kami. Tentu ada sebab. Hanya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui dan Maha Penentu. Kami tidak akan putus untuk terus berdoa pada-Mu dan semoga hari itu akan tiba tidak lama lagi. Amin.

Boleh di katakan ini adalah kali pertama kami meraikan Hari Ulang Tahun Perkahwinan. Tahun lepas tarikh yang sama, I'm warded for the second time after doing D&C for my Molar Pregnancy. Aku masih ingat lagi, baru kerja satu hari dah masuk wad semula -_-'.  Hari itu, en. hubby datang lambat. Biasa 5.30pm mesti dah terpacak tepi katil. Aku dah rasa nak merajuk. Sedih tau, hari Ulang Tahun Perkahwinan Pertama dalam hospital :(. Dalam pukul 6.00pm macam tu en. hubby muncul dengan bungkusan besar di sorok di belakang badan beliau. Dah ternyata bungukusan besar mana boleh sorok di belakang badan yang kurus T_T. Dari nak merajuk terus tergelak tersipu malu. :') Dalam hospital pun tak apalah. Janji ada masa bersama-sama suami tercinta. Apa yang aku dapat untuk hari Ulang Tahun Perkahwinan tahun lepas bear ladybird. Aku namakan dia 'Lulu' (manja tak? Haha). Sorry! Lupa nak snap gambar. Setiap kali nurse datang check BP dan bagi ubat mesti tanya. Apa tu? Birthday ye? Siapa bagi? Nak tengok. Bestnya dapat hadiah. Soalan dan ayat yang sama. Sampai la hari aku keluar wad.

Itu cerita tahun lepas, untuk tahun ini pula alhamdulillah en. hubby ada rezeki lebih. Dah hampir Tiga tahun aku teringin nak makan kat sini. Baru semalam ada rezeki kami. Sambil menyambut Ulang Tahun Perkahwinan sambil berbuka puasa. Tapi tak ada kek pun. Takut tak larat pula nak habiskan nanti walaupun hakikatnya memang aku kuat makan. Hewhewhew. 

Macam biasa, en. hubby dengan kejutan. Ambil aku dari office (kebetulan kereta hari-hari aku bawa pergi kerja tak boleh start jadi en. hubby akan hantar dan ambil aku ke tempat kerja sehingga kereta OK semula) Keluar dari office aku, dia tak lalu jalan biasa. Katanya nak isi minyak lupa nak isi tadi. Jalan terus dan masuk highway. Kalau siapa pernah lalu highway nak ke NKVE dari Shah Alam memang ada Petronas kat situ. Tapi dia terus masuk tol dan terus menghala ke Klang. (Dalam hati Yeayyy!!! mesti nak pergi shopping mall baru Setia City Mall. Yeayy!! ). Tapi dia tak masuk simpang, dia buat u-turn kat hujung jalan. Memang betul isi minyak kat Petronas Setia Alam. Lepas isi minyak, sampai simpang nak ke Setia City Mall dia laju dan tiba-tiba dia masuk simpang! Berani buat stunt sebab tak banyak kereta. Ok fine! T_T.

Sampai lah aku ke shopping mall baru semalam hewhewhew. Best. Orang tak ramai. Erm, bagi aku ala-ala KLCC. Banyak outlets branded. Kalau tak banyak duit tak payah masuk. Tengok dari luar saja. View pun ok. Tak macam KLCC crowded sangat. Kalau berjalan boleh berselisih bahu (hanya di lorong ke LRT saja ye. Sengaja bikin gempak sikit). Aku masuk kedai yang mampu saja lah. Seperti S&J hehe. Kami sampai dah dekat-dekat pukul 7.00pm. Aku kalut sangat tak dapat tempat makan. Maklumlah bulan puasa, mind-set orang ramai sebab makan serentak tapi rupanya banyak sangat choice kedai makan. Maklumlah first time datang so, tak tahu. Dalam setiap kedai makan yang aku nampak tak ramai orang pun. Kecoh betul tak dapat tempat duduk -_-'. Dengan kalut-kalut tu, aku ikut je en. hubby jalan sampai kedai makan tu. Wahhh!!! Memang dah lama sangat teringin nak cuba makan kat sini. Alhamdulillah dapat juga akhirnya. Thank you so much abang :')




Ini untuk sebelum berbuka. Prepared the food first. Sebab nak kena masak sendiri jadi sesi masak-memasak bermula pada pukul 7.15pm.




Ini antara sos pilihan kami. Sos hijau tu macam sos untuk ayam tandoori. Sebelah kanan atas sos korea lagi better dari yang tengah atas SG Korea sos. Sebelah kiri tu sos biasa macam untuk Yong Tau Fu.


Ini pula 2nd round lepas sembahyang Maghrib punya. Kan! Betul tak aku kata. Memang aku dasar yang kuat makan -__-'




Ini saja Ini saja ais krim yang tinggal. Asyik sangat main masak-masak kan. Sudah tu mereka tak refill pun ais krim yang dah habis T_T


Sampai kena halau kedai nak tutup baru kami keluar. Haha. Dah bayar harga buffet mestilah makan dengan puas kan? Hewhew. Lepas keluar dari kedai ada masa dalam 30 minutes sebelum semua kedai tutup. Dan hasilnya adalah ini. From abang :


Dapat tukar tali jam baru yeayy!! Package dengan bracelet tu. Thanks a lot abang :')


Lama membelek membuat pilihan sedar-sedar kedai lain semua dah tutup. Tak sempat pun nak pilih barang untuk en. hubby pula. Sempat masuk kedai ni saja betul-betul sebelah kedai barang kat atas tu. Pilih-pilih en hubby berkenan dengan barang dalam gambar bawah ni. Dia kata dah lama tak tengok jam. Jam yang ada kat rumah semua kena tengok betul-betul baru nampak pukul berapa sebab decoration yang melampau T_T.




Tak sempat pun nak pusing satu bangunan. Semua kedai dah tutup. Next time kena datang lagi ni. Ehem! Mungkin bukan masa bulan puasa. Barulah boleh pusing satu bangunan. Kehkehkeh.


post signature

Wednesday, May 9, 2012

Entri untuk Birthday Boy semalam

Assalamualaikum abang..

Hari ni baru sayang sempat nak buat entry khas untuk birthday boy tercinta ni :) Just takut apa yang di rancang tak menjadi kalau buat entri ni awal-awal.

Firstly, sayang minta maaf buat abang risau semalam. Hehe. Tapi sebenar-benarnya sayang lagi suka bila abang risaukan sayang. Bila abang risau bermakna abang sayang kan sayang kan? kan?

Actually, dah lama sayang plan untuk buat surprise kat abang. Berbulan-bulan fikir nak bagi hadiah apa yang sesuai. Siap baca blog sana sini nak cari idea. Dah habis fikir ini list yang terakhir :


1. Nak bagi Wallet - Abang tak pakai dah. 
2. Nak bagi Jam - Jam hantaran kahwin kita tu elok lagi. 
3. Nak bagi Perfume - Perfume abang banyak lagi. Kalau bagi perfume nanti kena beli sayang punya juga :p
4. Nak bagi Baju/Seluar - Boring lah. Masa bercinta dah puas hadiahkan macam ni.
5. Nak bagi kasut - Abang dah ada berpasang-pasang kasut. Tak perlu lagi kot buat masa sekarang ni.
6. Nak 'renew' kan road tax kereta - Abang dah buat bulan lepas. So, cancel :p
7. Nak bagi Ducati Monster - Erk.. OK tipu. Ni memang tak mampu langsung T_T
8. Nak bagi.... OK. Confirm yang ini. ;)





Vacuum


Abang dah lama plan nak beli kan? Since kejadian buruk yang menimpa kita hari tu abang batalkan niat nak beli. So, sayang fikir inilah hadiah yang paling sesuai buat masa ni. Masih mampu lagi nak beli dan Alhamdulillah ada rezeki lebih pula bulan ni. Tak fikir panjang dah confirm nak bagi hadiah ni. Hehe. 

Memang dah tahu kat mana nak tuju. So, after kerja sayang terus drive dan kebetulan pula phone sayang kena barred. Jadi alasan kukuh tak inform abang sayang pergi mana hewhewhew.

On the way, sayang fikir lagi kalau just beli hadiah and buat surprise kat rumah nanti sayang kena masak untuk makan malam kita lagi. Mesti dah hilang mood nanti sebab penat. So, belanja abang makan luar lah even dah belanja abang pun makan luar celebrate sekali dengan haizad(suami pn. Tiny) punya birthday hari tu kat Ana ikan bakar petai cawangan Bangi tapi tak apa lah kan. Perut kita juga yang sama-sama kenyang heee.

Dah sampai dah beli siap balut semua sampaikan pekerja tu kata "First time saya dengar orang bagi hadiah ni untuk birthday kak" Sayang senyum je :) Sayang baru teringat phone kena barred. Macam mana nak call abang datang sini?? OK. Back to asal guna public phone. Fuhh, nasib baik ada 50sen. Sayang yang bijak bistari ni dah tak ingat cara guna public phone macam mana terus masukkan duit seketul limapuluh sen tadi tanpa periksa yang telefon tu rosak rupanya. Damn it! Luckily abang call sayang balik after tu dan....

Sayang berjaya buat abang datang!! Hewhewhew. Sayang plan nak terus tunggu kat kedai makan. Tapi abang dah nampak sayang dulu pula yang tengah kalut bawak hadiah baru keluar dari surau. Ala.. tak jadi nak surprise. Tapi abang terkejut jugak kan? kan? :D

Akhir kata; 

Sayang mohon pada Allah semoga abang sentiasa di beri keberkatan dalam hidup, kesihatan yang baik, rezeki yang mewah dan semoga kita sekeluarga bersama di beri peluang menjadi ahli syurga nanti InsyaAllah. Dan.. tak lupa semoga kita di kurniakan cahaya mata ;)


Cerita dah habis dah :) 

Tapi, sebelum tu layan dulu gambar-gambar birthday boy malu-malu ya :p Tapi sayangnya lupa nak ambil gambar time makan kat ana ikan bakar tu :(


Kek ni sedap tapi manis sangat. *sila abaikan lilin yang tak cukup tu ye*

Bersama Amir (anak buah)

Sedang menunggu makanan sampai. Eh?! Kotak apa kat sebelah tu? 

Birthday boy makan dah tak tengok kiri kanan dah :')








post signature

Tuesday, March 27, 2012

Follow-Up 7

As-Salam.. 

Hari ni check-up aku untuk kali ke-7 selepas membuat D&C tempoh hari. Sangat berharap dengan berita gembira seperti "ok you can start planning for your pregnancy from now". Tapi.. tapi.. tidak sebegitu indah rupanya tetapi tidak sebegitu buruk juga.

Kali ini aku paksa en.hubby follow sekali untuk berjumpa dengan doctor supaya doctor boleh berlembut hati atau apa tetapi malangnya berjumpa dengan doctor lelaki yang memang tak akan memberi kesan pun kepada keputusan beliau bila aku bawa en.hubby pun :/ 

Berkenaan dengan result. Alhamdulillah..alhamdulillah.. Terima kasih Allah kerana telah pulihkan kembali kesihatanku. Aku ada bagi tahu kan kat sini. Result untuk hari ini sama juga. Reading for BHCG aku normal seperti orang lain <1.2 :) Bermakna start dari bulan December tahun lalu sehingga ke hari ini aku sudah kembali normal seperti orang lain.

Aku tak nak banyak tanya pun pada doctor. Aku cuma mahu tahu bila aku boleh start plan for pregnant. 

Jawapannya.....



Masih tak boleh lagi buat masa ini :'( Mereka masih nak pantau BHCG aku sehingga next check-up aku bulan Jun akan datang. Baru plan nak dapat anak bulan January atau February next year -____-". Dalam hati tak payah tanyalah memang betul-betul tak sabar nak dapat anak sendiri. Seronok tengok orang sekeliling, rakan mahupun keluarga yang dapat baby. Berkongsi kegembiraan bersama-sama anak mereka. Oh! Bahagianya. Memang sangat-sangat tak sabar untuk saat itu :)

Tak apalah. Sesungguhnya aku redha. Redha dengan ketentuan-Nya. Mesti ada hikmah di sebalik semua yang telah di tetapkan ini kan. Mungkin aku akan dapat bertter offer. MUNGKIN *oh! ada niat nampaknya untuk berhenti di tempat kerja sekarang ni T_T* Atau mungkin en.hubby akan diberikan rezeki mendapat mana-mana projek besar dahulu sebelum kami menimang cahaya mata sendiri. MUNGKIN. Amin.. Amin.. untuk itu :)

Apa yang aku dapat hasil berjumpa dengan doctor kali ini adalah ini :



Lama dah tak makan ni last makan bulan Julai last year  :)


Dia (doctor) hanya nasihatkan aku untuk makan dulu vitamin ini. Lebih elok di makan tiga bulan awal sebelum merancang untuk pregnant. Bagus untuk perkembangan baby nanti katanya. Jadi, bolehlah aku dan en.hubby meranacang dari sekarang untuk dapatkan samada baby boy atau baby girl kan kan :''>



post signature