Tuesday, December 27, 2011

Follow-Up 6

Hari ini aku MC seperti biasa bila ada follow-up check-up Molar Pregnancy aku.  Walaupun kerja tengah banyak kat office tu. Let it be. Masa cuti tak perlu fikir tentang kerja hewhewhew. Memang syok sangat bila orang lain cuti 3 hari tetapi aku bercuti selama 4 hari ^_____^. *sila kembali ke alam realiti yang esok kau dah kena kerja T_T*

OK. Teruskan cerita. Hari ini aku sampai awal di Hospital sebab tak nak kejadian lepas berulang kembali =_='. Budget nak sampai pukul 11. Tapi hurm.. biasalah kalau dah kat rumah malas saja nak bergerak dari katil. Last-last sampai hospital kurang 10 min pukul 12pm. Alhamdulillah kereta tak banyak. Jadi perjalanan ke Hospital smooth saja cuaca pun elok saja. Sampai di Hospital seperti biasa penuh dengan patient. Tunggu giliran number owh.. I'm the first one. Harap-harap dapat balik awal.

Tunggu punya tunggu. Dapat jumpa doktor pukul 1.30. Sekejap saja kan aku tunggu nak jumpa doktor =_='. Jumpa doktor. She said my BHCG reading was <1.2. Hah? Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Korang ingat tak ni? That means aku dah boleh pregnant semula kan? kan? Tapi sayang.. Doktor kata nak monitor lagi reading BHCG aku. Paling awal aku boleh pregnant pun maybe bulan 7 tahun depan. Rasa macam la lagi kan? Tapi aku percaya. Allah ada sebab tersendiri. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya. Doktor cuma pesan keep use PROTECTION dan jangan makan jamu segala. Baiklah doktor!


*Tak sabar nak pregnant lagi :)*
post signature

Monday, December 19, 2011

Monday Morning

Sudah terjaga sewaktu azan Subuh berkumandang lagi tapi tapi aku tidur balik selepas itu!! T_T Terjaga lagi tengok jam pukul 6.20 pagi. Owh masih awal lagi. Sambung tidur balik =_=' Alarm bunyi 6.30 pagi. Ouwhh cepatnya alarm ni berbunyi! OK. Aku bangun. Solat Subuh dan terus mandi. Rasa nak mandi lama sedikit sebab masih awal lagi maka aku pun shampoo lah (kebiasaannya aku shampoo di malam hari sebab senang nak biar rambut kering sendiri) OK dah siap mandi segala gosok baju en.hubby dan aku.

Pagi ni en.hubby keluar awal sebab ada site visit katanya. Maka aku siap-siapkan things untuk dia dahulu. Dah siap things dia aku pula bersiap. Ternampak tuala en.hubby sudah tersidai. Eh, kenapa tuala aku tak ada sama tersidai di situ? Aku dengan gelabah mencari tuala aku sambil bertanya pada en.hubby yang sudah pun bersiap cuma tinggal keluar rumah nak pergi kerja sahaja.

"Mana tuala sayang? Kat bilik tak ada pun? Abang..."

"Entah. Abang pun tak nampak. Sayang letak mana tadi? Kat depan cermin kot?"

Aku macam terpinga? Erk..kenapa pula aku nak letak towel aku depan cermin? Sambil nak garu kepala...


Astaghfirullahalazim........

Tuala yang aku cari bagai nak rak tadi ada atas kepala aku rupanya!!! =_='


Erk..ni ke yang orang kata MONDAY BLUES??!!!
post signature

Tuesday, December 13, 2011

Wish You Were Here


I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all

There's a girl
That gives a shit
Behind this wall
You just walk through it

And I remember all those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say it like it is
And the truth, is that I really mi-i-iss

All those crazy things you said
You left them running through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

[Chorus:]
Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

[Bridge:]
No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

(Let go let go let go let go)

No, I don't wanna let go
I just wanna let you know
That I never wanna let go

(Let go let go let go let go let go let go let go)

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here (I wish you were)
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here.

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
Here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
Near, near, near
I wish you were here :)


post signature

Saturday, December 3, 2011

Rezekiku

Alhamdulillah aku bersyukur dengan rezeki yang Allah beri pada aku :) Memang betul, setiap apa yang berlaku pada kita di dunia ini sudah di takdirkan dan sudah di tentukan oleh-Nya Allah Yang Maha Esa. Setiap yang berlaku ada sebab dan ada hikmah juga. Cuma samada kita nampak hikmah tersebut atau tidak bergantung pada keizinan-Nya. 

Setiap orang mesti nak kan kejayaan dalam hidup mereka. Sama jugalah macam aku. Siapa tak nak jadi orang yang berjaya. Penat ibu dan ayah aku hantar jauh-jauh suruh belajar tak kan nak jadi orang yang tak berguna? Alhamdulillah aku semakin hampir ke arah itu. Walaupun pada awalnya, lepas aku habis belajar aku masih kabur, masih tak tau hala tuju aku yang sebenarnya. Samada betul atau tak jalan yang aku pilih tu? Dah lama-lama, aku mula belajar erti sebenar tentang kehidupan di dunia ini. Aku dah mula faham. Terima kasih Allah di atas petunjuk Mu :')

Masih belum habis belajar, akhir semester aku dah mula mencari rezeki sendiri. Buat business sana sini. Masa tu memang aku rasa aku mewah sangat. Student pegang duit banyak memang lah tak boleh nak control. Semua makanan mahal-mahal aku cuba. Alhamdulillah aku merasa untuk semua itu walaupun ia hanya sementara :)

Selepas kahwin, mula mencari rezeki lain. Mencari masa depan yang lebih terjamin demi keluarga tercinta. Siapa kata senang nak cari kerja? Susah tahu tak? Dengan pengalaman yang tak seberapa. Minta tolong dengan kawan sana-sini mana-mana tempat yang ada kosong. Dalam masa yang sama aku mula mambuat bisnes online untuk mencari rezeki. Daripada tak ada buat apa-apa duduk rumah saja sambil mencari pekerjaan yang tetap apa salahnya. Akhirnya aku dapat offer kerja walaupun tak ada kena mengena langsung dengan background aku. Mungkin memang ini rezeki yang Allah nak beri pada aku buat masa ni. Tak apa, aku terima. Tetapi bisnes online tetap jalan sampai sekarang. Alhamdulillah :') 

Mula bina hidup bersama suami tercinta walaupun pada awal pekerjaan aku merempat dan menumpang di rumah kawan. Terima kasih sangat pada kawan aku ni sebab bagi tumpang rumah sewa dia selama 3 minggu :) Dah dapat duduk satu rumah bersama suami walaupun rumah sewa. Alhamdulillah. Ada juga tempat untuk kami berteduh. Alhamdulillah juga cukup dengan kelengkapan serba-serbi walaupun tak ada ASTRO dapat tengok siaran biasa pun OK lah. Tapi yang penting ada INTERNET khas untuk bisnes online lah hewhewhew

Dah kerja selama lebih kurang 7 bulan aku dapat better offer. Dua offer aku dapat dalam masa yang sama. Kerja yang berkaitan dengan Background aku. Puas membelek kelemahan dan lekebihan kedua-dua kerja. Dan ang lebih penting minta petunjuk dari-Nya. Tentu lebih terjamin! Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa melukakan hati mana-mana pihak. Aku pilih kerja aku yang sekarang ni. Lebih baik bukan terlampau baik untuk di compare dengan kerja lama. Alhamdulillah. Terima kasih Allah :') Aku harap dapat bertahan lama dengan kerja sekarang sehingga aku dapat more better offer next time. InsyAllah.  


Gambar tak ada kena mengena dengan entry :p

post signature

Tuesday, November 29, 2011

FOLLOW-UP 5


*Perhatian: Entri panjang berjela. Harap maklum*

Ok next follow-up are 5. Sekejap saja rasa dah follow-up ke-5 hurmm. Tersangatlah penat hari ini . Macam-macam yang berlaku. Kebetulan hari ini ibu mertuaku pulang dari bercuti di Istanbul. *best-nya lah. Dah pencen dapat berjalan sana-sini. Merasakah aku bila dah tua nanti? =_='*

Ok. Continue.

Adik ipar message. Mereka di jangka tiba di KLIA pukul 8 pagi. Mau tak kelam kabut aku dan en.hubby. Bergegas bersiap selepas subuh. Dalam hati memang dah boleh agak flight mesti delay at least half an hour or one hour. Standard. But, u know what? Flight was delayed for about 2 HOURS! Bayangkan berapa jam aku dan en.hubby tunggu kat KLIA? Dengan perut lapar. Sabar je lah. Sabar je lah. Bukan nak berkira atau apa. Cuma meluahkan perasaan saja. Chill :) Tapi aku tersangat-sangat berterima kasih pada kakak ipar aku yang dah siap-siap sediakan Nasi Ambeng untuk kami semua BRUNCH (breakfast+lunch) lepas balik dari KLIA. Siap saja makan tak sempat nak lepak lama dengan Mertua dengar cerita best-best kat sana sebab aku dah kena balik. Teringatkan check-up hari ini. Ikutkan hati malas dah nak pergi. Tapi bila teringat pesan doktor ikut schedule check-up yang di beri untuk masa depan aku juga terus tak jadi tssskk.

Sampai saja di Hospital Sungai Buloh pukul 12.30. Tengok orang ramai. Erk, biasa dah tengah hari macam ni orang tak ramai dah. Tinggal untuk check-up Molar Pregnancy saja. Mesti lama. Confirm lama. Aku dah mengantuk sangat. Rasa macam nak tidur je. Tapi takut terlepas nombor giliran pula. Tahan je lah sampai dah sakit kepala sampai sekarang T_T.

Tengok handphone baru perasan dapat miss call dari en.hubby time on da way ke hospital tadi. Terpaksa ke luar bangunan untuk cari coverage line sebab dalam klinik tu TAK ADA line langsung =_='. Call en.hubby tanya kenapa call? Rupa-rupanya aku tertinggal segugus kunci aku dalam kereta dia!! Dalam tu ada kunci rumah sekali. Aduffff. Balik hospital mesti kena jumpa dia dulu ambil kunci. Sudah lah en.hubby ada appointment pula hari ini. Ya Allah. Malas nak fikir settlekan check-up aku dulu. Dah tunggu 1 jam baru dapat jumpa doktor. Ingat tak entry aku yang ini? Salah assumption aku rupanya :'(

Doktor bagi tahu reading darah aku 10.4. Turun tersangatlah sikit. +3 saja??!! Ya Allah..kuatkan semangatku kuatkan imanku. Lambat lagi lah jawabnya chance me to get pregnant :"( Doktor kata lagi, dah dapat reading normal TIGA KALI baru they all will advice me to get pregnant. Allahuakbar.

Habis tetang jumpa doktor. Tentang MC pula. Doktor yang siap offer tanya tentang MC. Kalau doktor tak tanya pun aku nak minta juga T_T. 

Doktor: "kamu nak MC ke?"

Aku: "Ya doktor, saya nak MC"

Doktor:  "Ok. Kamu ambil kat depan. Bagi tahu nurse kat depan ye". 

Aku pun buatlah apa yan gdoktor tu suruh. Maybe aku last patient dia kot. Aku nampak dia keluar dari klinik. Rupa-rupanya doktor tadi belum signature lagi surat MC aku. Tsskkk. 

Nurse: "Doktor dah tak ada la dik. Doktor lain pun tak ada. Awak nak guna bila MC ni?"
Aku: "Erk...biasa saya hantar lepas tu. Maksud saya esok la saya bagi kat office"
Nurse: "Erm..awak pergi makan dulu la. Saya dah call doktor tak dapat la"
Aku: "Erk...pukul berapa saya kena datang balik?"
Nurse: "Datang la sebelum pukul 5"
Aku: "T_T"

Tak ada selera nak makan. Lagi pun baru saja lepas makan Nasi Ambeng tadi. Jadi aku hanya beli waffle saja untuk lapik perut. Dah siap makan tengok jam dah 2.30p.m. Baik aku siap-siap solat zohor dulu. Apa-apahal nanti senang. Dah siap semua aku pergi balik ke klinik tadi. Akhirnya...Alhamdulillah ada juga doktor. Dapatlah aku MC ^_^

Ok. Berbalik pada cerita tertinggal segugus kunci tadi. Aku pun call lah en.hubby jumpa kat mana-mana. Biasa lepas check-up pukul 2 p.m macam tu dah selamat sampai rumah. Tapi hari ini aku sampai rumah pukul 6 p.m. Sama saja macam pergi kerja tskkkk...
post signature

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1443H

Assalamualaikum...

Eceh...dan dan je intro baik bukan main. Eh kan lebih elok memberi salam dahulu sebelum bertutur. Betul tak? ha yang baca tu dah jawab salam tu ke belum? WAJIB jawab tau kalau tak jawab dosa aku tak tau!

Alhamdulillah..Aku masih di berikan nyawa sehingga hari ini untuk menikmati hidup di dunia yang indah ini serta dikelilingi orang tersayang :) Hari ini adalah tahun baru bagi umat islam sedunia. Tutup buku lama dan buka buku baru (apalah agaknya yang tercatat dalam buku lama aku tu. Mudah-mudahan lebih banyak yang baik dari yang tak baik =_=') 



Salam Maal Hijrah 1443H kepada semua umat Islam di dunia ini.
Semoga tahun baru yang akan datang ini kita semua di berikan 
keberkatan hidup dan di limpahi rezeki yang lebih baik dari sebelumnya.
InsyAllah.. :)



Seperti tahun-tahun sebelum ini. Kita sebagai umat islam di sarankan untuk membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun. Kat sini aku tepek sekali doa akhir tahun dan awal tahun untuk memudahkan kita semua membacanya


Doa akhir tahun

Seeloknya di baca 3 kali pada akhir waktu asar atau sebelum masuk waktu maghrib.



Ertinya : 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat baginda sekelian.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini, maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredai dan Engkau memang tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami. Malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.

Maka, kami sekelian memohon keampunan Mu, ya Allah, ampunkanlah kami dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan dijanjikan ganjaran pahalanya.

Maka, kami memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabatnya.



Doa Awal Tahun

Seeloknya di baca 3 kali selepas solat maghrib.



Ertinya :

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga serta sahabat Baginda sekelian.

Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, kami bermohon kepada-Mu agar terpelihara kami sekelian dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan yang terlaknat. Juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.

Kami mohon daripada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu, ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabatnya.



post signature

Jom join contest



sweet je gambar ni :)
To all bloggers. Jom join contest by simpledoubletriple.
E-Shop@Ladyburd is one of the sponsor tau :D
Mudah je contest die. Nak tau lebih lanjut sila ke blog die ok :)


post signature

Thursday, November 24, 2011

Pengalaman baru

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah lama tak buat entry baru. Kenalah bermula cara baik :) Minggu ini dah masuk minggu ke-2 aku di tempat kerja baru. Perasaan? Alhamdulillah (orang kata bersyukur dengan rezeki yang Allah beri). Allah Maha Mengetahui dan Maha Penentu. Kalau dah di takdirkan rezeki itu untuk kita, ianya akan tetap menjadi milik kita cuma cepat atau lambat saja. Dulu, aku selalu tak yakin pada diri yang aku akan dapat kerja bagus-bagus sebab result aku tak hebat mana pun :( Setiap hari aku berdoa pada-Nya supaya di berikan rezeki pekerjaan yang lebih baik dan alhamdulillah..Doa aku telah di makbulkan :) Bukanlah aku nak kata kerja dulu tak baik cuma pekerjaan dulu tak ada kena mengena langsung dengan apa yang aku belajar dulu. Rugi saja aku belajar tinggi-tinggi BERHUTANG LAGI kalau apa yang aku belajar tak di praktik kan dalam hidup kan? 

Minggu pertama di tempat baru...

Masuk tempat baru tengah bulan dan tengah minggu. Duit dah makin tak ada lah macam biasa ulang suara macam biasa T_T. Di sebabkan department aku nak pindah office baru maka untuk budak baru macam aku tak ada Computer atau Laptop atau Notebook di depan matalah. Hanya ada drawing bersaiz A3 saja untuk aku study. Tersangatlah BOSAN. 9 jam menghadap lukisan bersaiz A3 membuatkan aku mengantuk tahap gaban. Hari pertama baru nak suai kenal dengan environment aku cuma bawa air masak. Apa yang aku buat? setiap 1 jam akan pergi toilet sampai semua orang naik menyampah tengok aku keluar masuk office T_T. Nak hilang kan mengantuk punya pasal. Dah survey environment office, hari kedua aku dah start bawa stock MAKANAN hewhewhew. At least hilang sikit rasa mengantuk kan? Aku beli biskut, kacang, coklat, gula-gula dsb (cukuplah list kan yang ni je nanti korang geleng-geleng kepala banyak kali =_=') Masuk hari ketiga stock makin berkurang. Apa aku nak buat nak hilangkan ngantuk ni? Hasilnya ni yang aku buat......


En. Hubby dan Pn. Wife


Hasil tangan tak kena bedung. Entah kenapa nampak kepala aku macam besar sangat T_T. En.hubby kata muka aku tu sama tang tembam saja =_='. Bagi aku rupa en.hubby tu ade sama sikit la kalau nak compare muka aku tu hewhewhew. Biasalah nak lukis muka sendiri mesti la malu-malu gitew. 


Minggu kedua...

Kami dah berpindah ke office baru yang lebih comfortable. Yeayyy! Aku dah ada PC aku sendiri. Hari pertama kot. Tak kan nak buat perangan online. Sumpah aku tak online langsung masa 1st day dapat PC. Aku tengok keadaan sekeliling. Tengok office mate aku kalau-kalau ada yang online ke. Yesss!!! aku dah nampak dua orang online ade chance aku ni hewhewhew (macam baik ala-ala budak nerd je aku ni kan) kawan-kawan lama yang kenal aku mesti gelak terbahak-bahak bila baca entry aku yang berlagak baik ni tak apa tak apa gelak la puas puas =_='. Masuk 2nd day, 3rd day dan seterusnya aku dah start online sikit-sikit buka window pun ada la dalam 3 inci. erk? apa je yang nampak? nasiblah. Slow slow la kawan hewhewhew.

Lagi peristiwa pahit aku nak bagi tau korang. Aku TERKURUNG dalam tandas! Huh! Tak pernah seumur hidup aku terkurung dalam tandas! Tak guna punya tombol pintu. Boleh pula tersangkut tak boleh nak buka T_T. Mujur ada orang dengar aku menjerit-jerit minta tolong. Sudahlah tandas paling hujung bangunan. Aku rasa ada setengah jam juga aku terkurung dalam tandas tu huhu. Terima kasih sangat-sangat pada yang dengar dan tolong tu. Kalau tak tak tau la apa jadi kat aku :( 


post signature

Monday, November 14, 2011

Gemuruh Suara Ai :)


Since en.hubby pun dah tergila-gilakan lagu ni. Maka aku semadikanlah ia dalam blog aku ni  
Dengar berulang kali pun tak bosan tapi semakin bersemangat aku nak buat kerja :D
Jom layan~~~


Lirik Lagu Gemuruh Suara

Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.

Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!

Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!

Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!




post signature




Tuesday, November 1, 2011

FOLLOW-UP 4

Dah follow-up ke empat kali dah? rasa sekejap saja kan. Rasa macam baru je buat D&C tu. Hurmm.. Semalam sessi ambil darah aku boleh menggelabah semacam. Padahal cucuk jarum sikit je pun tapi perasaan macam orang nak kena tikam =_='. Maklumlah dah sebulan tak cucuk ambil darah heh. 

Result? Ok. Alhamdulillah doctor kata menurun tapi tak cantik. Siap bagi aku cuak lagi. Boleh pula dia nak discuss segala dengan doctor lain dahulu pasal case aku ni. Bunyi macam series T_T. Doctor kata turun tersangat sikit. Last check-up 21.9 tadi 13.8. Hurm..hurm.. satu bulan cuma turun + 8 sahaja. Bila nak sampai <1.2 ni? Mari kita buat kira-kira sikit

1 month (assume) = 8

13.8 - 8 = 5.8 (1 month)
5.8 - 8 = -2.2

Alamak, dah negative pula. Kau ni tau mengira ke tidak ni T_T. Betul x assumption aku ni? Kalau betul bermakna aku cuma perlu tunggu lagi dua bulan sahaja lagi untuk kembali normal seperti orang lain. Alhamdulillah..Alhamdulillah... *Fully Hope*


post signature

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday




"True love is the parent of humility."

- William Channing
credit to sources



post signature

Thursday, October 20, 2011

Header

Hmm mesti korang dah bosan kan tengok header yang sama saja. Gambar kahwin? Erk.. Dah kawin 1 tahun 5 bulan 3 minggu 2 hari  (follow anniversary tickers panjang betul T_T) pun masih guna header yang sama. Come on lah anne. Tukar la header gambar lain yang cun-cun sikit tssk.. Bukan tak nak tau. Cuma tak ada masa nak edit gambar sana sini nak di jadikan header. Aku pun dah bosan juga tengok header yang sama saja haishh.. Maaf ye korang. Free nanti aku tukar header lain yang cun melecun sikit :D

Good day Readers!

post signature

Saturday, October 15, 2011

Buntu.. :(

Last week I was attend an interview session with developer company + contractor. Everything they doing la senang cerita. The important is I already been selected! Alhamdulillah. Company ok. Public listed company. Ada buruknya juga if public listed company ni. Public holiday kena cut!!!! Like company I am working right now! Arghhhh! Tak best! :(

Position Site Engineer. Erm.. You see.. 'SITE' Dah tentu-tentu lah hari-hari aku kerja di site. Berpanas terik yang akan mengubah kulitku yang putih gebu ini menjadi hitam legam. Tsskkk. Tapi as a student Civil Engineering. Penat belajar bertahun-tahun BERHUTANG pula. I must have that experience kan kan. Tapi en.hubby kata kerja tak sama dengan masa praktikal. Erm dulu masa praktikal degree level memang aku minta di tempatkan di site. Gatal tak? Saje nak tahu experience di site macam mana. At that time ok sangat-sangat. Lunch hour aku 2 hours okey! Boleh siap balik rumah tidur tau tskkk. Time kerja kau nak buat macam tu. Memang dapat notice 24 hours la. Tapi masa itu aku adalah wakil client yang di tempatkan di site. Hari sabtu tak kerja. But now I am the contractor! Working hour lebih banyak la of course. Hmm tapi aku suka kerja di site. Tapi risau kalau aku tak boleh tahan. Aku tak nak lah asyik lompat kerja sana sini. Kalau boleh aku nak stay lama sikit company ni. At least sampai projek siap. (baik tak? T_T)

Tapi aku masih di awang-awangan. Mampukah aku nak kerja di site. 8 a.m - 5 p.m. Mesti extand punya. Kalau dapat balik sharp pukul 5 p.m tu memang dah cukup untung dah T_T.

Minta tolong sangat-sangat jasa baik kawan-kawan bloggers yang ada pengalaman bekerja di site ni hukhukhuk..Tolong.. aku dah buntu tak dapat berfikir secara waras :'(


post signature

Thursday, October 13, 2011

One Step Ahead..Alhamdulillah...

Dah lama pergi buat sebenarnya. Cuma belum sempat nak upload *asyik beri alasan belum sempat upload je T_T*. Pergi register last week same day time follow-up check-up Molar Pregnancy tu. Dah alang-alang tak kerja kan buat sekali lah :) Tapi pergi register SORANG-SORANG tau. Memberanikan juga diri ke SSM Plaza Alam Central buat-buat macam pandai :D Lama tak lama adalah dalam one and half hour siap semua. Sempat juga la solat zuhur dulu sambil menunggu giliran tu :) And actually dah lama plan nak register E-Shop@Ladyburd ni tapi sebab ada halangan lain asyik tertangguh je dan alhamdulillah masalah tu dah selesai dan akhirnya berjaya juga men'register'kan Blogshop ni hewhewhew.

Kenapa register atas nama MASNASITE ENTERPRISE?? Fuhhhh penat kerah otak fikir nak register nama apa tau. Actually First choice nak letak nama LADYBURD ENTERPRISE tapi so bad dah ada orang guna. Menci tau :( Second choice MASNASITE ENTERPRISE and third choice MASNA UNITED ENTERPRISE ( ni en.hubby yang suggest MASNA UNITED = MU erkkk ).

Dah first choice tu tak boleh guna maka En. Register tu buat pilihan sendirilah bagi pihak kita dah tak boleh nak buat apa. En.hubby kata kalau pergi register kat kiosk, biasa kita boleh bincang direct dengan En. Register tu if first choice tak available. Tapi tak apa lah kan MASNASITE ENTERPRISE pun sedap juga. Senang juga orang nak sebut nanti kalau-kalau ada rezeki nak buat design produk sendiri ke *insyAllah*. Ok. Actually MASNA is stand for Mohd Adlan Suhaimi NAjihah. Mula-mula nak guna MASNA ENTERPRISE je tapi kalau guna MASNA je nanti orang keliru pula dengan ni. Nanti semua barang E-Shop@Ladyburd bertukar jadi ikan kan susah :p Oleh itu, wujudlah nama MASNASITE. Korang jangan salah anggap pula ye kata kami nak tiru blogshop yang sangat terkenal mengalahkan artis tu. Tak ada niat sama sekali tau. Lagi pun siapalah kami nak di bandingkan dengan mereka yang hebat tu tsskkk. 


Mahu jadi terkenal merata dunia memanglah salah satu impian kami. Tetapi tanpa berkat dan sokongan korang semua sukar untuk kami mencapai impian tu kan hukhukhuk. Oleh itu, kami disini tersangat berharap korang semua dapat memberikan sokongan dan dorongan kepada butik kami :D Segala sokongan dan dorongan dari korang semua sejuta penghargaan kami berikan. Hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. :)

Jadi, kepada pelanggan yang di sayangi sekalian jangan takut untuk shopping dengan E-Shop@Ladyburd ye sebab kami dah sah di daftarkan dengan SSM. Jangan takut kena tipu dah bayar tak dapat barang dan lain-lain. Kalau terjadi korang boleh lapor pada SSM jangan takut hehehe. Ok. Selamat membeli-belah bersama E-Shop@Ladyburd!!! Peace yawwww!!! ^___^








post signature

Sunday, October 9, 2011

Dugaan

Ya dugaan. Dah dua kali macam ni. Siap make-up touch-up segala stand-by ambil gambar untuk stock battery camera FLAT! Sabar..sabar.. Charge battery tunggu next time pula la baru ambil gambar new stock. Ok. Dah sampai hari berkobar-kobar bersemangat waja nak ambil gambar dah make-up touch-up again tengok camera battery full-OK but one thing horrible happen apasal camera ni pelik semacam je? Screen DAMAGE!!! Ya Allah...macam mana pula boleh jadi macam ni? T_T

Dugaan.. Kena banyak bersabar. Siapa kata bisnes online ni senang dan mudah? Banyak dugaan juga tau :(

Dah tak boleh ambil gambar nak buat apa lagi. Cuci muka dan tidur! Nite people! 



:: Actually memang salah aku pun suka letak barang merata tak tau nak simpan elok-elok. Padan muka aku =_='::


Bye!

post signature

Wednesday, October 5, 2011

FOLLOW-UP 3

Assalamualaikum...
Update dulu cerita semalam sebelum pergi kerja (sempat lagi nokk). Semalam seperti biasa check-up follow-up untuk Molar Pregnancy aku kali ke-3. Kalau kira ikut admit hari tu ni kali ke-4 lah. Actually aku tak update satu cerita before ni tapi tak sempat-sempat sampai lah hari aku check-up lagi. Ingat tak entry sebelum ni? Doctor risau sebab aku tak datang bulan lagi kan. Dua hari selepas tu aku datang bulan. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...Dah tak risau dah sebab. Period = confirm tak preggy! :D Tapi sabarjelah. Haid aku ni saje nak bagi aku jalan-jalan ke Hospital Sungai Buloh tu kot tu yang dia keluar lambat tuh T_T.

Untuk check-up follow-up ke-3 ni. Darah turun memang turun cuma graph menurun tak cantik. Sebelum ni 24.9 semalam check 21.9. Untuk orang normal doctor kata mesti <1.2 (tak tahu unit apa sorry!) Cerita dengan en.hubby dia kata berapa tahun nak turun sampai 1.2 tu? Erk.. Hmm 2 minggu turun 3 sebulan turun 6. Dua bulan lagi insyAllah boleh reach level normal tu la kot. (harapan tinggi menggunung =_=') Dah reach level normal tunggu green light boleh preggy pula la. Lagi pun tak best guna protection! Series aku bagi tahu ni. Huh! Hmm siapa tak nak anak. Semua orang yang dah berkahwin mesti lah nak anak! Mudah-mudahan. Amin.


Next follow-up 1/11/2011. One day before macam biasa ambil darah dulu. Letih la ambil darah ni kena cucuk sana sini. Sakit.. :(


Ok bye!




post signature

Tuesday, September 20, 2011

FOLLOW-UP 2

Hari ini aku follow-up check-up Molar Pregnancy aku untuk kali ke-3. *sekejap je rasa dah tiga kali aku ulang alik dari rumah ke hospital sungai buloh* Penat? Tak payah cakap lah. Sehari sebelum aku kena ambil darah dulu. Dua hari ulang alik begitu je. Demi masa depan keluarga aku tak nak fikir penat semua tu yang penting aku sihat kembali.

Semalam pergi ambil darah. Bergerak dari kampung dah tentulah aku memang tak akan ingat nak bawa kad hospital segala. Dengan selamba aku pergi hospital tanpa kad. Alhamdulillah trace itu ini jumpa data aku. *apa guna ada system ye tak?*. Tapi tahan telinga je lah dengar nurse membebel :p takpe salah aku. Accept it! :)

Hari ini kebetulan boss en.hubby nak jumpa pula. Aku? Tak kan nak pergi sorang-sorang ke hospital. Bukan tak boleh drive ke apa cuma rasa tak best lah bila jumpa doktor en.hubby takde di sisi. Aku tunggu kat rumah dengan harapan en.hubby pulang cepat. Syok sangat online sampai tak perasan yang aku dah lewat. Time appoinment dah lepas! Erk! Aku try call Hospital Sungai Buloh bagi tahu aku datang lewat. Ok tapi tak boleh lambat sangat. Aku dengan tak mandi lagi terus mandi siap segala dan bawa kereta memang tak payah cakap la. Nasib baik lah Highway Guthrie tak banyak sangat kenderaan.

Sampai je hospital tak tunggu lama pun terus kena panggil jumpa doktor. Dalam hati: elok juga datang lewat ni tak perlu nak tunggu lama-lama. Jumpa doktor tanya aku: 

bila last datang bulan(period)? Aku: 
bulan lepas 11/8.

Masa itu time aku admit buat kali ke-dua. Itu pun doctor just suspect aku datang bulan. Memang aku sangat risau sebab aku belum lagi datang bulan untuk bulan ini. Kenapa? Sebab orang mengandung mana ada datang bulan. Nauzubillah.. Tak nak. Aku tak nak kena kali ke-dua :( Doktor cuma kata graph darah aku turun tak cantik. So, kena pantau selalu. Two weeks more datang check-up lagi. Hopefully tak ada apa-apa yang merisaukan -_-'


Risau.....

post signature

Thursday, September 8, 2011

Aku mesti kuat!

Hari ini hari ke-3 aku bekerja setelah sekian lama bercuti panjang. Rasa sedikit shock jugalah. Biasa waktu-waktu begini sedang berehat di rumah sambil menonton sinetron tapi sekarang tekanan dengan kerja. Selepas keluar hospital tempoh hari aku dah pun buat keputusan untuk stay sahaja bekerja di sini sehingga mendapat better offer (Ya Allah..percepatkanlah rezeki kerja yang lebih baik untukku..amin) 

Tekanan kerja sekarang sama macam sebelum aku hantar surat resign hari itu. Selepas hantar surat resign semua aku nampak elok, baik, rasa macam tak jadi nak berhenti. Ramai yang asyik pujuk tanya sana sini kenapa nak berhenti. Stay sahajalah. Aku dah mula rasa goyah juga time itu. Lama aku ambil masa untuk berfikir. Melihat keadaan sekeliling. Suasana masa itu memang tak stress langsung. Manager yang aku tak berkenan sedikit itu berubah sedikit la sehingga menybabkan aku berani untuk membuat keputusan stay sahaja. Tapi sekarang... hmm.. (Mungkin Allah sedang menguji aku). 

Aku rasa aku kuat. Tapi kadangkala aku rasa aku tak kuat. 
Aku rasa aku berani. Tapi bila sampai masa aku jadi tak berani. T_____T
Aku rasa aku mampu bertahan. Tapi kadangkala aku sebenarnya tak mampu nak buat pun.
Aku rasa aku perlu memberikan yang terbaik. Tapi bila aku fikir balik perlu ke nak berikan yang terbaik sedangkan apa yang aku buat bersusah payah itu tak di hargai pun.
Aku rasa aku tak suka nak susahkan orang lain, biarlah aku susah tak apa janji orang lain senang. Tapi bila fikir semula mungkin sebab itu kot orang selalu ambil kesempatan ke atas aku?


Itulah yang berlaku sekarang. Aku cuba untuk berani tegakkan hak aku. Jangan bagi orang lain ambil kesempatan ke atas aku buli aku itu ini. 

Aku penat. Penat nak makan hati. Penat nak tahan sebab kesalahan orang lain aku yang tanggung. En. hubby kata, "Inilah dunia sayang. Pergi mana-mana pun akan jumpa macam ni"  Hmmpp... Ya Allah.. kuatkan semangat aku :(



Lama dah tak tempek gambar. Nah aku tempek sikit.

Source :Mr. Goo
Sweet je stress macam baby ni...





*** Ada sesiapa nak offer kerja pada saya x??? pleaseee.. pleasee....
post signature

Tuesday, September 6, 2011

Follow-up

Sebelum tu aku pun tak ketinggalan nak wish juga :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

"Minta maaf hujung rambut sampai hujung kaki, halal makan minum, halal hutang piutang (send to PTPTN bole tak wish macam ni? T_T) dan segala-galanya kepada semua kenalan dan sahabat handai. Saya manusia biasa yang tak lepas dari melakukan kesilapan..."

Hari ini aku MC. Pergi Hospital Sungai Buloh lagi untuk follow-up check-up Molar pregnancy aku untuk ke-3 kali (termasuk check-up semasa admit kali ke-2 hari itu) Rasanya ramai yang tak tahu yang aku admit lagi bulan puasa lepas. Baru dua hari bekerja dah admit semula T_T.

Ok aku cerita kisahnya...

Hari pertama bekerja ok lagi. En.hubby kerap call bertanyakan keadaan aku di tempat kerja macam mana. Hari pertama memang aku tak banyak bergerak. Habiskan kerja yang tertunggak di meja sahaja. Masuk hari kedua. Manager dan officemate aku dua-dua MC. Hmmm aku baru kerja dua hari masing-masing dah buat perangai. Ingat aku suka-suka ke nak MC segala. Bukan aku minta pun sakit semua ini. Siapa yang suka sakit?Agak geram dan terkilan juga la sebab aku memang betul-betul belum sihat lagi dah kerja kuat. Jaga office seorang diri! T_T. Masuk sebelah petang, aku dah mula rasa sakit di pangkal rahim. Sabar jelah kuatkan semangat. Malam nak ambil en.hubby di airport. Nasib baik ada adik ipar kesayanganku boleh minta tolong drive sampai KLIA. Petang lepas balik kerja berjalan ke bazaar ramadhan untuk membeli juadah berbuka. Rasa macam nak duduk sahaja di tengah-tengah bazaar tu sebab rasa sakit nauzubillah. Bertahan lagi sampai malam balik rumah selepas ambil en.hubby dari airport.

Setibanya aku di rumah seluar dalam aku basah penuh dengan cecair apa aku tak sure. Perut still sakit memulas-mulas. Makan ubat tahan sakit dari hospital rasa lega sedikit. Bolehlah tidur lena. Risau tak sempat bangun sahur. Nasib baik masih ada rezeki untuk bersahur pagi tu. 

Siang hari aku ajak en.hubby ke hospital nak tahu perkembangan sakit aku ni. Sengaja ke hospital sebab di sana sudah ada record aku senang. Dah siap check segala kena admit pula. Doctor kata implication. Kali ini aku tak stand-by barang apa pun sebab tak sangka pula kena admit T_T. Selepas berbuka en.hubby balik aku minta bawa barang esok sahaja sebab dah malam pun. Di hospital guna baju yang di sediakan sahaja. Tak perlu baju sendiri pun. Cuma berus gigi dan facial wash sahaja barang yang penting. Tak apalah. (nampak sangat tak gosok gigi malam dan keesokan pagi -_-')

Dalam lima hari juga aku kena admit. Biasalah hari sabtu dan Ahad doctor pakar tak ada kecuali on-call. memang menempah maut la aku kan datang hospital hujung minggu. Tunggu Isnin discharge. Sepanjang dalam wad aku turun darah banyak sangat. Risau pula. Sebelum discharge ambil darah dan scan lagi. Seperti biasa scan memalui perut tak nampak jelas terpaksalah scan melalui bawah lagi. Kali ini lebih sakit lagi. Tak tau doctor tu buat macam mana. Sabarje lah pffttt... Selepas scan alhamdulilllah doctor kata tak ada apa-apa yang merisaukan. Darah yang turun tu maybe darah period. Keputusan ujian darah pun semakin menurun. Cuma aku mesti buat follow-up check-up lagi dua minggu seterusnya. Habis.


Hari ini date aku check-up selepas discharge dan alhamdulillah doctor kata keputusan ujian darah yang di ambil semalam semakin turun :) Ini menandakan aku akan kembali pulih seperti biasa. Cuma doctor ingatkan sekali lagi tadi TIDAK BOLEH MENGANDUNG lagi :( Tak apa. Aku percaya ada hikmah semua yang berlaku ini. Next check-up 20/9/2011. Terpaksalah aku MC lagi.


***banyak lagi kisah nak cerita. Ambil mood dulu. Peace yaawwww!!




post signature

Wednesday, August 24, 2011

Bukan Rezeki Kami

Bismillahirahmanirahim....

Dah lama tak update blog ni. Bukan apa sedang mencari mood untuk menulis setelah apa yang berlaku pada aku. Sesungguhnya aku redha dengan ujian-Mu Ya Allah.

Untuk pengetahuan semua (bagi yang belum tahu sebab hanya di FB en.hubby saja ada pasal ni) *cerita sedih sebab tu ayat semua nak mendayu-dayu T_T* Ingat tak sebelum entry ni aku ada post tentang kehamilan aku? Post tu pada 19/07/2011. Keesokannya 20/07/2011 aku pergi klinik kesihatan buat buku merah. Asalnya nak datang check kat klinik kesihatan kenapa hampir setiap malam aku muntah teruk di tambah dengan sakit perut yang amat sangat. Setibanya aku di klinik tersebut, nurse tanya: "dah berapa bulan?" Aku jawab: "nak masuk 2 bulan." "Ok ambil buku ni isi". "Ok". Habis check segala (memang lamalah tunggu turn aku hampir 2 jam T_T) Jumpa nurse aku bagi tau aku muntah teruk. Nurse kata: "awak jangan makan makanaan yang berminyak. Itu boleh buat kita rasa loya". (Aku baru sahaja bedal 3 ketul karipap yang di beli di kedai berhampiran -__-"). Nurse tengok scan aku masa first time jumpa doctor untuk pastikan aku confirm pragnent tu dia kata scan tu tak boleh guna sebab tak ada scale dan usia janin. Dia pesan suruh aku scan lagi sekali kat klinik pakar wanita sebelum datang untuk next appointment. Nasib baik klinik pakar wanita tu dekat saja dengan rumah kami. 

21/07/2011 

Perut rasa sakit. Muntah tak henti-henti. Minum air masak pun keluar balik. Muntah sampai tak ada apa dah nak keluar. Sampai rasa pahit :( Bagi tahu en.hubby aku tak larat nak pergi kerja. Aku ajak en.hubby pergi klinik pakar nak check apa yang tak kena muntah-muntah teruk sangat. Bayangkan dalam perjalanan ke klinik tengah mengunyah roti boleh lagi muntah tanpa roti yang di kunyah tadi terkeluar T_T. Tak kan aku nak telan roti yang dah kena muntah tu kan. Buang saja lah. Banyak betul membazir. Hmm.. Sampai di klinik sambil menunggu turn nak jumpa doctor tak ingat berapa kali keluar masuk muntah. even bawa plastik pun seganlah nak muntah depan orang ramai. Respect each other. Itu lebih penting ;) Sampai turn aku berjumpa doctor mulalah mengadu dengan doctor muntah teruk itu ini malas nak taip dah. Kau orang pun dah jemu dengan cerita aku muntah tak habis-habis dari tadi T_T. Lepas mengadu doctor scan.

"I have bad news for u"

"kenapa doctor?" bertambah cuak bila tengok muka doctor tu.

"u bukan mengandung bayi. I scan cuma ada buih-buih saja.". Aku jadi confuse. Doctor tunjukkan scan lebih kurang usia kandunganku kepada en.hubby. 

"u mengandung anggur. Kena buang kalau tak boleh jadi cancer". Aku terkedu. Termenung sekejap. Aku nampak en.hubby terkejut lalu terduduk. Nampak juga wajahnya yang kecewa bila dengar doctor kata suruh buang. Aku terus jadi blur. Tak tahu apa yang aku fikir. Tapi aku teringat boss aku pernah cerita. Wife dia pernah jadi macam ni. Scan doctor kata baby hilang. Dia tak percaya bawak jumpa klinik lain. Baby mereka sihat dan selamat sahaja. So masa tu aku fikir masih ada harapan lagi. Mungkin. 

Doctor tadi menulis surat refer kepada Hospial Sungai Buloh menyatakan aku Molar Pregnancy. Kawan dia ada di sana katanya. Kami pun ikut sajalah. 

Balik jumpa doctor aku masih lagi bingung. Molar pregnancy? Mengandung Anggur? Apa semua tu? Aku tak dapat bayangkan pun apa sebenarnya yang berlaku. Dalam perjalanan pulang. Kami dua-dua diam membisu. Masih lagi terkejut agaknya. Sampai aku ceritakan kisah boss tadi pada en.hubby. Dia  kata kita cuba saja. Ada rezeki kita alhamdulillah. Plan asal en.hubby nak ajak aku pergi hospital esok saja. Entah macam mana. Lepas balik klinik en.hubby hantar aku balik rumah. Malam lepas balik kerja. En.hubby terus ajak aku pergi Hospital Sungai Buloh malam tu juga. Aku terus bangun dan pack barang sikit-sikit. Barang yang penting seperti toiletries dan sebagainya. Dalam hati kuat mengatakan kena admit aku ni nanti. Stand-by sajalah.

Sampai Hospital tak tahu mana nak tuju. Tanya guard. Dia suruh pergi bahagian Kecemasan. Punyalah jauh nak berjalan. Sabar jelah. Sampai saja bagi surat di kaunter pendaftaran. Tak lama kena panggil di bilik saringan 1. Lepas tu baru dapat no giliran berjumpa doctor. Masa jumpa doctor tak cakap banyak pun sebba doctor dah baca surat doctor kat klinik pakar tadi. Dia cuma buat scan sekali lagi for confirmation. Doctor tadi pun tak berani nak buat confirmation dia suruh berjumpa dengan doctor pakar. Dia suruh aku pergi ke bahagian EPAU (tak tahu nama penuh apa tapi tu kat dalam dewan bersalin) Dah berjumpa doctor pakar. Confirm aku Molar Pregnancy. Dalam scan cuma ada buih-huih saja. Doctor tu kata kena buang cepat. Doctor check kemaluanku dan seluk jari dia untuk pastikan esok dilation and curettage (D&C) berjalan dengan lancar. Memang confirm aku kena admit. Aku pun keluar dari EPAU cari en.hubby kat luar. Doctor pesan suruh makan sebab pukul 4 pagi aku kena puasa. Masa tu jam dah pukul 2. Aku paksa juga makan. Tapi muntah juga. Hmm nasib baik air milo boleh masuk.

22/7/2011


Berpuasa dari pukul 4 pagi tak boleh minum sampai pukul 12.15 pm baru aku di tolak ke dewan bedah. Masa tu hanya Tuhan saja yang tahu perasaan aku mcam mana. Aku cuba menenangkan fikiran. Tak nak fikir banyak sebab takut stress. First time kena admit dan first time jugalah masuk dewan bedah. Aku follow saja apa yang perlu di buat. Aku di beri full bius. Dah masuk dalam bilik bedah tu. Aku nampak ramai orang. Ada la dalam 4-5 orang. Nampak ada white board tulis operation apa dan patient siapa. tu je sempat aku nampak sebelum aku pengsan tak sedar apa. Masa test oxygen. Banyak kali cuba. First time lah katakan.

"Najihah....Najihah...." Aku tersedar. Alhamdulillah dah selesai. Memang tak rasa apa. Aku dah stabil baru di bawa ke wad semula. Tunggu nak keluar dari dewan bedah. Aku nampak en.hubby menunggu kat luar. Terus aku senyum dan hati rasa tenang bila nampak dia :')

Sampai wad doctor kata aku hilang darah 2 liter. Darah aku 4 liter. So half dah keluar memang kena ganti lah kan. 2 beg darah masuk. Masa tu ibu mertua dah datang. Tak lama tu ibu dan bapaku pula datang. Hati rasa terubat sikit bila nampak wajah mereka semua yang sentiasa berdoa dan menyayangi aku. Terima kasih abang, ibu & ayah, dan ibu :')




*** Sampai sini saja lah aku cerita pengalaman first time aku admit di hospital. Mungkin bagi orang lain biasa saja tak perlu nak cerita kot cuma bagi aku hanya sekadar nak berkongsi pengalaman. Lastly aku nak ucap ribuan terima kasih pada my dearest cousin yang buat entry khas ini untuk aku yang juga ada cerita pasal Molar Pregnancy tu apa. Siapa tak tahu boleh la baca kat blog beliau ye. Tak lupa juga sahabat sejati aku yang buat entry ni untuk aku. Terima kasih banyak-banyak. luv u allss...muaaahhhh. Lepas ni tak ada dah pregnancy sticker kat sebelah kanan tu ya.


***kalau ada tersilap kata maaf ya dan kepada yang ada terlepas pandang tu minta maaf juga ya


post signature

Tuesday, July 19, 2011

Semuanya kerana Dia :)



Alhamdulillah. Akhirnya saat-saat yang di nantikan telah tiba :) Lama aku dan en.hubby menunggu saat ini. Setiap bulan menanti dan terus menanti di iringi doa kepada-Nya. Alhamdulillah akhirnya doa kami di dengar. Terima kasih Ya Allah :')

Actually hujung bulan enam hari tu aku dah check sendiri sebab rasa macam dah lama tak datang bulan. Dan kebetulan masa tu en.hubby outstation. Dengan sendiri aku ke pharmacy terdekat membeli test kit dan hasilnya alhamdulillah positive :") Perasaan aku masa tu hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa rasa bersyukurnya aku ke hadrat Illahi. Tapi ada juga terselit perasaan aku tak berapa confident. Ialah mana lah tau test kit tu salah ke. Dengan sabar dan berdebar menunggu kepulangan en.hubby aku tunjuk test kit tu. Aku nampak keriangan di wajahnya. Bertalu-talu pipi dan dahiku di cium sambil mengucapkan "terima kasih sayang" :")

Selang sehari kami beli lagi test kit jenama lain pula untuk double confirm sebelum berjumpa doctor. Alhamdulillah positive juga :) maknanya test kit tu tak salah lah hehe. 1 Julai 2011 kami decide untuk buat check-up di klinik yang ada perkhidmatan scan sekali. Jumpa doctor dan scan segala doctor beritahu due date adalah 28 February 2012 (kalau lambat sehari 29 February alamat 4 tahun sekali la nak sambut hari jadi anak T_T) Aku ingat lagi masa tu doctor tanya.

 "Ada pening loya muntah-muntah." Dengan confident aku jawab.

"tak ada pun doctor". Doctor kata lagi,

"awak jangan tunggu symptom-symptom ni sebab tak semua orang kena"

Seminggu lepas tu bangun je dari tidur aku rase loya dan terus wekkk weekkk makin hari makin teruk sampai ke hari ini. Bukan morning sickness dah. Morning, evening night semua ada T_T.  Tak kira masa. Rasa nak keluar dia keluar je. Sekarang dah jadi teruk sebab kena stand-by plastic saja sebab dalam kereta pun dah berulang-kali muntah sana sini :(

Hari ini first time aku buat check-up kat klnik government. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Cuma ada beza pada due aku. Di klinik kira due aku 27 February 2012. Awal sehari. Tak kisah la bila-bila pun janji bayi sihat dan selamat. Amin :)


p/s : to all readers, ada tips tak untuk kurangkan rasa mual. dah tak larat muntah teruk setiap hari T_T



post signature

Saturday, July 9, 2011

Di saat aku mencintaimu...



DI SAAT AKU MENCINTAIMU - DADALI

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta






post signature

Friday, July 1, 2011

Selamat Hari Raya

Eh eh..baru penghujung bulan Rejab kenapa pula aku dah sibuk Selamat Hari Raya segala T_T. Actually that words special for me! tehehe. Yep, semalam hari last aku ganti puasa (kecoh la kau. orang lain dah siap-siap ganti puasa awal dah tak kecoh pun macam kau =_=')

This year after berkahwin ni jadi berubah sedikit. Kebiasaan masa bujang dulu, aku akan habiskan puasa ganti dalam bulan syawal juga sebab tak nak nanti kelam kabut dah hujung-hujung dekat bulan Ramadhan baru sibuk-sibuk nak ganti puasa. Tahun ni hanya sempat puasa sunat syawal (puasa enam) saje. Lepas tu dah sibuk buat persiapan perkahwinan pula. Majlis bertandang aku dulu dalam bulan syawal. Tapi alhamdulillah dengan gigihnya aku sempat juga habiskan ganti puasa sebulan awal :)

Ingat lagi dulu-dulu masa zaman ibuku belum menopause. Ganti puasa sama-sama (sweet tak kami hehe) hari terakhir ganti mesti ibu masak macam masakan raya. Nasi impit dengan kuah kacang. Tiba-tiba rasa rindu zaman tu :')

Source

source





post signature

Wednesday, June 29, 2011

Sekadar Peringatan Kepada Diri Sendiri dan Rakan-Rakan :)

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ


Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj


  Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.



  Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:



i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :


§       Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§       Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§       Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§       Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§       Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§       Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§       Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§       Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§       Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§       Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§       Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§       Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§       Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



  Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).


i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.   

Rasulullah        :       Labbaika.  

Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.  

Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 

Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


  Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1).


Credit to al-azim.com

post signature