Wednesday, November 24, 2010

Sweetlah Ibu Mertua ni

Sayang sangat kat ibu mertuaku hehe. Bukan ayat bodek okey. Tapi, aku baru perasan yang ibu mertua aku selalu je buat lawak spontan yang aku pun tak pernah terfikir(guru cemerlang mestilah hebat! hehe)


Hari tu tak ingat dah bila. Ibu mertua call nak mintak tolong bawak pergi beli barang-barang untuk kenduri sambil-sambil hantar jemputan kat orang kampung.


"Anne, kamu buat apa? Jahit mata*?"


Aku terdiam kejap. Hahahaha. Baru aku gelak(lems la kau ni ;p) Jahit mata pada maksud ibu mertuaku adalah TIDUR tehehehe. Aku tak tefikir pun perkataan tu sampaikan sekarang aku teringat-ingat lagi ayat ibu mertua tu :)


Tadi, ibu mertua tersayang buat lawak spontan lagi. Lepas habis interview call ibu mertua mengadu itu ini. Tak dapat jawab yang itu. Tak tahu yang ini. Macam-macam aku mengadu hahah macamlah ibu mertua boleh buat apa-apa hmmpp T_T. Dah hampir-hampir ending conversation. Ibu mertua :


" Nak ke mana lepas ni? Kan dah bebas. Baru keluar penjara* " sambil gelak.


Aku gelak-gelak lagi. Boleh tak ibu mertua guna ayat baru keluar penjara sebagai maksud aku dah tak payah sibuk nak study segala. Sweetlah ibu mertua ni tehehe.. :)


*** Itu yang buat terpikat kat anaknya tu hehee. Sweet macam ibunya ;)

post signature

2 comments:

  1. ibu mertuamu sweet...kakak iparmu pn sweet kn?kn???
    camner exam..ok ka???

    ReplyDelete
  2. hehehehe...die nak jugak..
    ok lah..kakak ipar pun sweet jugak(nant x dpt tumpang rumah lg ;p)
    exam ok. Soalan insak je tad ngn selit skit soalan BM ngn Mate. Basic je.
    Cuma time ujian lisan lah. Adoyai..isu semasa tak tau. Cite kat ibu dia gelak je. huhu

    ReplyDelete