Wednesday, November 3, 2010

Cerita hari itu...

Hari tu....(dirahsiakan hari apa atas sebab-sebab keselamatan en.hubby)

Agak-agak kalau ada yang tau..diam-diam sudey ye...



Hari itu..

Setelah selesai hal aku...aku macam dah tak ada mood. Jadi macam dah tak tau nak buat apa. Rasa macam nak tonton.com(bukan website www.tonton.com.my tu ok) maksud disini adalah tengok muvie. Tapi en.hubby sapertinya ada kerja pulak yang nak di selesaikannya....


en.hubby: Sayang balik terus lepas ni?

pn.wife: Entahlah....(sambil-sambil membuat muka kesian)


Kereta terus di pandu oleh en.hubby kembali ke keretanya(kereta company!)


en.hubby: Sayang nak balik ke nak teman abang?

pn.wife: Lepas teman abang?

en.hubby: Kita tido sini la. Nak balik jauh. Abang tak larat nak drive dah.

pn.wife: Tido sini? Nak tido mane? Kita mana ada rumah kat sini. Tak nak lah.

en.hubby: Kalau macam tu takpe la. Sayang tak payah ikut abang. Nant abang boleh terus balik.


erk....alamak..macam mana ni?? Dalam hati memang kalau boleh tak nak bagi en.hubby balik.


pn.wife: Ok..jom la...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dah selesai semua hal en.hubby...kami mencari tempat tido..nasiblah area situ ada hotel yang murah. Kira murah tak kalai standard room rm69.90(kan senang kalau kau letak je harga rm70.00..haishh)

Ruangan bilik agak ok la. Ada tv(walaupun kecil tapi atleast ada!), air-cond, toilet ada heater. Cuma tempat nak sembahyang kurang ruang(bukan takde ruang langsung ok) so, we all buat keputusan solat atas katil je. Jam dah menunjukkan pukul 5. Nak solat tetiba aku teringat..


pn.wife: Alamak..abang..sayang tak bawak telekung la...

en.hubby: Kat dalam kereta takde?

(Dahulu semasa bercinta aku memang sentiasa sediakan beg berisi telekung dalam kereta en.hubby)

pn.wife: Mana ada dah. Beg je yang tinggal. Hari tu ajak abang pergi pasar beli telekung abang tak nak(mencari alasan nak telekung baru..haha)


~~~~~~~~~~~


kemudian...apa yang jadi??



taraaaa........

sila abaikan muka poyo di foto ;p


en.hubby: Sayang buat al-qaeda ye?

pn.wife: *buat muka*


Di pujuk oleh en.hubby...senyum kembali :)


Lama tau amek masa nak setting kain tu untuk di jadikan telekung. Tang hidung kene bukak sebab rasa susah nak bernafas hikhik..


Moral di sini adalah........


Tolong jangan nadikan alasan tak ada telekung kau tak nak sembahyang. Cari inisiatif lain. Tak kisah la ape atau macam mana. Solat yang kene di utamakan. Kerana solat adalah tiang agama. Macam mana rumah nak kukuh kalau tak de tiang????fikir-fikirkan lah.....


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku nak share lagi satu kisah....


Jumaat 29/10/10 (kalau tak silap aku la tarikh ni). Secara tak sengaja aku tertengok siaran usrah kat tv9. Itu pun sebab memang ibu aku dah bukak. Jadi, layan je lah. Sambil tolong-tolong buat persiapan lunch sambil dengar-dengar usrah tu. Tajuk usrah tu..


ALAHAI SEMPITNYA REZEKI..

Sebab-sebab rezeki kita sempit yang aku sempat dengar...

SOLAT!!

Macam mana kita menjaga solat kita. Adakah setelah mendengar laungan azan kita bergegas mengerjakan solat? Sempurnakah solat yang kita lakukan selama ini?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Aku terdiam sejenak....


Aku teringat kembali....

Aku memang dari kecik telah di didik untuk tidak meninggalkan solat dan alhamdulillah..Solat aku teratur. Takde la aku kata solat aku sempurna sangat. Aku tak pernah tinggal solat kecuali subuh selalu telajak, Tapi aku selalu qada' tak kisah la pukul berapa aku terbangun.(solat aku di terima atau tak..semuanya aku serah pada-Nya)

Tapi....

Semasa zaman aku alpa dengan duit dulu-dulu. Aku selalu tinggal solat. Time konon-konon sibuk aku jadi malas. Lagi-lagi bila fikir nant nak kene bersihkan make-up nak cuci muka dan nk tacap semula...malaslah! (Patutlah rezeki aku sempit) Astaghfirullahalazim....aku tak sangka aku boleh jadi macam tu.....Ya Allah...maafkan hambamu insan yang lemah ini :'(


Memang...kadang-kadang aku terfikir. Kenapa orang lain yang boleh di katakan murah rezeki tapi aku tengok dia tak solat pun. Selalu je tinggal solat dia. Bila aku pergi surau aku tak nampak pun muka dia kat surau. Lain orang lain dugaan yang Allah nak bagi. Mungkin sekarang dia senang. Hidup mewah. Akan datang, kita tak tau apa nasib dia. Kita kat dunia ni hanya sementara. Ahhhh..buat apa nak pikir hal orang lain. Baik aku pikir hal aku sendiri. Hal keluarga aku. Aku bersyukur Allah memberi cubaan aku di dunia lagi. Bermakna Allah sayangkan aku dan mahu melihat aku berubah. Terima kasih Ya Allah...alhamdulillah....


Kini aku telah berjanji pada diriku sendiri. Apa pun yang jadi, walau macam mana sebok pun aku, SOLAT tetap akan aku utamakan! Dan aku juga akan sentiasa mengingatkan en.hubby ku :)


** Kenapa akhir-akhir ni entry aku sedey-sedey je sume??T_T


post signature

3 comments:

  1. HAHAHA :) comelll gila gamb kau pakai "telekung" tu. patut buat profile pic FB. hikhik ;) comel lah oiii~

    ReplyDelete
  2. cehhh....kamu ni..banyak kali snap juak tuh tau nak bagi centre..si oc bukan nak tolong ;p

    buat profile fb??x mungkin...hahahahaha

    ReplyDelete
  3. OC?! lama dah tak panggil lan camtu. almost lupa dahh. HAHA ;)

    tak perlu malu2 lah N. buat aja profile FB. aurat dah tutup habis dah tuhh. ;))

    ReplyDelete