Thursday, November 18, 2010

Hari Raya Aidiladha

Tahun ni aku sambut Hari Raya Aidiladha di rumah mertua. Sebab Hari Raya Aidilfitri dah beraya kat rumah aku. Jadi, gilir-gilirlah kan. Baru adil dan saksama. Tak kan lah asyik nak kat rumah keluarga pn.wife je..tak pun asyik nak kat rumah keluarga en.hubby je. Aku dah berumah tangga ni banyak benda yang aku belajar. Sikap toleransi dan berkomunikasi suami isteri tersangatlah penting untuk sebuah keluarga yang harmoni. :)

Dulu sewaktu bujang, tak ada komitmen sangat. Sebagai seorang anak dan pelajar je. Tapi sekarang tanggungjawab dah jadi semakin besar walaupun sebagai pelajar tu aku ganti dengan sebagai seorang pn.wife. Memang lah jauh berbeza pelajar hanya belajar je. Sebagai pn.wife, banyak benda nak kene ambil kira, sakit pening en.hubby, kebajikan dia dah makan ke belum sihat ke tidak dia dan yang paling penting dah solat ke belum(ini yang selalu mertua berpesan pada aku heheh) tapi memang hakikatnya berdua lebih baik. Berkeluarga sendiri itu lebih baik dari hidup keseorangan. Walaupun aku berstatus Pasangan Jarak Jauh(PJJ) tapi saat-saat bersama en.hubby walau pun hanya 1 hari ke 2 hari sahaja setiap minggu tersangatlah bermakna. Dan masa itu juga lah aku yang mengada-ngada ni nak merajuklah nak itu lah nak ini lah hehe tapi en.hubby selalu sahaja melayan kerenah aku. Terima kasih abang...sanggup melayan segala kerenah sayang selama kita bergelar suami isteri ;)

Hahah...entry melalut lebih dari tajuk. Tak apalah..tak tau nak letak tajuk apa. Tapi kan ada sikit-sikit pasal Hari Raya Aidiladha tadi :p


Entah kenapa tiba-tiba jadi romantik pulak :')

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dah lama tak post pic dalam blog aku ni. Bosan lah pulak. Ni aku selit sket la pic kuih yang aku bagi resipi semalam :)


Boleh di potong banyak-banyak untuk di hidang


Ni untuk en.hubby..bukan ni je..yang lain dah dibedal habis :p

post signature

No comments:

Post a Comment