Seriously aku kata aku memang dah tak fit langsung! -_____-"
Tolong okey! Aku naik tangga dan masuk bilik. Dah sampai bilik termengah-mengah. Apakah? huhu. Aku dulu tak macam ini pun. Aku dulu kalau kata nak jogging padang bola 3 round pun tak ada masalah (hepp..bukan nak berlagak ke apa memang kenyataan ya) Tapi sejak aku further Degree memang dah tak aktif mana. Kalau ada bersenam pun main futsal sahaja. Itupun kadang-kadang ikut en.hubby main dengan classmate dia. Masa tu memang main mix lelaki perempuan pun tapi tak kisahlahkan. Asalkan tak ada adegan peluk-peluk dalam court!
Dulu masa aku Diploma aku memang aktif sampai aku pernah cecah berat badan 45kg je! OMG! Masa tu memang tak percaya. Aku boleh pakai jeans straight cut saiz 27 waaahhh... Hmm.. Aku ni dari sekolah memang agak chubby sikit. Tapi takde lah over chubby. Sikit je. Kira macam orang kata sedap mata memandang tapi aku tak suka itu. Sampai bila aku zaman Diploma tu ya aku memang suka. Badan ala-ala model gitu (gelak la sampai puas huh!)
Tapi keadaan berubah bila aku futher Degree. Start duduk rumah sewa nak masak apa pun boleh dan dengan tak banyak bersukan berat badan aku naik sikit. Tapi tetap maintain 48-49kg. Tak apa. Ok lagi. Aku boleh terima. Aku tak boleh terima bila aku dah habis study. Duduk rumah tak buat apa-apa walaupun masa tu aku ada buat kerja sikit tapi tak perlu berlari ke sana ke sini hanya duduk di meja sahaja membuatkan berat badan aku bertambah lagi! Ayyakkk.. Lagi-lagi masa tu ada rezeki lebih. Itu membuatkan nak makan apa sahaja aku boleh. Tak perlu berfikir panjang masuk terus dalam kedai dan order makanan. Keadaan itu membuatkan berat badan aku naik lagi menjadi 50-52kg T_T.
Aku mula sedar nak turunkan berat badan sebab aku rasa peha aku semakin membesar rasa berlaga-laga peha bila berjalan. Itu tak seronok OK. Ada lagi satu sebab yang membuatkan aku sedar. I AM GETTING MARRIED. Ya masa tu bulan enam dan aku akan berkahwin bulan tujuh. Gila kau dalam masa satu bulan kau nak turunkan berat badan sampai 5kg? Tapi aku tak gila nak ambil supplement kurus what so eva. Aku hanya TER mendaftarkan diri di fitness first +_+. Memang semangat masa mula-mula. Yelah nak kawin kan. Takut baju pengantin tak muat lah. Nanti macam mana atas pelamin nampak ok kah? Cantik kah? Hmm..tapi aku hanya mendisiplinkan diri aku ke fitness first tu untuk tiga bulan sahaja. Ngam-ngam sampai majlis bertandang di rumah en.hubby. Lepas tu aku pun freeze-lah account aku sampai bulan December ni last (tapi rasa macam nak freeze lagi atau stop terus? T_T)
Hmm.. Sekarang selepas berkahwin Empat bulan aku bergelar isteri. Berat badan aku tak payah tanyalah. Memang aku tak suka berat badan sekarang ni T_T. Sampai sekarang aku habis write entry ni pun masih rasa sesak nafas. Adakah aku di serang penyakit lain? No lah T_T.
2006 ~ Miss this moment
No comments:
Post a Comment