Baru hari ini boleh cerita la sebab dah tak sibuk dengan tanggungjawab seorang isteri :)
Seperti yang aku beritahu di entry yang sebelum ini, malam itu aku tidur di rumah mertua sorang-sorang(kecoh! :p) semangat study untuk MTeSt especially math! Aku memang suka sangat subjek ini dari sekolah rendah sampai U! Tapi dengan perasaan excited nak jawab soalan math aku boleh jadi lupa yang aku hanya ada masa 30 min untuk 30 soalan! Hasilnya tak dapat jawab semua sebab tak cukup masa. Sedey +kecewa T_____T Aku tawakal sahajalah. Kalau dah memang rezeki untuk aku mesti boleh dapat kan (ayat nak jaga hati)
*****************
Lain pulak ceritanya dengan sebelum exam dan selepas exam. Exam start pukul 9.00 a.m. Kene sampai 30 minit awal macam biasalah. Keluar rumah mertua pukul 8.15 sempatlah sampai sebab rumah mertua dengan sekolah tersebut(tempat exam) tak jauh pun. Kalau ikutkan jarak sebenar 5-8 minit dah boleh sampai. Tapi apa yang jadi? Sampai je berhampiran pintu pagar sekolah tersebut kereta mula bergerak perlahan.
"Hah?? Jammed sampai sini? Pukul berapa nak sampai dalam ni?" aku dah mula bising.
"Sebelum ni buat kat sekolah lain takde pun jammed macam ni. Kenapa la pergi tukar bla bla bla..." kakak ipar mula membebel.
Aku tengok jam 8.35 a.m. Aku masih bersabar. Tak nak stress sangat nant tak boleh jawab exam ceeehhh...tunggu punya tunggu, kereta bergerak seperti kura-kura lagi laju sampai jugak dalam kawasan dah payah nak cari parking pulak. Nampak macam ada yang parking di padang sebab tak la jauh sangat nak ke bangunan sekolah jadi aku pun parking lah.
Problem lagi! Nak cari nama pulak sebab kat tiket layak ambil exam tak bagi tau aku exam kat mana. Menggagau jugak lah cari sebab nama di susun mengikut tahun i/c contoh 85-86-87 tapi sangat cerdik bijak pandai tak di susun ikut abjad! Nah kau, bertabur lah nak cari. Menyumpah lagi! Kakak ipar lagi kesian. Tahun yang sama dengan dia tak ramai yang mohon jadi takde senarai dekat dengan nama aku. Sampai masa nak jawab exam pun dia dan ramai lagi yang se-tahun dengan dia tunggu kat bilik gerakan sebab dah tak jumpa kelas. Hmmpp T_T
Start exam lambat 9.15 a.m maka habis pukul 11.45 a.m. Selesai je exam terus pergi kat kereta dannn pusing-pusing nak cari jalan keluar dari padang tak jumpa. Rupa-rupanya jammed lagi!! T_T. Tunggu nak keluar dari kawasan padang je dah dekat 40-45 minit.
"kalau kita ambik exam kat klang dah sampai rumah dah"
Hmmmpp......Ish3..Management untuk MTeST. Sila la take part kalau korang tak nak di sumpah seranah lagi selepas ini. T_T.
har..har..Mtest yg paling mengharukan..kelam kabut giler..nxt time buat kat Dato' Harun jerla...walaupn parking space x byk..xderla hanky panky camni..
ReplyDelete